Dah dengar akak tu cakap apa? Ada kat threads. Dia cakap laki dia bukan marah, dia cakap laki dia tengah nak masuk kerja minta dia pegang dulu anak.
Some women, dia dah jadi normal duduk dalam rumah tiap hari kena tengking kena marah. Dia okay suami dia macam ni.
Lowkey this isnt Genshin anymore idc
If u told me 6 years ago, in Montstadt, that *this* is where we're headed? I'd uninstall on the spot.
I downloaded Genshin because of its medieval fantasy aesthetic but now Im forced to do this?
Genshin lost its identity and we're all tired.
Wah siap tunjuk jari tengah 🖕
Kebiadaban warga hanyut semakin menjadi-jadi skrng ni kan? 😡
Kpd Penguatkuasa yg gagal menjalankan tugas, jgn ambil mudah dgn kesabaran rakyat selama ini, ya ! ☹️
See how many Malaysian yang nak bekerja dan masih unemployed punya la ramai?? But menteri Malaysia bangang sanggup nak hired 15,000 warga asing sebab taknak bayar gaji bermaruah
Saya bukan nak kecam, cuma bagi pendapat sebagai penonton. Setiap minggu persembahannya nampak agak sama dari segi rap, tarian dan konsep.
Boleh tahan juga mulut si Pak Azad ni. Daru dulu ada je masalahnya itu pun Era masih simpan lagi 😅
Komen: Polis harus siasat mengapa kedua-dua nekad lompat. Apakah mereka mangsa penderaan....:
Polis Tahan Ibu Bagi Bantu Siasatan Kes Dua Beradik Jatuh Dari 5ingkat 12 Di Johor Bahru
JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung insiden dua beradik yang dipercayai terjun atau terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di kawasan Tampoi, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis menerima laporan kejadian daripada seorang wanita tempatan pada kira-kira jam 8.27 pagi.
Menurut beliau, mangsa yang terlibat merupakan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun.
“Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan siasatan, polis menahan seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa pada jam 12 tengah hari hari sama bagi membantu siasatan lanjut.
Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan turut didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.
Polis kemudian membawa wanita berkenaan ke Mahkamah Johor Bahru untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Menurut Ab Rahaman, beberapa saksi yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian turut dipanggil bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan, pengabaian, pendedahan atau pembuangan kanak-kanak.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Setakat ini, polis memaklumkan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Polis turut mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan melalui balai polis berhampiran atau saluran rasmi pihak berkuasa.
Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah bangunan pangsapuri 24 tingkat dengan kedua-dua mangsa ditemukan di aras berhampiran kawasan kolam renang.
Sumber: Polis Johor