Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan Solat Jumaat bersama delegasi Malaysia di Turkmenbashi Ruhy Mosque, antara masjid terbesar dan mercu tanda penting warisan Islam di Turkmenistan.
Saya turut berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pihak jawatankuasa masjid serta para jemaah yang menyambut kami dengan penuh adab, ihsan dan semangat ukhuwah.
Terdahulu, saya diiringi Mufti Turkmenistan, Yalkap Hojagulyev, menziarahi makam Presiden pertama Turkmenistan yang terletak di kompleks masjid yang sama. Kesempatan ini memberi ruang untuk mengenang perjalanan sejarah negara tersebut serta menghargai sumbangan dan legasi kepimpinan yang telah meletakkan asas kepada pembangunan Turkmenistan moden.
🇲🇾🇹🇲
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
@ismet_ulam Si batak MELAYU acah² backup chinese sbb nk VOTED geng PERASUAH ni ingt RAKYAT BODOH mcm KAU ker!Dh la fake guna gambar org bijak tp yg handle TAHAP TOLOL!!🤣🤣🤣