Selesai bg Misi Bantuan Covid-19 bg jajaran Kg-kg di Pos Sinderut iaitu sebyk 20 buah kg. Dlm menghadapi situasi semasa, saya memahami keadaan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pendalaman yang mungkin terjejas akibat perintah Lockdown yang berkuatkuasa pada hari ini.
Saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menghantar bantuan barangan keperluan asas kepada semua kampung-kampung di dalam Parlimen Cameron Highlands secara berperingkat-peringkat.
Semoga kita semua terus tabah dalam mengharungi dugaan mendatang. Dan ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua pihak yang telah terlibat dalam Misi Bantuan pada kali ini dan semoga kita semua dilindungi dari wabak Covid-19.
Pada hari ini, selesai menghantar bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk Kampung Sungai Padi dimana terdapat 54 keluarga telah dikenakan perintah kuarantin.
Semoga bantuan ini akan membantu mereka yang memerlukan dalam menempuhi tempoh lockdown yang akan datang.
Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.
Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.
Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua 🤲🏻
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yg menjadi rahmat buat umat semesta alam.
Mari bersama-sama mengambil iktibar & pengajaran melalui peristiwa agung perjalanan Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit pada malam Israk Mikraj.