Rakyat Malaysia kena faham..
Negara kita tak banyak pilihan nak mendepani Covid ni.
Kita bukan macam China. Ekonomi power. Buat hospital baru tak sampai sebulan. Kita? Hospital kita nak buat 2015 pun tak siap2 lagi.
Ini adalah thread.
Isteri saya tanya, "Awak kena bash kat Twitter ke?"
Saya tanya semula. "Macam mana awak tahu?"
Isteri saya tunjuk beberapa orang yang QRT saya punya tweet fasal perbezaan mazhab.
Terbaca ada status tu tulis, kalau aurat lelaki sampai ada 3 mazhab untuk justifikasi tak nak tutup aurat. Kalau bab aurat perempuan, tak sempurna sikit dah dihukum macam auto masuk neraka.
Saya ni ke kaki kecam aurat perempuan? Saya ni ke yang suka auto masukkan orang dalam neraka? Saya yakin yang ikuti akaun saya selama ini boleh menjadi saksi tindak-tanduk saya di akaun ni. Saya bukan begitu.
Saya akaun yang asyik-asyik gaduh dengan perempuan ke? Anti perempuan ke saya ni? Asyik-asyik panggil perempuan 'bayangan syaitan' atau tuduh perempuan 'asyik nak menyundal', saya orang sebegitu ke?
Saya ke yang asyik menempel kat gambar perempuan, akaun perempuan, untuk tegur aurat perempuan?
Yang ikuti akaun saya selama ini mesti amat maklum saya bukan orang sebegitu.
Tujuan saya berkongsi fasal perbezaan mazhab bab aurat lelaki tu, kerana tweet yang saya QRT menyatakan dia rasa nak jajj(judge/nilai) orang yang 'free knee' tapi isteri berniqab tutup aurat sempurna. Saya kongsikan agar penilaian yang mahu dilaksanakan, bertimbang dengan ilmu. Sememangnya berlainan mazhab, berlainan tindakan. Ini bukan excuse atau justifikasi.
Samalah kalau nampak wanita dedahkan kaki, mungkin wanita itu bermazhab hanafi, atau pengikut pandangan minoriti mazhab Syafi'i, atau ambil pandangan Ibn Taimiyyah, sebab di sisi itu semua, kaki wanita bukan aurat.
Mazhab-mazhab ni bukan excuse, bukan alasan yang kita ambil sebab nak langgar peraturan. Mazhab-mazhab itulah peraturan. Lain mazhab kita pegang, berkemungkinan lainlah batas aturan yang kita nak jaga. Tapi mengecewakan bila saya senaraikan perbezaan mazhab, bagai itu alasan lopek untuk lepaskan diri. Padahal saya menerangkan, dan mazhab saya petik merupakan mazhab2 utama. Bukan mazhab entah mana2.
Ada orang saya nampak QRT, minta saya tegur lelaki-lelaki yang hukum wanita tak tutup aurat sempurna. Dah kena heret ke pertarungan gender pulak.
Padahal dari masa ke semasa saya sering pesan kepada semua akan dakwah yang hikmah(bijaksana), ajak berdakwah dengan pengajaran-pengajaran yang baik, dan berjidal(berbahas) dengan cara yang terbaik(yakni jauhi bahasa kesat, carut ketika perlu berbahas), mengambil pengajaran Surah An-Nahl ayat 125.
Terpakailah itu kepada semua, tetapi sudah tentulah paling disasarkan kepada yang suka nak berdakwah, paling suka nak beri teguran. Kalau lelaki paling ramai buat demikian, lelakilah sasaran terbesar status-status saya itu.
Masalah yang berlaku sekarang, saya tak terlibat dengan pergaduhan kecam mengecam yang sedang berlaku.
Perkongsian saya hanya cuba menyumbang supaya ada timbangan ilmu dalam menilai.
Saya yakin, kalau kita semua, tak kiralah lelaki atau wanita, berbicara dengan neraca ilmu, adab & akhlak yang betul, kita takkan kecam mengecam, berhabis masa sindir menyindir, ungkit mengungkit bahkan sampai satu tahap terlajak pula jadi memperleceh pandangan ulama' muktabar, memperleceh aturan agama.
Kepada yang kecam saya tak ketahuan hala, ada yang sampai harrast saya tag-tag pada perbincangan yang saya tidak terlibat,
saya serahkan anda kepada Allah SWT.
Allah akan menilai kita bersama-sama dengan keadilan-Nya di hari akhirat sana.
Agak mengecewakan bila hal begini berlaku. Jelas kerana dipandu emosi dan bukan neraca ilmu.
Muhasabahlah kita semua.
Tulisan2 kita di media sosial ni pun Allah kira dan akan ditimbang di akhirat sana.
@fiz_fitri @zatyismail_ Jika rasa berbaloi dengan harga tu, harga ni subjektif.
Apabila mula ada fix cost dan fikir utk scale kita akan mula serius berkira-kira tentang harga.
@FaizaZulkifli Masa aku dulu kat Jordan, whatsapp call tak boleh guna. Tiktok pun tak boleh buka. Memang kalau takde VPN susah nak communicate dgn tim kat Malaysia. Huhu
@FaizaZulkifli Install VPN Pekjah. Aku masa kat Jordan pun ada isu lebih kurang sama. Ada apps dan website tak boleh masuk. Kena guna VPN baru boleh masuk.