CHINA MULA TEWASKAN US DALAM PERLUMBAAN A.I
Sekarang ni dunia tengah gempar dengan pendedahan kehebatan teknologi A.I oleh syarikat DeepSeek dari China
DeepSeek sekarang ni bukan sahaja buat model A.I lebih canggih dengan teknologi cip NVIDIA yang terhad(Sbb kena sekat). Tapi siap jadikan alogoritma A.I mereka yang jauh lebih hebat dan kos lebih murah sebagai sumber terbuka dan boleh digunakan sesiapa sahaja. Menjadikan nilai teknologi OpenAI jatuh merudum sebab ada teknologi canggih yang boleh digunakan secara percuma
Kini mereka mampu membuat inovasi yang mengejutkan syarikat gergasi cip dan kecerdasan buatan US NVIDIA sehinggakan NVIDIA jatuh daripada syarikat paling bernilai di dunia kepada syarikat ketiga paling bernilai dan hilang 600 Bilion USD dalam pasaran saham dalam satu hari
Memang menggemparkan dunia terutama US kerana tak sangka China boleh pergi sejauh ni dengan teknologi diorang.
P/s Semua ini kerana penganalisis perisikan dan Pentadbiran US terlalu baik dan rasa bahawa China boleh diubah kepada negara gergasi demokrasi dan kapitalis serta menjadi sekutu sebenar kepada US ketika menentang Soviet Union. Siap kongsi teknologi penyelidikan lagi dengan diorang
Nampaknya tak lama lagi China akan dapat menjadi nombor 1 Dunia mengatasi US. Aku nampak China semakin hampir melengkapkan larian 100 tahunnya untuk menewaskan US