Setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri @anwaribrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia!
Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.
#KeluargaMalaysia
Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
Esok kita dah mengundi.
Buat warga perantau, pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.
Pilihlah Barisan Nasional. Demi kestabilan dan kemakmuran negara yang kita cintai.
Kerajaan komited membangunkan infrastruktur digital di seluruh negara, justeru bagi merapatkan jurang digital, Kerajaan menyediakan satu tablet bagi seorang mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40.
1. Hari Pelepasan Am pada 18 November 2022 dan 19 November 2022.
2. Gaji Penjawat Awam dipercepatkan kepada 17 November 2022 manakala penerima pencen pada 14 November 2022.
3. Tol Percuma pada 18 November 2022 dan 19 November 2022.
Bertemu secara santai dengan mereka yang banyak berbakti kepada UMNO di Bera iaitu veteran UMNO Bahagian Bera.
Terima kasih kerana terus istiqamah dalam perjuangan UMNO dan konsisten dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional di Bera.
Warga Taman Merbau Indah, Taman Sri Merbau, Taman Merbau Impian dan Taman Kerayong Makmur, DUN Triang tidak saya lupakan…
Meriah semalam dengan kehadiran pelbagai lapisan umur...
Sepanjang kempen Pilihan raya kali ini, saya banyak bertemu kembali kenalan dan penyokong setia saya dan Barisan Nasional sejak saya mula menceburi politik.
Malam tadi ngeteh bersama-sama penduduk sekitar Kg Seberang Guai, bagi DUN Guai, Parlimen Bera.
Momen paling seronok kerana mereka pun sudah biasa dengan saya. Mereka sudah seperti keluarga saya sejak dulu lagi.
Sama-sama kita doakan agar Malaysia 🇲🇾 akan lebih banyak melakar kejayaan atas dokongan dan sokongan seluruh Keluarga Malaysia pada PRU15 ini.
Mandat ini adalah tanggungjawab kita. Kitalah yang akan menentukan kejayaan Malaysia pada masa akan datang.
Penuh dewan SRJK Cina Triang (2) dengan kehadiran masyarakat Cina yang hadir memeriahkan Majlis Muafakat Keluarga Malaysia Parlimen Bera malam semalam.
Ini adalah bukti lambang keteguhan Keluarga Malaysia yang telah saya perkenalkan sejak setahun lalu.
Sebelum ini saya bertemu warga FELDA ketika Hari Peneroka, dan semalam bertemu semula sempena Majlis Himpunan Keluarga FELDA Teguh Bersama di FELDA Mayam, Bera.
Kerajaan sentiasa komited membantu membangunkan FELDA dan terdapat banyak insentif yang diberikan kepada warga FELDA.
Merasmikan bangunan Media City yang diberi nama baharu, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur hari ini.
Ia diyakini akan menjamin standard penyiaran Malaysia setanding dengan standard amalan di rantau ASEAN dan antarabangsa.
Lawatan saya ke Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada hari ini adalah untuk mendapatkan taklimat mengenai persediaan Pilihan Raya Umum (PRU-15) dan juga persiapan jika berlakunya banjir.
Pagi ini dapat bersama pekebun kecil RISDA, peserta Felcra serta Tok Batin dan Penghulu masyarakat Orang Asli di Tapah, Perak.
Untuk peserta Felcra, pengumuman dividen Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 sebanyak RM181.5 juta yang boleh digunakan mulai hari ini.
Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian di seluruh negara.
Gunakan persidangan ini sebagai sebuah wadah murni bagi memperkukuhkan parti untuk meneruskan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat.