Bendera buat kecoh lagi!
Bendera tak salah, yang salah manusia yang lebih-lebih.
Bendera terbalik ni ada banyak kemungkinan. Salah satu ialah benar-benar silap, tak banyak orang berani dengan sengaja pasang bendera terbalik sebab takut dengan Ketua Pemuda Umno!
Habis satu gerombolan dia bawa tunjuk perasaan nanti.
Sebab itu, bagi setiap kejadian yang dilaporkan, biarlah siasatan dibuat dan pihak berkuasa tentukan: adakah sengaja atau tersilap.
Kalau dipercayai sengaja, ada peruntukan untuk didakwa, boleh dakwa dan biar mahkamah putuskan tertuduh itu benar-benar sengaja atau tersilap.
Kalau siasatan dari awal menunjukkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan, tidak payahlah buat jadi isu.
Sebab kalau saya rakyat, terutamanya orang bukan Melayu, saya susah payah nak pasang bendera sebab itu cara saya nak zahirkan kecintaan kepada negara, kalau selalu jadi sasaran Pemuda Umno, lepas ni baik tak pasang langsung bendera.
Kepada ahli politik yang muda-muda, nilai kita terletak kepada ilmu dan wawasan membaiki masyarakat yang kita bawa.
Masa muda ni mungkin boleh buat nama dengan stokin, bendera, lepas ni kasut, selipar dan topi.
Bila sudah berumur, orang akan gelak dekat kita sebagai ahli politik stokin, bendera, kasut, selipar dan topi!
Jadi berpada-padalah!
Dulu ada satu zaman Pemuda Umno gah menghunus keris semasa perhimpunan.
Yang keris itulah yang jadi ingatan orang hingga menjadi salah satu sebab Umno ditolak sebahagian pengundi.
KENYATAAN MEDIA
26 MAC 2023
Saya mengambil maklum terhadap suara-suara dari beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini.
1/8
Lebai PAS sign MOU dengan Paderi?!
Bayangkan jika Anwar Ibrahim yg dalam gambar.. sampai kiamat laa walaun meroyan kat TikTok.
Malah, confirm berdemo kat jalan sampai fitnah PMX nak hancurkan Islam.
Giliran Mantan PM @MuhyiddinYassin kena disekolahkan oleh YBM @rafiziramli . Punya confident dia minta Kerajaan berhutang lagi tanpa memikirkan kesan hutang negara cecah trillion yang dia buat. Zaman dia jadi PM rakyat naikkan bendera putih, dia siap perli boleh naikkan bendera PN. Negara berhutang, akaun Parti masuk berjuta-juta 🫠 Oh #AbahCow
Hebat ye kau edit sebar propaganda konon Kerajaan sekarang ni sokong pluralisme. @PDRMsia sila tangkap orang ini sedang main isu kaum dan agama.. @mcmc_report