Be qanaah. Sentiasa rasa cukup dengan apa yang Allah beri. Life feels lighter when you stop chasing everything. Perbaiki diri perlahan-lahan, semampu yang boleh.
Hidup bukan perlumbaan. Kita tak perlu jadi paling laju, paling hebat atau paling awal sampai. Setiap orang ada waktunya sendiri. Jaga hati, jaga langkah, jalan ikut ritma hidup sendiri. Itu pun sudah cukup menang..
Ramai yang berjuang sebenarnya. Cuma bezanya, ada yang meluahkan dan ada juga yang cuma simpan dan telan sendiri.
Apa pun perjuangan kita, sentiasa ingat setiap kepayahan pasti Allah permudahkan buat kita.
Jangan putus asa, jangan putus harap ya, nak.
Perkahwinan itu adalah satu ibadah yang berpanjangan. Terus bahagiakan dan gembirakan isteri, rezeki yang tidak dijangka-jangka pasti akan datang.
“Happy wife is a happy life.”
Lā ilāha illā Anta, subḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn.
"Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."
Ya Allah, semoga sedihku, sakitku, susahku, dan sabarku hari ini berubah menjadi kebahagiaan untukku di hari esok.
Ada terdengar ustaz cakap,
"Kita sebagai manusia, jangan ada 2 benda dalam hidup.
1) Risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi,
2) Jangan menyesal dengan perkara yang dah berlaku.
Insya-Allah kalau tak ada 2 perkara ni, hidup akan jadi tenang".
Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi lebih sabar, sentiasa bersangka baik, hidup dalam kesederhanaan, dan tidak mudah melatah terhadap perkara di luar kawalan. Amin.
Doa itu senjata paling senyap tapi paling kuat. Tak perlu jerit, tak perlu orang tahu. Hanya kau dan Tuhanmu. Tapi kesannya, boleh ubah hidup, ubah hati, bahkan ubah takdir.
My favorite doa,
"Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima walau apa yang Kau beri untukku, kerana sesungguhnya apa yang Kau beri untukku itu adalah yang terbaik untukku, dan Engkau adalah sebaik-baik Perancang"
And I feel at ease knowing He's always there for me.