Selamat Hari TLDM ke - 91. Semoga Warga #NavyPeople terus mengorak langkah menggapai KEGEMILANGAN. Hidupkan semangat setia kawan dan jangan pernah kenal erti mengalah.
"TLDM PERKASA KEDAULATAN TERPELIHARA"
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada warga Bintara dan the navy people. Semoga, segala ibadah yg dilaksanakan diterima di sisi Allah SWT.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Wisma Bintara Lumut. Alhamdulillah, harini program agihan bubur lambuk WBL. Warga Bintara boleh 'walk in' @ 'drive-thru' semasa pengagihan yg akan bermula pada jam 1530H. Inshaa Allaah, pasti jelira.. 😍😍😍😍
Selamat Hari Wanita. Maju terus serikandi. Menyokong aspirasi "Bintara Tunjang TLDM" . Ayuh, sama-sama kita mengorak langkah menuju kemenangan demi agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta... ❤️❤️❤️❤️❤️
Alhamdulillah, selesai persiapan Majlis Makan Beradat #Wismabintaralumut bagi menghargai bakal pesara PW dan Bintara TLDM. Semoga dipermudahkan segala urusan pada malam nanti. Ayuh BINTARA, sama-sama kita jayakan majlis yang gilang gemilang ini...!!!
BINTARA TULANG BELAKANG TLDM.
Wisma Bintara Lumut mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada warga Bintara. Semoga ikatan ukhwah antara kita terus utuh dan terus maju ke hadapan.
"தீபாவளி நல்வாழ்த்துக்கள்"
"दीपावली की शुभकामनाएं"
😘😘😘
Mesyuarat Kejohanan Sukan Antara WBL dan PERHEBAT berlangsung di Bilik Mesyuarat WBL. Objektif aktiviti adalah untuk mengeratkan hubungan 2 hala antara PERHEBAT dan TLDM. Semoga kejohanan ini berlangsung dengan jayanya.
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh warga TLDM amnya, Warga Bintara khasnya. Semoga, peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat dihayati bagi meneruskan perkhidmatan yang cemerlang kepada pertiwi.
Majlis Makan Beradat Kursus Induksi Bintara Siri 1/24 melabuhkan tirai. Alhamdulillah, berkat komitmen dan kerjasama semua, Majlis ini berjalan dengan lancar, bertambah seri dengan kehadiran Panglima Pendidikan dan Latihan. Semoga peroleh manfaat dan kebaikan.
#SentiasaCemerlang
Selamat menyambut Hari TLDM ke 90.
Semoga Allah merahmati pejuang2 yang telah mendahului kita.
Teruskan perjuangan.
TLDM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA.
Assalamualaikum dan Salam 15 Ramadan warga Bintara #navypeople. Majlis Berbuka Puasa Wisma Bintara Lumut malam ini di Dewan Perdana.
Semoga segala ibadah kita diterima sebagai amal-amal soleh dan mendapat keampunan Allah Azzawajalla.. Aameen..
Alhamdulillah.. Selesai sudah Aktiviti Majlis Kacau dan Agih Bubur Lambuk #WismaBintaraLumut.. Jutaan terima kasih kepada wakil P/BM. Semoga Ramadan ini, semua bintara #navypeople diberkati dan dirahmati Allah SWT. #SEMARAKKANRAMADAN
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh Warga #WISMABINTARALUMUT dan Navy People yang meraikannya. Semoga Tahun ini memberi sejuta kejayaan buat semua..
Selesai majlis sambutan perayaan Deepavali anjuran #WISMABINTARALUMUT. Terima kasih kepada barisan AJK dan Ahli#WISMABINTARALUMUT kerana sudi memeriahkan sambutan. Jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat atas kesudian memeriahkan majlis.
#AJKWBLCEMERLANG#AHLIWBLPADUUUU