Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata usaha untuk menjatuhkannya adalah kerana beliau memerangi rasuah.
Ironinya, beliau masih mempunyai keberanian untuk bersyarah kepada rakyat Malaysia mengenai rasuah, sedangkan begitu banyak persoalan yang masih belum dijawab.
Kalau benar begitu, rakyat berhak bertanya:
Apa perkembangan tindakan terhadap mafia korporat yang pernah dijanjikan?
Apa pula perkembangan isu siasatan yang melibatkan Tan Sri Azam Baki?
Rakyat tidak menilai melalui slogan.
Rakyat menilai melalui tindakan, ketelusan dan hasil.
Sebab itu, apabila persoalan-persoalan ini masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, jangan salahkan rakyat jika mereka terus bertanya.
Seorang pemimpin yang benar-benar yakin dengan rekodnya sepatutnya menjawab soalan, bukannya menganggap setiap kritikan sebagai cubaan untuk menjatuhkannya. Malah, seseorang yang mahu bercakap soal memerangi rasuah juga perlu bersedia menjawab persoalan tentang janji dan komitmennya sendiri.
“PANGKAH PH DAPAT APA???”
Petikan ceramah saya semalam dalam Jelajah Trak Kancil di N.47 DUN KEMPAS.
Calon 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 No 3 bagi DUN KEMPAS
SALAMAHAFIFI YUSNAIENY @ FIFI
Teruskan menonton ceramah penuh di pautan https://t.co/QBFGDKxgPv
Setakat pagi ini telah mencecah 40,942 tontonan.
Terus sebarkan agar sampai kepada semua pengundi Johor💪💪
Ayuh Johor 💪💪
Ayuh 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 💪💪
𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗔𝗖𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Pilihan raya bukan hanya tentang ceramah, media sosial atau berkempen dari rumah ke rumah.
Salah satu komponen penting dalam gerak kerja pilihan raya ialah pasukan PACA (Polling Agent & Counting Agent). Mereka membantu memastikan proses pengundian dan pengiraan undi berjalan mengikut peraturan di setiap saluran mengundi.
Untuk PRN Johor kali ini, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 masih memerlukan lebih ramai sukarelawan PACA untuk membantu pasukan kami di seluruh negeri.
Walaupun anda tinggal di luar Johor, anda juga dialu-alukan untuk mendaftar. Ramai sukarelawan akan datang dari negeri lain bagi membantu sepanjang tempoh pengundian, dan sumbangan anda amat kami hargai.
Kepada semua yang telah mendaftar, terima kasih. Pasukan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 sedang dalam proses menyusun penempatan serta menghubungi sukarelawan secara berperingkat dengan maklumat lanjut.
Jika anda belum mendaftar dan ingin menjadi sebahagian daripada usaha ini, masih belum terlambat.
Caranya:
Daftar sebagai sukarelawan PACA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di https://t.co/fCMc3GZOrD dan anda boleh memilih DUN-DUN yang ditandingi oleh 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
Tonton video penerangan seminit ini untuk mengetahui langkah-langkah permohonan untuk menjadi ejen PACA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu menjayakan PRN Johor. Setiap sumbangan, walau apa pun peranannya, membantu mengukuhkan gerak kerja pilihan raya 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
@Salim_Iskandar Eh kau ni..mcm ko tu pejuang reformasi..ko sokong PH pn bila PH dh menang dan @anwaribrahim dh jd PM..dulu ko la kepala maki hamun PMX.. org tak lupa la bhai PLANTA=SALIM PARPUKARI ..mcm siot je
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚
Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR.
Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video.
Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang.
Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat.
Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini?
Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti.
Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa?
Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat.
Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker.
Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit.
Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti.
Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia.
Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR.
Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi.
Tapi saya tenang dan gembira.
Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat.
Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati.
Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun.
Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan.
Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me.
Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan.
BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk.
Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat.
Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya.
Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati https://t.co/4xO9KSOGcw dan daftar jadi ahli.
Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat.
Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat.
Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat.
Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them.
Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di https://t.co/4xO9KSOGcw
https://t.co/moqFMKxN1o
"Politik tidak boleh sekadar menjadi perebutan kuasa, jawatan dan survival kelompok tertentu.
Ia mesti kembali kepada asas:politik untuk khidmat, bukan pangkat. Hari ini ramai rakyat, lebih-lebih lagi anak muda , semakin hilang keyakinan bahawa politik mampu membawa perubahan sebenar. Itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Malaysia perlukan politik yang lebih jujur, lebih berani dan lebih berprinsip. Politik yang memberi harapan, bukan ketakutan. Politik yang membina masa depan, bukan sekadar mengitar semula nostalgia lama.
Perjalanan ini bukan mudah. Tetapi sejarah tidak pernah dibentuk oleh mereka yang menunggu keadaan menjadi mudah.Ia dibentuk oleh mereka yang berani memulakan sesuatu ketika ramai sudah berhenti percaya.
Ini baru permulaan. BERSAMA, kita memajukan Malaysia ke arah kesaksamaan."
Daftar dan sumbang untuk BERSAMA di https://t.co/jYamG6vNJ6
@bovver_boot@Marchfoward Ramai je tgk RTM…RTM bkn mcm dulu..Astro yg tak ramai org tgk sbb program ulang2 tu je..Drama Idaman 1998 pn masih dok ulang lg kt Astro..pe bende la astro ni patut la rugi je tiap taun.😂
Eight years ago today, Malaysians queued up at schools just like these.
Most of us didn’t actually think it would happen. We hoped. We showed up.
But deep down, many of us weren’t sure a single vote could change 61 years of the same government.
And then it did.
We did it.
Six years on, it’s hard to know how to feel about all of it.
A government that fell in 22 months.
Three prime ministers without a single election.
Another vote that gave us a unity government that, honestly, still doesn’t feel like what people queued up for back in 2018.
Reforms that were promised are either half-done or quietly forgotten. The feeling of “different faces, but a lot of the same feelings”.
I’ve had this conversation so many times now, with friends, with family, and I keep hearing the same thing.
“I’ve given up. The government disappoints me. The opposition isn’t any better.”
I don’t think that’s apathy. I think that’s what exhaustion sounds like after years of hoping.
But here’s the thing about political cycles.
They end.
And when they do, people who said they’ve given up somehow find themselves back at the polling station.
Pen in hand, doing the one thing that actually changed something once before.
We’re getting close to that moment again.
And if 2018 taught us anything, it’s that we’re more capable of surprising ourselves than we think.
Ramai ingat bila 14 ADUN UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan, itu tanda UMNO kuat.
Tidak semestinya.
Dalam politik, jangan kira jumlah sahaja. Kena kira saluran, margin, dan siapa undi siapa. Perlu juga lihat pengundi mana yang selama ini membantu UMNO menang walaupun sebahagian pengundi tradisi sudah beralih ke PN.
Di Negeri Sembilan, banyak kerusi UMNO dimenangi dengan majoriti tipis. Ada yang menang hanya ratusan undi. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan pengundi PH tidak lagi membantu, keputusan boleh berubah dengan cepat.
Sebab itu sebelum buat langkah besar, semak dahulu nombor.
Lebih besar daripada itu, langkah ini bukan sahaja memberi kesan kepada Negeri Sembilan. Ia mengingatkan semula rakyat kepada pendekatan lama UMNO seperti tarik sokongan dan gerakan senyap, kemudian berundur apabila berdepan tekanan.
Tambah pula Tok Mat sendiri berada dalam kumpulan 14 ADUN itu. Jika Timbalan Presiden UMNO tahu dan bersetuju, adakah perkara ini dibincangkan dengan Presiden UMNO?
Jika tidak dibincangkan, itu pelik. Jika dibincangkan, lebih pelik kerana Zahid menyatakan UMNO pusat tidak tahu-menahu.
Inilah masalah apabila politik dibuat terlalu tergesa-gesa.
Nampak seperti satu langkah, tetapi boleh jadi tembakan pramatang.
Tonton kupasan penuh krisis politik Negeri Sembilan di Podcast YBM Episod 46:
https://t.co/WQd9R2UsTt
Setahun selepas menjadi Timbalan Presiden PKR, satu soalan semakin jelas timbul: di mana Nurul Izzah dalam isu-isu besar parti dan negara?
Beliau berada dalam kedudukan yang sangat sukar.
Sebagai Timbalan Presiden, rakyat dan anggota parti mengharapkan kepimpinan, pendirian dan impak.
Pada masa yang sama, beliau berada terlalu dekat dengan pusat kuasa, sehingga setiap langkah yang diambil akan dibaca dalam bayang-bayang Anwar Ibrahim.
Apabila timbul isu dalaman parti, keputusan pilihan raya negeri, soal rasuah, kontroversi Azam Baki dan pelbagai tekanan politik lain, keadaan itu menjadikan beliau semakin tersepit.
Jika ke depan, ia boleh menyukarkan parti dan Perdana Menteri.
Jika berdiam diri, rakyat akan mula bertanya apakah sebenarnya peranan dan impak beliau sepanjang setahun ini.
Itulah dilema yang sedang menghimpit PKR sekarang.
Sebab itu soalan ini semakin sukar untuk dielakkan.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 45 di sini:
https://t.co/BVVjopmp6V
𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔:
𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦����𝗥𝗠 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔
Hari ini, bekas pegawai dasar saya James Chai, pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM.
SPRM menyiasat kononnya ada penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia.
Kalau ingat, Mac 2025, Perdana Menteri melancarkan usaha sama ini untuk membolehkan Malaysia berubah dari menjadi pengilang yang memasang cip semikonduktor kepada pencipta yang mereka bentuk cip semikonduktor.
Saya tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang. Kalau tidak dah lama saya ditahan dan berpuluh juta wang dipamerkan kepada orang ramai, seperti yang pernah berlaku dalam kes ahli politik lain.
Siasatan menjurus kononnya saya mendesak kerajaan untuk menandatangani usaha sama itu secara tergesa-gesa.
Macam perjanjian ART yang sesetengah pihak kata tergesa-gesa lah.
Cuma yang saya disiasat besar-besaran, yang ART itu langsung tidak disentuh.
Pun begitu, saya berbesar hati untuk membantu siasatan SPRM.
Kemungkinannya begini:
James adalah saksi terakhir yang SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya.
Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua minggu atau tiga minggu dari sekarang.
Masalahnya saya tidak ada Whatsapp dan saya tidak angkat telefon yang saya tidak kenali. Banyak scammer sekarang ni.
Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya [email protected]
Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari.
Insya Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗢 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜
Ucapan di demo perlu pendek.
Saya diminta memberi ucapan yang terakhir di demo Tangkap Azam Baki hari ini.
Tidak banyak yang boleh disebut dalam 10 minit.
Hanya perkara pokok kenapa kita perlu terus bersuara.
Yang paling penting, kenapa perjalanan kita membuang barah rasuah dalam masyarakat masih panjang.
Sebab sistem negara dan masyarakat kita masih berteraskan wang dan kedudukan. Ia saling berkait.
Orang mengejar kedudukan untuk mendapatkan wang, dengan wang boleh mendapatkan kedudukan.
Dengan wang dan kedudukan, semuanya boleh dibeli.
Jika rasuah berleluasa, peraturan kepada rakyat biasa tidak sama dengan peraturan kepada orang yang ada wang dan kedudukan.
Sebab itu kita kena lawan rasuah, supaya masyarakat kita tidak tewas kepada godaan wang bila mereka diberi kedudukan yang ada amanah.
Selagi kita tidak dapat lakukan ini, demo hari ini hanyalah satu episod dari episod yang panjang.