Sumbangan & kesemua usaha saya sepanjang tahun 2018 - 2022 bagi masyarakat Parlimen Titiwangsa. Selama 4 tahun 6 bulan ini, saya tidak pernah berhenti untuk berkhidmat dikawasan ini walaupun bukan wakil rakyat disini.
Download PDF: https://t.co/j5n6zqaAKo
UMNO adalah warisan perjuangan generasi terdahulu. Maka menjadi amanah kita hari ini untuk mempertahankannya, memperkukuh perpaduan, dan menjauhkan diri daripada perpecahan yang hanya akan melemahkan.
Hari Ulang Tahun UMNO Ke-79 11 Mei 2025
Hari ini, UMNO genap 79 tahun – satu perjalanan panjang yang sarat dengan liku, penuh ujian dan cabaran. Namun, UMNO tetap teguh berdiri, memegang prinsip perjuangannya tanpa goyah.
Sebaik tiba di Kuala Lumpur selepas mengetuai delegasi Malaysia ke benua Afrika, saya terus bersama warga akar umbi bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Pangsapuri Pasar Minggu & Kg. Baru Tengah.