Jika seorang doktor buat silap, satu manusia akan mati.
Jika seorang jurutera buat silap, satu jambatan akan roboh.
Tetapi
Jika seorang pembuat dasar atau pemimpin yang lakukan kesilapan, satu generasi manusia akan sengsara.
Prof Di Raja Ungku Aziz
1989
(DTC,UM)
#JusticeForZara
THE PRINCE
Jenazah belum pun sampai ke liang lahad, seorang bekas Perdana Menteri sempat tinggalkan pesanan kepada kita di muka bumi:
“Tun Abdullah bagi contoh baik untuk Malaysia. Dia letak jawatan tanpa bantahan.”
Ramai kata dia nyanyuk. Dah tua2 tak sedar.
Tapi sebulan selepas itu. Bila minions dia mula gerakkan ops desak PMX letak jawatan.
Saya ada moment light bulb…
Yang nampak seperti eulogi…
rupanya mukadimah strategi.
*************
Ini bukan pertama kali.
Dia dah buat banyak kali.
Makanya, hari ni kita boleh study…
Taktik2 The Prince, hasilan Niccolò Machiavelli.
1. “Lebih selamat ditakuti daripada disayangi.” – Bab XVII
🔥 Taktik: Ops Lalang, krisis kehakiman, ISA.
Dari dulu dia tak pernah bergantung kepada populariti semata.
Dia bina kuasa atas kawalan.
Kerana bagi Machiavelli — kasih dan taksub rakyat takkan kekal.
Tapi perasaan takut? Itu lebih lama tahan.
*************
2. “Persepsi lebih penting daripada kebenaran.” – Bab XVIII
🔥 Taktik: Ulang-ulang ‘pengampunan PM tak sah’ walaupun dia hadir mesyuarat.
Bila rakyat keliru, dia sudah menang.
Kebenaran boleh dijelaskan sekali.
Tapi persepsi?
Ia berulang di warung kopi, WhatsApp group dan komen media sosial.
“Rakyat menilai dengan mata, bukan dengan fakta.”
Itu pesanan The Prince.
Dia kawal persepsi bukan fakta. Itu yang dibuat sekian lama.
*************
3. “Putar lidah itu seni, bukan kelemahan.” – Bab XXI
🔥 Taktik: “Pengampunan PM sekarang salah, saya tak tahu dan tak kena mengena. Mesyuarat pun tak ada”. Bila AGC balas dan betulkan. Tetiba dia kata itu tunjukkan dia ikut prosedur. Pulak dah 🤦🏻♀️
Dia tak pernah minta maaf atas percanggahan.
Sebab bagi Machiavelli, yang penting bukan konsisten — tapi dominasi naratif.
Selagi orang beri perhatian,
dia takkan hilang kawalan.
*************
4. “Gunakan nostalgia sebagai senjata tekanan.” – Bab VII
🔥 Taktik: Puji Tun Abdullah, sindir PM sekarang.
Kononnya nak kenang jasa. Tapi dalam dunia kuasa,
pujian kepada pendahulu = tekanan kepada penyandang.
“Tun Abdullah letak jawatan tanpa bantahan.”
Mesejnya jelas — kau tak perform, kau patut undur sekarang.
*************
5. “Untuk kekal relevan, tumpang gelombang rakyat marhaen.” – Bab XX
Dia tahu, zaman berubah. Urbanites, intelektual, anak muda bandar mungkin dah muak.
Tapi sasaran dia bukan yang celik politik & dasar —
Sasaran dia: yang resah dan keliru,
Dan ada potensi masih mahu pemimpin lama memerintah.
Machiavelli tulis:
“Seorang Prince tidak perlu disayangi semua. Cukup jika dia disokong oleh majoriti terbanyak.”
Sebab itu, kini tulisan dan hantarannya pendek-pendek, sarat propaganda.
Dia tahu specifically siapa target market dia.
*********
Namun, kali ini the Prince meets another Prince —
Yang dia mentorkan punya lama.
Semalam, another Prince berkata:
“Kita takkan ambil tindakan pada dia. Orang tua.”
Itu pun a classic leaf from Machiavelli.
Bagi yang boleh decode strategi.
*********
Saya dah lama tulis dulu, sejak 2020:
For Malaysia to move on, politik sabung ayam antara dua Prince ini kena berhenti.
Tapi nampaknya, masih berterusan hingga kini.
Makanya, kita terpaksa tahan nafas dan memerhati.
Permainan atas papan catur yang mereka cipta.
Oleh pemain lama yang tidak pernah letih,
dan tidak pernah lemah jiwa.
Pastikan…
Kita tak terkorban sebagai bidak-bidaknya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki