Dan plot twist dia, dia cakap, tak mau la.. nanti berhutang2 ni tak dapat bayar naya..
Kalau masa pinjam pon ada niat tak mau bayar, jangan meminjam la musibat..!!
Mggu lepas ada orang mesej nak pinjam RM200. Jawapan aku mudah ja.. ada shoppe tak?
Dia cakap ada..
haa.. aktifkan spaylater.. dapat starting RM300. Scan QR kat aku RM300.. aku bg kat hang RM300 cash..
Ada t'baca dkt Threads, most Indonesians yg kerja dkt MY xnk balik negara mereka. antara sbbnya jiran tetangga selalu mintak duit.
Ddk MY hari² dpt mkn ayam/daging. Dkt sana nk beli makanan mentah mahal, klau dpt beli pun kena masak sorok², klau jiran dpt tahu jiran akan mintak.
Ada t'baca dkt Threads, most Indonesians yg kerja dkt MY xnk balik negara mereka. antara sbbnya jiran tetangga selalu mintak duit.
Ddk MY hari² dpt mkn ayam/daging. Dkt sana nk beli makanan mentah mahal, klau dpt beli pun kena masak sorok², klau jiran dpt tahu jiran akan mintak.
Assalamualaikum semua, maklumkan bahawa semua sekolah di Johor tutup 5 hari (12–16 Okt) kerana jerebu semakin teruk.
✅ Anak-anak belajar di rumah (PdPR)
✅ Peperiksaan ditangguhkan
⚠️ Elak bawa anak keluar, pakai pelitup jika perlu keluar, pastikan pengudaraan rumah baik.
Vietnam kena bayar ke? Mustahil Malaysia boleh
menang. Dari 2014, Vietnam tak pernah kalah
dengan Malaysia, tiba-tiba hari ini selepas 12
tahun… Malaysia berjaya tewaskan Vietnam.
Kena siasat ni!
Apabila fungsi rotan dihilangkan dari tangan guru..
Kesannya tak akan dilihat dalam masa terdekat. Tapi akan dilihat pada masa ini..
Apabila menteri tidak ambik iktibar atas kejadian2 seperti ini..
Sekadar mencari penyelesaian untuk mencari siapa pesalah yg melakukan.. tapi tidak dapat mencari jalan atau kaedah supaya tragedi2 seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang..
Alfatihah untuk arwah..
Melihat beberapa kes serius yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini, KPM boleh mempertimbangkan beberapa langkah pencegahan yang lebih menyeluruh. Cadangan ini bukan kerana semua sekolah tidak selamat, tetapi sebagai usaha mengurangkan risiko dan melindungi pelajar.
Cadangan kepada KPM:
1.Pasukan Anti-Buli dan Krisis di setiap sekolah
•Melibatkan guru, kaunselor, PIBG dan wakil pelajar.
•Aduan mesti disiasat dalam tempoh tertentu, bukan hanya direkodkan.
2.Sistem Aduan Rahsia Digital
•Pelajar boleh melaporkan buli, ugutan atau gangguan secara anonim melalui aplikasi atau portal khas.
•Mengurangkan ketakutan mangsa untuk tampil membuat laporan.
3.Penambahan Kaunselor Sekolah
•Nisbah kaunselor kepada pelajar perlu dipertingkat.
•Saringan kesihatan mental dan emosi dibuat secara berkala.
4.CCTV di Kawasan Berisiko
•Koridor, tangga, laluan terpencil dan kawasan asrama.
•Rakaman disimpan untuk tempoh yang mencukupi bagi tujuan siasatan.
5.Pemeriksaan Keselamatan Berkala
•Pemeriksaan mengejut bagi mengesan senjata, bahan terlarang atau aktiviti berbahaya.
•Dilaksanakan mengikut prosedur yang menghormati hak pelajar.
6.Program Pendidikan Empati dan Anti-Keganasan
•Fokus kepada pengurusan emosi, hormat-menghormati dan penyelesaian konflik.
•Bukan sekadar ceramah sekali setahun.
7.Saluran Terus kepada Ibu Bapa
•Sekolah memaklumkan segera sebarang insiden serius.
•Rekod tindakan susulan boleh dipantau oleh ibu bapa.
8.Audit Keselamatan Sekolah Tahunan
•Menilai tahap keselamatan fizikal dan sosial sekolah.
•Sekolah yang mempunyai rekod kes berulang diberi pemantauan khas.
9.Kerjasama Lebih Erat dengan PDRM
•Program pegawai perhubungan sekolah.
•Tindakan awal jika terdapat ugutan, gengsterisme atau unsur jenayah.
10.Dasar Toleransi Sifar Terhadap Buli Melampau
•Hukuman dan tindakan pemulihan yang jelas.
•Kes serius tidak boleh diselesaikan secara dalaman semata-mata.
Proton dan Perodua dah lama keluarkan EV buatan sendiri. Industri automotif Malaysia bukan baru semalam bermula, kami dah membina asas sejak era 1980-an lagi. Bila dengar berita tertentu pada tahun 2026, kami rakyat Malaysia sampai "ketar-ketir", siap terkencing-kencing menahan gelak. 😂
Bab program makanan sekolah pula, ramai negara nak belajar macam mana ia dilaksanakan. Di Malaysia, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sudah berjalan sejak tahun 1970-an dan masih diteruskan sehingga hari ini.
Soal pembayaran digital pun bukan benda asing. Sejak beberapa tahun lalu, peniaga kecil, warung tepi jalan dan gerai kampung pun sudah menerima bayaran QR dengan meluas.
Jadi bila dengar kononnya ada pencapaian yang mahu diheboh-hebohkan, kami rakyat Malaysia yang sedang atas tongkang pun hampir terbirit-birit menahan ketawa. 😆
Malah ada yang bergurau, "Jom ramai-ramai merantau ke Indonesia. Katanya negara dah terlalu maju, gaji buruh pabrik pun bikin kami ternganga melihat angka yang disebut-sebut di media sosial." 😂
“Malaysia mengemis elektrik dari Indonesia”? 😂 Jangan terlalu yakin kalau sejarah elektrik sendiri pun tak semak.
Fakta: Sarawak sudah mengeksport kira-kira 100 MW elektrik ke Kalimantan Barat sejak 2016.
Malah, rekod rasmi Kementerian ESDM Indonesia menunjukkan Indonesia mengimport 100–120 MW elektrik dari Malaysia pada 2020, untuk keperluan Kalimantan Barat. Import itu bersamaan kira-kira 0.54% penggunaan elektrik nasional Indonesia ketika itu.
Jadi jangan tukar cerita perdagangan elektrik dua hala menjadi cerita “Malaysia mengemis”. Kalau nak berdebat, bawa fakta—bukan modal komen Facebook. 😏
Tak tahu lah PAN ni bodoh ke apa..
Yang turunkan takhta Tuanku Muhriz tu bukannya MB mahupun barisan exco TETAPI Undang Yang Empat yang sah! Tapi titah Undang Yang Empat diderhakai oleh MB PH ketika itu.
Kerajaan negeri sekarang hanya menjalankan perintah Undang Yang Empat mengikut perlembagaan negeri utk menyelesaikan Konflik ini.
Krisis ini bukan berlaku sejak Kerajaan BNPN ini, malah berlaku zaman Kerajaan negeri PH memerintah lagi, tapi GAGAL diuruskan oleh MB PH ketika itu.
Sekarang tahun 2026 bukan lagi 2006. Semua rakyat faham dan tahu mana betul mana salah. Hanya ahli dan pimpinan PAN sahaja terserlah bodoh bila cuba putar belitkan cerita.
Apa jadi dengan SUK & Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan kena gantung?
Konteks: Hari ni 22 Sept 2026, MB Negeri Sembilan umum gantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) & Penasihat Undang-Undang Negeri berkuat kuasa serta merta.
Terus pada hari yang sama, Jabatan Peguam Negara (AGC) keluar kenyataan media balas.
Point utama AGC ada 2:
PERTAMA: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan TIADA kuasa undang-undang untuk gantung SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Kenapa? Sebab pelantikan & penggantungan jawatan tu bukan bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Kuasa tu terletak bawah:
- SUK -> bawah bidang kuasa *Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)*
- Penasihat Undang-Undang Negeri -> bawah *Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan*
Ini semua dah termaktub dalam *Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS)* - iaitu Perlembagaan Negeri Sembilan.
KEDUA: Kalau nak lantik Penasihat Undang-Undang Negeri yang baru pun, kena ikut Perkara 37 juga.
Maksudnya, dia mesti dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, dan mesti dari kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, bukan lantikan politik terus oleh Kerajaan Negeri.
Senang faham macam ni:
SUK & Penasihat Undang-Undang Negeri ni walaupun kerja untuk negeri, tapi diorang adalah Pegawai Persekutuan yang dipinjamkan ke negeri. Jadi nak gantung, nak buang, nak lantik - kena ikut saluran Suruhanjaya Persekutuan, bukan keputusan mesyuarat EXCO negeri sahaja.
Kesimpulannya, menurut AGC, tindakan penggantungan serta merta tu tidak sah dari segi undang-undang.
Sumber: Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara, 22 Sept 2026
#NegeriSembilan
Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan dah jelas: pertikaian soal naik takhta mesti diputuskan ikut Perlembagaan Negeri oleh pihak berkuasa yang ditetapkan negeri.
Perkara 71(1) ialah:
“tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta sebagai Raja mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.”
Untuk Negeri Sembilan, Fasal 71(2) pula menyatakan bahawa Fasal (1) terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, kepada seseorang Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan.
Maksud Fasal 71(2) ialah perlindungan dalam Fasal 71(1) bukan hanya terpakai kepada Yang di-Pertuan Besar, tetapi juga kepada Pembesar Memerintah Negeri Sembilan - iaitu Undang yang Empat.
Perlembagaan Persekutuan memang mengiktiraf kedudukan khas institusi Undang dalam struktur pemerintahan Negeri Sembilan.
Jadi kerajaan pusat Madani termasuk Perdana Menteri jelas dilarang oleh Perlembagaan untuk masuk campur dalam kemelut Negeri Sembilan.
Jangan langgar Perlembagaan Persekutuan.
Jangan sampai kerajaan pusat mengacau di kawasan yang memang bukan bidang dia.
Dikala rakyat tengah susah, harga barang meningkat , harga telur naik, guru boleh menyanyi seperti ini.
Zaman dulu, bossku dah kena kecam bila macamni. Padahal ekonomi dulu lagi baik dari sekarang.
Yang pelik ceplos tetap puji guru.
Bodo punya guru.