Bukan sekadar mengejar kejayaan di peringkat antarabangsa, sebuah ekosistem tempatan harus diwujudkan agar bidang ini dipandang dengan lebih serius oleh masyarakat.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/fYUDaMduFt
GPMS Selangor sentiasa bersama @selangorfc. Kami komited untuk sama-sama menyalurkan sumbangan melalui mekanisme yang akan diumumkan oleh Selangor FC.
Selangkah pantang surut, setapak berpantang mundur!
Pada 24/5/2024, GPMS Selangor telah meyantuni Asrama Yayasan Selangor, Klang.
Antara agenda yang dibincangkan adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara GPMS Selangor & Asrama Yayasan melalui program-program sedia ada. Serahan cenderahati juga telah dibuat sempena Hari Guru.
Kunjungan Hormat GPMS Selangor ke Pejabat YB @AdamAdli, Timbalan Menteri Belia & Sukan.
Jutaan terima kasih buat YB atas keterbukaan merangkul GPMS Selangor sebagai rakan strategik untuk inisiatif berkaitan pendidikan & pembangunan pelajar yang akan dilaksanakan kelak.
Application for MICPA-CAANZ MARA Sponsorship reopens!
This is for Term 1/2024 (Jan 24 Intake)
MARA is offering full sponsorship for the MICPA-CAANZ programme which is worth RM48,000+ including monthly pocket allowance!
2.5 PEMBANGUNAN MAHASISWA NEGERI SELANGOR
230. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan akan mewujudkan Portal berbentuk Profailing Mahasiswa melalui Komuniti Mahasiswa Darul Ehsan (KOMDES) yang dijangka dapat menghimpun perincian seperti latar belakang, pembangunan kompetensi, pencapaian akademik dan kokurikulum dan bakat anak Negeri Selangor dalam membantu melaksanakan program-program pendidikan dan memantau pembangunan kerjaya selepas mereka tamat pengajian.
231. Antara program yang bakal dijalankan secara berkala pada tahun 2024 adalah Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor yang akan merangkumi siri jelajah ke Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia untuk fasa pertama bagi menerangkan inisiatif-inisiatif pendidikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Kerjasama strategik bersama NGO berteras pendidikan seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor akan direntas untuk menjayakan Jelajah ini sepanjang tahun 2024.
232. Untuk makluman, pelbagai program pembangunan mahasiswa sedang dan telah dijalankan sepanjang tahun 2023 ini antaranya kita telah berjaya mengadakan Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah di Jordan, Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Selangor, Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor, Selangor Research Development and Innovation Expo (SRIE) dan beberapa program lain.
233. Mahasiswa Anak Selangor juga telah diberikan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) bagi mereka yang melanjutkan pengajian di UNISEL dan UIS yang dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menampung yuran pengajian mereka. BAYU ini telah memberi manfaat kepada ramai pelajar sejak dilaksanakan pada tahun 2021. Secara keseluruhan, sejumlah lebih kurang RM16 juta diperuntukkan bagi keseluruhan Program Pembangunan Pendidikan Tinggi bagi Tahun 2023.
234. Pada tahun ini juga, sebagai sebahagian daripada manifesto 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah berjaya memperuntukkan sebanyak RM200 ribu berupa Baucar Buku bagi 1,000 orang mahasiswa yang layak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan asnaf. Ini bagi menampung keperluan pengajian dan menyuntik semangat mereka untuk terus belajar dan berjaya dalam bidang pengajian masing-masing.
235. Hasil kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan NGO dalam usaha pendataan mahasiswa Selangor yang berkelayakan, program ini akan diteruskan pada tahun 2024 dengan sasaran dinaikkan kepada 2,000 orang mahasiswa dengan jumlah peruntukan RM400 ribu, dengan dikembangkan kepada semaksimum mungkin Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih.
236. Sehubungan dengan itu, sebagai usaha meneruskan dan membangunkan program-program dan projek pembangunan yang memberi manfaat khusus kepada mahasiswa anak Selangor di dalam dan luar negara, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM24.9 juta bagi keseluruhan Program Pembangunan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Negeri Selangor.
#Selangor2024
@donchinchai@AshaariShah Sebab takda tok guru politik yang betul. Kalau nak independent dan ada pemikiran sendiri pun, jangan alienate seniors dan cuba buat generational war. Angkuh dan ignorant. Ini lah hasilnya