SALAM MAAL HIJRAH 1446H
Mewakili saf kepimpinan dan seluruh ahli GPMS Selangor, kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1446 Hijrah buat semua khusus umat Islam di negeri Selangor.
Sekitar Program Jerayawara Siswa #KitaSelangor Zon Utara [30 Jun 2024] Di USM Pulau Pinang.
Terima kasih kepada semua pelajar yang turut serta dalam menjayakan program ini.
Seramai 327 orang mahasiswa Selangor Zon Utara telah menjayakan Program Jerayawara Siswa Kita Selangor dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor mendekati anak muda bagi melahirkan generasi baharu Selangor yang hebat menerusi pendidikan
Berita : https://t.co/pNSlFolFat
#KitaSelangor
Selepas berjaya dilaksanakan di Sabah pada Januari lepas, insyaAllah saya akan ke Pulau Pinang bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk siri Jerayawara Siswa #KitaSelangor Zon Utara.
Dibawakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama GPMS Negeri Selangor dan PERMAS USM, insyaAllah kelompok Mahasiswa Selangor dari Universiti-universiti Awam di Perlis, Kedah dan sudah pasti Pulau Pinang turut diundang sama untuk melihat pameran dan mendengar penerangan program-program Iltizam Selangor Penyayang khusus buat generasi muda.
Saya terbuka dengar idea-idea segar mahasiswa untuk saya jadikan input Belanjawan Selangor 2025 nanti.
Jom ramai-ramai hadir esok dan daftar kehadiran untuk berhubung terus dengan Kerajaan Negeri kelak.
Ada ole-oleh dari Selangor juga kami bawa untuk mahasiswa Selangor utara yang bertuah. Haa mantapp! Mai awal tak kalut!
Oh ya.. Rekomen juga nasi kandar mana saya kena cuba esok, mana yang betul-betul surrrrr......
GPMS Selangor sentiasa bersama @selangorfc. Kami komited untuk sama-sama menyalurkan sumbangan melalui mekanisme yang akan diumumkan oleh Selangor FC.
Selangkah pantang surut, setapak berpantang mundur!
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Belia Selangor (MBS).
GPMS Selangor merupakan antara ‘watak penting’ di dalam MBS. Peranan GPMS selaku badan gabungan melangkaui aspek pendidikan dalam memperkukuh kedudukan pertubuhan belia di negeri Selangor.
Pada 24/5/2024, GPMS Selangor telah meyantuni Asrama Yayasan Selangor, Klang.
Antara agenda yang dibincangkan adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara GPMS Selangor & Asrama Yayasan melalui program-program sedia ada. Serahan cenderahati juga telah dibuat sempena Hari Guru.
Kunjungan Hormat GPMS Selangor ke Pejabat YB @AdamAdli, Timbalan Menteri Belia & Sukan.
Jutaan terima kasih buat YB atas keterbukaan merangkul GPMS Selangor sebagai rakan strategik untuk inisiatif berkaitan pendidikan & pembangunan pelajar yang akan dilaksanakan kelak.