2 Mac 2023.
Hujan lebat yang berterusan semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Negeri Sembilan juga turut menaiki air.
Pada hari ini saya ke pusat pemindahan di Sk Kg Geduk untuk melihat sendiri keadaan dan keperluan yang diperlukan di pusat pemindahan tersebut.
Pagi ini berada di NS Command Center (NeSCOM) bagi mendapatkan status terkini bencana banjir
Untuk makluman, NeSCOM merupakan pusat kawalan yang menerima maklumat secara langsung daripada pelbagai stesen dan pusat pengumpulan data bagi mempercepatkan tindakan Kerajaan Negeri
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Negeri Sembilan.
Berhati- hati ketika pulang ke kampung dan kembali ke bandar.
#BersihMuafakatSejahtera#norazman
9 Januari 2023 - 11 Januari 2023. Alhamdulillah diberi kesempatan mewakili Kerajaan Negeri dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Sembilan ke Pantai Timur. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir.
Atas rasa kepedulian yang tinggi, Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan bersetuju untuk menghantar Misi Bantuan Pasca Banjir ke pantai timur.
JPS telah mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat pada 28 November jam 6.00 petang tadi.
Tersenarai dalam notis tersebut adalah Kenaboi, Glami Lemi dan kawasan sekitarnya bagi daerah Jelebu serta Langkap dan kawasan sekitarnya bagi daerah Kuala Pilah..
Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan berjalan dengan baik pada hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli dewan yang mengambil bahagian dalam perbahasan dengan penuh harmoni.
13. Kebajikan Perkhidmatan Awam dgn pelbagai bentuk inisiatif ntk manfaat penjawat awam sprti Pinjaman Kenderaan Tanpa Faedah, Pinjaman Komputer Tanpa Faedah n Perumahan Penjawat Awam. Di samping Bantuan Khas Kewangan pd tahun 2023 sebanyak satu bulan setengah atau minima RM 2500
Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Haji Aminuddin Harun yang telah membentangkan Belanjawan 2023 dengan tema ” Melunas Janji, Menggalas Harapan”.
Saya kongsikan 13 Fakta Menarik Belanjawan 2023 Negeri Sembilan
Majlis Daerah Kuala Pilah berjaya mencapai Pencapaian Terbaik SDG 11 (Sustainable Development Goals), Program Pengukuran Bandar Mapan Malaysia melalui skor MURNInets bersempena Hari Perancang Bandar Sedunia 2022.