Suami minta isteri sediakan bekal ringkas bukanlah permintaan yang keterlaluan.
Kalau mampu, buatlah dengan baik. Kadang-kadang perkara kecil begini pun boleh menambah kasih sayang.
Begitu juga suami, jangan hanya tahu meminta. Ringankan juga kerja isteri bila berkesempatan.
Sebelum keluar cari rezeki, jom kita amalkan doa ni:
ุจูุณูู ู ุงูููู ุชููููููููุชู ุนูููู ุงููููุ ููุง ุญููููู ููููุง ูููููุฉู ุฅููููุง ุจูุงูููููู
"Bismillahi tawakkaltu 'alallah, la haula wala quwwata illa billah"
Semoga langkah kita semua hari ini diberkati, dicukupkan segala keperluan dan dijauhkan daripada sebarang musibah. Amin. ๐คฒ
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐ง๐๐๐๐ / ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐ก๐๐จ๐ฆ๐ง๐ฅ๐
Assalamualaikum WBT,
Permohonan dibuka kepada pelajar IPTA dan IPTS yang berminat untuk menjalani praktikal / latihan industri di Dakwah Global Sdn. Bhd., syarikat yang berkaitan dengan aktiviti dakwah bersama Ustaz Wadi Annuar.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar khususnya dalam bidang dakwah dan pengurusan organisasi.
Lokasi penempatan:
Sungai Petani, Kedah
Bidang pengajian yang dialu-alukan:
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ป๐ฎ๐ป / ๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ป๐๐๐ถ๐ฎ / ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ฑ๐ฏ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป
Kami mengalu-alukan pelajar yang bersemangat serta berminat untuk menyumbang dalam dakwah dan operasi organisasi.
#ustazwadiannuar #pelajarpraktikal #dakwah
Kalau dia sembunyikan dosa yang dia sedang lalui, boleh jadi Allah akan dan masih boleh ampunkan dia di akhirat kelak; ini janji Allah.
Malangnya, dia memilih untuk menzahirkan dosa, maka dia juga perlu bersedia untuk dinasihati dan ditegah oleh masyarakat berkenaan perbuatan tersebut.
Renungilah hadis Nabi ๏ทบ ini:
ูููู ุฃูู ููุชู ู ูุนุงููู ุฅูุง ุงูู ุฌุงูุฑูู
Maksudnya: โSemua umatku akan diberi keampunan, kecuali mereka yang menzahirkan dosanya.โ
Kemudian sambung Baginda ๏ทบ:
ู ุฅููู ู ู ุงูุฌููุงุฑู ุฃู ูุนู ูู ุงูุฑุฌูู ุจุงููููู ุนู ููุง ุซู ููุตุจูุญู ู ูุฏ ุณุชุฑู ุงูููู ุชุนุงูู ูููููู: ุนู ูุชู ุงูุจุงุฑุญุฉู ูุฐุง ู ูุฐุงุ ู ูุฏ ุจุงุช ูุณุชุฑูู ุฑุจูููุ ู ููุตุจูุญู ููุดูู ุณูุชุฑู ุงูููู ุนูู.
Dan sesungguhnya antara bentuk berterang-terangan itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan (dosa) pada waktu malam, kemudian pada pagi harinya [sedangkan Allah telah menutup aibnya] dia berkata:
ุนู ูุชู ุงูุจุงุฑุญุฉู ูุฐุง ู ูุฐุง
โAku telah melakukan semalam begini dan begini.โ
Padahal dia telah bermalam dalam lindungan tutupan Tuhannya, tetapi pada pagi hari dia sendiri membuka tutupan Allah ke atas dosa dirinya itu.โ
HR al-Bukhari (6069) dan Muslim (2990).
Sejahat mana kita, janganlah sesekali menunjukkan dosa kita kepada khalayak ramai apatah lagi berbangga dengan perbuatan tersebut.
Semoga Allah pelihara kita semua.
Keutamaan dalam bersedekah:
1๏ธโฃ Keluarga terdekat yang memerlukan.
2๏ธโฃ Orang miskin & anak yatim (contohnya melalui NGO atau pusat zakat).
3๏ธโฃ Fi sabilillah & dakwah (contohnya masjid, tahfiz dan usaha dakwah).๏ฟผ
Marilah kita bersama-sama tingkatkan ketakwaan, gandakan amalan, dan berharap agar kita meraih keampunan serta keredaan-Nya. Insya-Allah.
#ustazwadiannuar
Jangan tinggalkan 10 amalan ini sepanjang Ramadan. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan keikhlasan untuk terus istiqamah hingga akhir.
#ustazwadiannuar#uwakongsi
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah/adu domba (menceritakan hal orang lain untuk merosakkan hubungan)." - HR Muslim๏ฟผ
Bukan semua yang benar perlu disampaikan, lebih-lebih lagi jika melukakan. Contohnya, apabila mak atau ayah meluah perkara yang kurang baik tentang ahli keluarga, biarlah ia berhenti setakat kita. Tugas anak ialah menenangkan, bukan menjadi batu api, kerana boleh jadi dengan diam itulah cara terbaik untuk menyelamatkan keluarga.๏ฟผ
Syaaban Ambang Pesta Ibadah
๐ 31 Januari 2026 (Sabtu)
โฐ 10.00 pagi
๐Dewan Besar Akademi Darul Ilmi, Sungai Petani, Kedah
๐ Ustaz Wadi Annuar
Semua dijemput hadir.
#ustazwadiannuar#ceramahduha
Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj - 2026/1447H
Marilah kita sama-sama menghayati pengajaran di sebalik perjalanan agung Baginda Rasulullah ๏ทบ dalam menerima kefarduan solat.
Semoga ibadah solat kita bukan sekadar rutin wajib, tetapi jambatan yang mendekatkan jiwa kepada Sang Pencipta.
Ikhlas daripada,
Ustaz Wadi Annuar
Israk & Mikraj: Ibadahku Hanyalah Untuk-Mu
๐ 24 Januari 2026 (Sabtu)
โฐ Selepas Maghrib
๐ Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
๐ Ustaz Wadi Annuar
Semua dijemput hadir.
#ustazwadiannuar#ceramahperdana