I know some of you are smiling on the outside, but carrying waves of emotion & disappointment within.
It’s okay. You’re allowed to feel that way. Just don’t let one moment define your worth or limit what you can become.
Effort doesn’t always show in results, but it is never wasted.
This moment doesn’t define your future. What you do next will.
You’re not behind your target. You’re on a different path. And sometimes, paths that feel uncertain lead to the most meaningful places. 🌹
Cantik ayat ni “Kahwin itu lama, seumur hidup.”
Jadi carilah yang suka borak dengan kau, teruja bila dengan kau, sayang dia konsisten, tahu bersyukur dan bangga ada kau.
2025 sudah sampai ke penghujungnya. Inilah achievement terbesar saya tahun ini, alhamdulillah.
Panjang sikit saya tulis 😅.
“You can have 1,000 problems in your life. Until you have a health problem… Then you only have one.”
Saya ceritakan sedikit. Tahun 2025 ini, hampir sepanjang tahun saya menderita dengan sakit belakang hingga ke kaki yang kronik. Tempoh sakit yang paling panjang yang saya pernah lalui. Lama saya terpaksa berkerusi roda.
I’m going to be honest, no sugarcoating. Jujur, ada kalanya ketika sakit kali ini, saya ada terlintas tak nak buat apa dah dengan hidup ni kalau 24 jam saya tersiksa macam ni. Bukan setakat bekerja, tidur pun saya sukar untuk lakukan.
Dalam keadaan setiap hari kita bertarung dengan sakit yang sama dengan terlalu lama, minda kita akan menjadi musuh yang terbesar kepada diri kita sendiri. Kita akan mula rasa tak berguna. Rasa semakin menyusahkan orang lain. Rasa tak boleh membantu orang sekeliling. Patah semangat.
Buat yang sedang menempuh sakit yang serupa, percayalah, saya faham apa yang kalian rasa. Ada kalanya, rasa sakit saraf kat seluruh kaki buatkan kita rasa nak potong kaki sendiri. Sakit belakang sampai kita rasa nak sentap belakang kita sendiri. Apa nak jadi, jadilah. Akan rasa macam segala impian malah harapan untuk sembuh sudah berakhir.
Tidaklah pelik untuk lintasan-lintasan negatif itu bermain dalam minda kita. Cuma, kita harap Allah bantu kita untuk mendepaninya dengan cara yang betul. Dunia ni ujian untuk kita.
Buat mereka yang masih bertarung, jangan give up! You’re not alone! Teruskan berikhtiar! Saya akan kongsikan pengalaman saya.
Sakit yang saya alami kali ini lebih lama daripada sebelumnya.
Ada doktor pakar yang cadangkan saya untuk ambil risiko jalani pembedahan. Ada juga doktor pakar yang sarankan untuk saya lalui kaedah konservatif dahulu dan cuba elakkan risiko yang lebih besar kerana umur saya masih muda. (YE SAYA TAHU SAYA DAH 30 TAPI DOKTOR YANG KATA UMUR SAYA MUDA LAGIII 😭😂)
Tiap kali jumpa doktor, saya akan ulang soalan yang sama, “Betul ke saya akan makin okay? Tak berubah pun sakit ni?”
Jujur, kadang-kadang terlintas nak tanya, “Boleh tak bagi saya ubat tahan sakit yang kuat, biar saya tidur je terus 24 jam?”
Saya tak tahan dah, sakit sangat hari-hari. Saya nak berdiri 30 saat pun tak boleh. Nak duduk pun tak boleh. Baring pun tak boleh. Dalam posisi sujud je saya paling kurang sakit. Itu sahaja lah posisi saya untuk tidur. Tidur pun 15 minit je lena. Kemudian terjaga sebab sakit, sebab darah dah turun ke kepala akibat sujud terlalu lama. Jadi, motivasi saya memang sangat rendah.
اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى
Maksudnya: “Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.” Riwayat Muslim (6990)
Doa itu sudah mula kerap berlegar-legar di minda dan bisikan-bisikan saya. Saya tak mahu terus menyusahkan orang lain.
Dalam motivasi yang sangat rendah itu, ada satu perkara sahaja yang kuatkan saya untuk terus buat rawatan walaupun tidak nampak perubahan.
Iaitu…
Badan ni bukan milik kita. Allah yang pinjamkan kepada kita. Jadi apa-apa pun, secara tertib dan adab dalam meminjam sesuatu, kita tetap perlu pulangkan barang yang kita pinjam dengan baik. Atau sekurang-kurangnya, kita sudah berusaha sedaya upaya untuk jaga dan baik.
Hakikat itu sahajalah yang buatkan saya tetap kuatkan diri untuk jalani rawatan physiotherapy. Dua tiga tempat saya bergilir-gilir buat rawatan. Saya sambung buat di rumah juga setiap gerakan yang doktor sarankan.
Mungkin, orang nampak saya macam bersemangat untuk sembuh. Walhal, yang menggerakkan saya hanyalah semangat untuk pulangkan tubuh ini kepada Dia dengan keadaan baik, dalam keadaan yang beradab.
Hari demi hari, saya paksa diri untuk lalui rawatan. Tak rasa ada penambahbaikan pun, tetapi saya tetap lakukan juga.
Tiba-tiba, selepas 9 bulan, sakit tu berkurang secara mendadak. Boleh saya katakan, hampir semalaman sahaja ia berlaku.
Tiba-tiba saja saya bangun subuh dengan keadaan kurang sakit. Saya pun pelik ketika ia terjadi. Lagipun, saya tidak makan banyak ubat tahan sakit pun pada malam sebelumnya.
Saya tiba-tiba boleh bangun berwuduk macam dulu semula.
I cried like a baby bila saya tiba-tiba boleh solat dengan sempurna semula. Punyalah saya tak hargai nikmat yang diberikan percuma sebelum ini. Saya tidak pernah sedar yang saya sangat rindu untuk solat dengan sempurna. Saya tidak pernah sangka orang yang banyak dosa macam saya ini layak untuk ada perasaan itu pun.
Petang itu juga, saya terus berjalan 3km untuk ‘test’ HAHAHAHA
Dipendekkan cerita lagi, saya dah tak perlukan kerusi roda dah sekarang!
Alhamdulillah, daripada berjalan 3km, beberapa hari kemudian saya boleh berjalan 5km, kemudian meningkat jadi 10km. Alhamdulillah, saya dah boleh berjalan lama. Cuma, saya masih sakit bila duduk lama.
Semua itu berlaku selepas hampir setahun. Ketika saya sudah putus harapan untuk sembuh semula.
Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali boleh membantu mama papa saya, terutamanya untuk meringankan urusan perubatan mama saya.
Alhamdulillah, saya dah beransur aktif semula dengan tugas harian dan hakiki saya setelah cuti yang lama.
Alhamdulillah, saya juga sudah mula menulis semula.
Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik! Mungkin, ada doa orang soleh dalam kalangan kalian yang Allah makbulkan.
Buat yang mengalami sakit berpanjangan yang serupa, saya tahu, kesakitan yang saya alami mungkin tidak sebesar sakit kalian. Tapi percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah. Dan ingatlah, yang berlaku ini semua perancangan Allah. Semua ini ujian untuk kita, untuk kebaikan kita.
Allah tidak zalim dengan kita. Setiap ujian, adalah peluang untuk kita raih redhaNya. Lagipun, itu lah tujuan kita hidup.
There will be days when you feel like giving up.
Weeks that feel like nothing’s changing.
Even months where it seems like you’ll be stuck forever.
And that’s okay!
Progress isn’t always visible.
One day, maybe when you least expect it, everything will turn out kinder than you ever prayed. InsyaAllah.
Selamat berjuang dalam tahun yang baru pula! Take careee! 🌹
Berbulan-bulan tak period, pharmacist recommend ambil Coline Tong. Sekali makan…nohhh banjir terusss!!
Sape yang period kejap-kejap atau tak teratur tu boleh try cuba ni. For me memang menjadi yeee 🙏🏻
i watched a guy buy flowers today. When the cashier
asked, "Anniversary?" He smiled and said "No, she's just having a rough day." That's the kind of love I'm hoping to find.
It’s okay to admit that you’re not okay.
Pain doesn’t make you less worthy. It doesn’t make you weak.
It just means you’ve lived. And survived. And are still trying your best everyday.
TERKINI
PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan Misi Kedua Freedom Flotila Coalition+ Thousands Madleen to G memasuki Zon Kuning
Ini selepas beliau berhubung dengan kapal itu dalam satu panggilan telefon
Misi ini disertai 9 peserta Malaysia yang menaiki Kapal Consience
TERKINI
Puan Ardell Aryana disahkan berada di sebuah hospital di Istanbul kerana tekanan darah rendah dan kecederaan yang dialaminya kerana ditumbuk di muka dan tarik tudung Ardell ketika dalam penjara maklum suaminya Nadzmi Adhwa
Dia menjadi tumpuan IDF kerana dia antara yang dapat view tinggi di Tiktok sepanjang kempen Misi GSF
Your pain is valid, even if no one else sees it.
Even if you’re quiet about it. Even if you carry it with a smile.
Allah sees. And He comforts in ways no one else can.
They break every law.
Genocide, famine, right before our eyes.
The ‘civilised’ powers stay seated.
So the brave sail, where the world refuses to move.
Global Sumud Flotilla.
Now, they too are captured!
Let the aid through!
Bring @Israel , the real criminal to justice!