That evening, once I’m back home, I position myself between the two mirrors—the outdated bathroom one and my grandmother’s antique mirror—and snap a selfie. In the image, I appear caught between the pair of mirrors, with two reflections, two facets of my identity—the one wh
Upon returning to her workspace, Clara sees a Slack notification from Ms. Hale asking for slight revisions to a client proposal that had already been approved. Though the tweaks are minor, they demand precision to maintain the document's formal framework and polished, businessli
Berpeluang adakan pertemuan singkat bersama Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly.
Kami sepakat melonjakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi kerjasama pelbagai bidang.
Turut dibincangkan adalah terkait perkembangan terkini di Gaza serta situasi kemanusiaan di Iran di mana Malaysia dan Mesir sepakat bahawa sebarang bentuk penindasan mesti dihentikan segera, dan komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak asasi yang berterusan.
🇲🇾🇪🇬
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BRICS2025
Menerima kunjungan hormat Dilma Rousseff @dilmabr , tokoh berpengalaman yang pernah menerajui Brazil dan kini meneruskan khidmat sebagai Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB).
Saya ucapkan tahniah atas pemilihan semula beliau dan menyatakan keterbukaan Malaysia untuk meneroka potensi kerjasama bersama NDB dalam kerangka pembangunan mampan, pembiayaan infrastruktur dan pengukuhan kerjasama Selatan-Selatan.
Sebagai bank pembangunan pelbagai hala yang ditubuhkan oleh negara-negara membangun, NDB menawarkan alternatif pembiayaan yang berdaya saing, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mempelbagaikan sumber pembangunan infrastruktur dan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau.
Malaysia akan meneliti secara menyeluruh keanggotaan dalam NDB, dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk komitmen yang diperlukan serta keberkesanan penyertaan dalam institusi tersebut.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BRICS2025
Daripada istiadat sambutan rasmi hingga ke meja rundingan, lawatan rasmi ke Paris membawa makna besar buat masa depan hubungan Malaysia dan Perancis.
Pertemuan empat mata bersama Presiden Macron menjadi kemuncak lawatan, memperkukuh hubungan dua hala yang dibina atas asas kepercayaan, nilai bersama dan komitmen terhadap keamanan sejagat.
Malaysia dan Perancis bukan sekadar rakan dagang, tetapi rakan strategik yang berkongsi aspirasi membina masa depan lebih adil, mampan dan inklusif.
🇲🇾🇫🇷
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Sempat meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana.
Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara.
🇲🇾🇧🇷
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI#MADANIBekerja
Perbincangan saya bersama Presiden @EmmanuelMacron berlangsung dalam suasana yang amat terbuka dan jujur, mencerminkan tradisi keterbukaan, toleransi dan kebijaksanaan yang menjadi tunjang demokrasi Perancis.
Saya mengangkat semangat ini sebagai asas penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta mendepani pelbagai cabaran global dengan berani dan berprinsip.
Kerjasama strategik Malaysia dan Perancis terus berkembang merentas sektor berimpak tinggi, daripada teknologi aeroangkasa menerusi Airbus, tenaga bersih bersama PETRONAS dan syarikat Perancis, hinggalah pendidikan tinggi, kecerdasan buatan, serta pertukaran pelajar.
Saya menyatakan sokongan terhadap usaha Presiden Macron dalam memperjuangkan keamanan dan kestabilan dunia.
Saya juga menghargai ketegasan Presiden Macron yang mendesak agar rejim Israel menghentikan keganasan di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan segera. Malaysia kekal konsisten menolak keganasan terhadap orang awam dan segala bentuk pilih kasih.
Kami menyinggung tema yang saya utarakan dalam ucaptama di Sorbonne sebelum ini iaitu konsep ‘Habits of the Heart’ yang diperkenalkan Alexis de Tocqueville, merujuk kepada nilai-nilai bersama dan sifat kewarganegaraan yang menyatukan masyarakat.
Dalam dunia hari ini yang sarat dengan ketidaktentuan, kami sependapat bahawa kerjasama tulen mestilah berlandaskan rasa saling menghormati, kepercayaan dan kejelasan moral untuk melihat satu sama lain bukan sebagai alat kepentingan, tetapi sebagai rakan setara dalam membentuk suatu tertib dunia yang lebih adil.
Malaysia akan terus menjadi rakan yang konstruktif dan komited dalam memperkukuh multilateralisme serta usaha ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi dunia yang lebih aman.
Terima kasih Presiden Macron atas sambutan yang amat mesra dan komitmen beliau terhadap hubungan erat Malaysia dan Perancis.
Saya turut mengundang beliau untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia demi meneroka potensi baharu dalam kerjasama dua hala, ASEAN dan peringkat global.
======
I had a frank and constructive discussion with President Macron, reaffirming our shared commitment to strengthening Malaysia–France ties across key sectors, including aerospace, clean energy, and education. I also welcomed his principled stance on Gaza, which aligns with Malaysia’s consistent rejection of violence against civilians and all forms of double standards.
We agreed that true partnerships must be grounded in trust, mutual respect and shared values, not mere transactions. I invited President Macron to Malaysia to explore deeper cooperation bilaterally, within ASEAN and on global platforms.
🇲🇾🇫🇷
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Tiba di Istana Élysée dan disambut mesra oleh Presiden @EmmanuelMacron, satu penghormatan besar yang mencerminkan hubungan akrab dan saling menghormati antara Malaysia dan Perancis.
Pertemuan ini bukan sahaja dapat memperkukuh kerjasama strategik dua hala, malah memperluas jalinan persahabatan yang memberi manfaat kepada Malaysia, rantau ASEAN, Perancis dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan.
======
Arrived at the Élysée Palace and warmly received by President Emmanuel Macron, reflecting the close and respectful ties between Malaysia and France. This meeting strengthens strategic bilateral cooperation and deepens friendships that benefit Malaysia, ASEAN, France and the European Union as a whole.
🇲🇾🇫🇷
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja