Yang memasukkan rasa gembira dan tenang ke dalam hati kita ialah Allah. Yang menghilangkan rasa sedih dan susah hati juga Allah. Maka mintalah kepada-Nya, kerana Dialah yang berkuasa mengubah keadaan hati kita.
Sabar ya abg faiz...x boleh cium dan peluk adik lg bila abg blk sklh
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami.
Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih.
Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat.
Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya.
Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat.
Benih itu telah ditanam.
Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama.
Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
Orang Johor boleh get ready.
Kalau undi anda sehaluan bangsa Twitter , anda akan dipuji2.
Kalau tak sehaluan , akan dimaki dan dibodohkan bangsa Twitter.
Biasalah , semua dah boleh baca kan?
Peneroka Felda Cahaya Baru kena scam dgn UMNO yg ada kepentingan dlm syarikat pemaju, CBDB.
Masalah berlarutan 30 tahun sudah… pemimpin UMNO silih berganti memerintah negeri Johor.
Dengar penjelasan DS Rafizi dari Felda Cahaya Baru.
Orang lagi marah kat Amir sebab gaji dia 3K daripada marah dekat kegagalan BN yang sampai sekarang tidak berjaya menaikkan median gaji di Johor walaupun dah tadbir berdekad. We need to reform this country ☠️
Ptg tadi sempat menyampaikan ceramah untuk @partibersamamy di Johor Jaya, tempat saudara @yileong bertanding sebagai calon. Segar melihat seorang lagi anak muda yang sanggup mengambil langkah pertama untuk terjun ke arena politik demi memperjuangkan idealisme yang kita yakini. Perubahan tidak akan berlaku jika semua hanya menunggu orang lain bertindak. And I must say, sedap dengar ucapan Saudara Yileong dalam Bahasa Melayu. Saya kena kuat improve public speaking & BM saya 😅
Tak belajar dari kesilapan-kesilapan lepas. Isu Jalur Gemilang ini, satu isu serius. Bukan pertama kali. Sudah terjadi beberapa kali yang telah menajdi isu yang sangat besar. Tapi adakah mereka yang di atas ini ambil serius? Bayangkan, kalau akaun PM sendiri yg post.
Patut la budak sekolah kena pakai lencana Jalur Gemilang. Ramai tak tahu berapa banyak jalur dalam Jalur Gemilang rupanya.
Tunjuk Jalur Gemilang yang salah ni kena ada apa-apa tindakan ke atau tak? Bendera Malaysia ni identiti negara.
Individu mcm Dr Anuar yg patut takeover from Education Minister from PKR.
Menurut Dr Anuar, rakyat berhak mengetahui sama ada wang awam itu benar beri impak kpd matlamat yg ingin dicapai & Menegaskan rakyat berhak tanya krn peruntukan tersebut dtg drpd wang pembayar cukai
Azam Baki dlm Lembaga Penasihat NFCC…(???)
NFCC adalah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional diletakkan di bawah JPM.
Pengerusi Lembaga Penasihat adalah org sama mengetuai Suruhanjaya Siasatan ke atas Azam Baki 😅
Ketua Pengarah NFCC adalah bekas pegawai tinggi SPRM yg menjwb kpd Azam Baki satu ketika dulu 👀
Jadi… lupakan saja pasal RCI, atau hasil siasatan Suruhanjaya tu. Nampaknya puak2 dia jugak yg ada dlm NFCC ni.
Mcm ni lah sedapnya mereka menggunakan kuasa sementara yg ada skrg.
Don’t waste your breath la @WongChen_MY. Azam baki is now part of the powerful NFCC committee. In what capacity, still unclear. You think after giving azam baki the blessing to be part of NFCC, your government gonna listen to you?
Tolong sebarkan mesej ini seramai mungkin.
Kami merayu kepada seluruh rakyat Johor, khususnya lebih 1.4 juta pengundi yang tidak keluar mengundi pada PRN Johor 2022, agar bangkit menunaikan tanggungjawab pada PRN Johor 2026.
Setiap undi anda mampu menentukan masa depan Johor. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak anda.
Keluarlah mengundi dan berikan sokongan kepada Bersama Malaysia di 15 kerusi DUN yang ditandingi.
Suara anda. Undi anda. Masa depan Johor di tangan anda.