Dahsyat org twitter ni. Sampaikan pewaris Nabi SAW pun buat macam ni. Dia dah buktikan sanad keturunan dia. Dia pernah bersama habib Umar. Esok dajal keluar org ni first sembah dajal. Nauzubillah.
Berapa kali nak terhantuk lagi?
Cadangan asal saya jelas. Guna PADU supaya kita tahu siapa yang betul-betul perlu dibantu, dan bagi bantuan tunai ikut pendapatan boleh belanja bersih. Bukan main pukul rata B40, M40 macam sekarang. Orang gaji RM6,000 di Tanah Merah tak sama dengan orang gaji RM6,000 di KL. Orang anak satu tak sama dengan orang anak lima.
Bila data digabungkan betul-betul, kita boleh bagi elaun ikut keadaan sebenar. Elaun warga tua. Elaun anak. Elaun sara hidup untuk yang miskin. Elaun minyak untuk majoriti rakyat. Bila harga minyak naik, elaun minyak naik. Bila harga turun, elaun itu turun. Tapi bantuan yang memang perlu, tetap berjalan.
Dengan cara itu, kerajaan tak perlulah terhantuk baru tengadah setiap kali harga minyak dunia melonjak. Tak perlulah bakar RM4 bilion macam itu saja, tetapi corak penggunaan negara langsung tak berubah.
Masalahnya sekarang, kerajaan masih mahu kekal dengan pendekatan yang popular.
Sebab itu, Budi95 kelihatan baik pada permukaan, namun tidak benar-benar menyelesaikan masalah. Akhirnya, kita tetap kembali ke titik asal.
Kalau nak selesai, selesaikan sekali gus. Bukan tambah jawatankuasa. Bukan ulang populisme.
Sebab kalau ahli politik masih takut buat keputusan jangka panjang, kerajaan hari ini dan kerajaan esok tetap akan ulang masalah yang sama.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM #41:
https://t.co/EhuW52EBlV
17 ๐๐ฆ๐ฃ๐ณ๐ถ๐ข๐ณ๐ช 2026
๐ง๐จ๐๐จ๐๐๐ก-๐ง๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐ฆ๐๐ฌ๐:
๐๐จ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ง๐๐ก ๐ฆ๐ฅ๐ ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ช๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐
Sejak beberapa hari yang lalu, dengan tiba-tiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menyiasat tuduhan kononnya ada salah laku dan rasuah terhadap saya semasa di Kementerian Ekonomi dahulu.
Tuduhan-tuduhan itu berkisar kepada dua dasar utama kerajaan:
(1) Program Visi Silikon (seperti dihuraikandi https://t.co/cdsTj6fWqh) yang melibatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Malaysia dan ARM untuk mencipta cip-cip semikonduktor pertama negara; dan
(2) Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan sasaran peralihan tenaga negara menjelang 2050 dan melibatkan pelaburan besar ke dalam industri hijau negara.
Kedua-dua dasar utama kerajaan ini dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim setelah melalui pelbagai proses kelulusan peringkat kerajaan (dari jawatankuasa kerja, ke majlis-majlis kabinet hingga keputusan Jemaah Menteri).
Laporan-laporan terhadap saya mengenai kedua-dua dasar negara ini dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan yang anti Perdana Menteri sendiri, iaitu PERKASA dan PPIM, atau individu perseorangan yang tidak dikenali.
NETR dilancarkan dalam Ogos 2023. Visi Silikon dengan ARM dilancarkan dalam Mac 2025.
Sejak kedua-dua dasar ini dilancarkan dan dijalankan, tidak ada satu laporan atau kontroversi yang ditimbulkan. Malah, pimpinan kerajaan terutamanya Datoโ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kedua-dua dasar ini sebagai bukti perancangan ekonomi di bawah pentadbirannya. NGO dan individu yang membuat laporan SPRM juga tidak pernah menunjukkan minat atau ambil tahu mengenainya.
Sehinggalah minggu lepas, apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan-dakwaan penyelewengan di SPRM.
Modus operandi ini bukanlah baru.
Dalam tahun 2022, dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki didedahkan buat pertama kali. Beliau memberi alasan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh orang lain, yang menimbulkan pula tuduhan melanggar peraturan pasaran saham yang perlu disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Tidak lama selepas dakwaan itu, secara tiba-tiba SPRM menyerbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas alasan ada dakwaan salah laku terhadap pegawai-pegawai kanan SC.
Oleh itu, saya tahu bahawa dakwaan-dakwaan salah laku terhadap saya yang telah melepasi jumlah melibatkan Datoโ Seri Najib Razak (iaitu RM1.1 bilion melibatkan kerjasama ARM dan RM2.5 bilion untuk projek tenaga boleh baru) adalah satu bentuk intimidasi.
Saya mengalu-alukan siasatan oleh mana-mana pihak kerana saya tahu tiada salah laku berlaku di peringkat saya atau Kementerian Ekonomi.
Ia berasaskan perkara-perkara berikut:
๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ข๐ก: ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ฅ๐
Rundingan dengan ARM melalui pelbagai peringkat iaitu:
(i) rundingan awal di antara pasukan Kementerian Ekonomi dan ARM;
(ii) rundingan peringkat jawatankuasa rentas kementerian (melibatkan tiga menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI) dengan ARM. Rundingan dengan ARM ini turut disertai oleh Tengku Zafrul Aziz, Menteri MITI ketika itu dan Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II selain dari pegawai-pegawai kanan;
(iii) rundingan di antara Perdana Menteri sendiri dengan CEO ARM, Renee Hass dan pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San (pemilik Softbank); dan
(iv) dibentangkan di Jemaah Menteri sebanyak tiga kali (mengikut ingatan saya) dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.
Kementerian Ekonomi bukan kementerian pelaksana. Ia kementerian yang merancang dan tidak ada kuasa untuk mengendalikan perolehan atau kontrak sebegini.
Oleh itu, kerjasama dengan ARM ini sebenarnya adalah di bawah MITI dan ditandatangani oleh MIDA, sebuah agensi di bawah MITI.
Sebarang pembayaran diproses oleh MIDA dan ditapis/diluluskan oleh MOF.
Draf perjanjian telah disemak terlebih dahulu dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.
Tuduhan bahawa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan terburu-buru adalah tidak masuk akal kerana Jemaah Menteri itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Mengiyakan tuduhan itu bermakna menuduh sama ada Perdana Menteri lalai dalam menjalankan tugas atau tidak faham mengenai industri semikonduktor sehingga boleh diperdaya oleh saya.
Malah, tuduhan itu seolah-olah mengatakan semua menteri yang terbabit (Tengku Zafrul dan Amir Hamzah), pegawai-pegawai kanan kerajaan, Peguam Negara dan keseluruhan Jemaah Menteri telah diperdaya oleh saya.
Lebih penting lagi, sehingga kini tidak ada satu bukti pun ditunjukkan bahawa ada berlaku kebocoran dana awam dalam tuduhan ini. Tidak ada bukti saya mengambil wang, tidak ada bukti wang masuk ke akaun saya, tidak ada apa-apa bukti kewangan.
Paling berbahaya, tuduhan ini menggambarkan bahawa ARM, iaitu salah satu syarikat cip semikonduktor yang menguasa lebih 90% pasaran cip peranti dunia telah merasuah saya tanpa ada sebarang bukti.
Apabila berita ini mula dilaporkan di peringkat antarabangsa, imej Malaysia dan industri semikonduktor negara akan mendapat liputan negatif yang akan menjejaskan negara.
๐ก๐๐ง๐ฅ: ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ ๐ข๐๐๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐ฅ๐
Kementerian Ekonomi membangunkan dasar, iaitu Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).
NETR tidak melibatkan dana awam untuk membina projek-projek. Ia bukan melibatkan perolehan dan Kementerian Ekonomi tidak mengendalikan perolehan, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Salah satu dasar penting di bawah NETR ialah membenarkan pihak swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ini mempercepatkan pelaburan di dalam projek-projek berskala besar.
Hasil dari dasar ini, syarikat-syarikat besar mula melabur untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu berskala besar.
Salah satunya ialah UEM Lestra, anak syarikat UEM yang dimiliki Khazanah.
Projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak melibatkan keputusan Kementerian Ekonomi mahu pun keputusan kerajaan, apatah lagi sebarang bentuk perolehan kerajaan.
Maklumat yang diumumkan oleh UEM Lestra melalui kenyataan media yang dilaporkan The Edge (https://t.co/UTEDfkSiid) menyatakan:
(i) UEM Lestra akan melabur RM2.5 bilion untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti puncak 750 MW di Segamat;
(ii) Projek itu diusahakan oleh sebuah syarikat usaha sama di antara UEM Lestra dan I-Squared Capital, sebuah firma USA yang melabur di dalam projek infrastruktur sedunia;
(iii) UEM Lestra telah berjaya memuktamadkan jualan tenaga boleh baharu itu dengan ESR Group Limited, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong.
Sejak bila seorang menteri yang bertanggungjawab membangunkan dasar dituduh menyeleweng atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi.
Apa-apa keputusan komersial yang dibuat oleh UEM Lestra, atau mana-mana syarikat swasta yang membangunkan projek tenaga boleh baharu selepas NETR dilancarkan, adalah keputusan swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan; apatah lagi ia bukan perolehan awam.
Saya sedia maklum ada serangan terancang yang menggunakan pempengaruh untuk melontarkan tuduhan salah laku terhadap saya seperti di atas.
Salah satunya ialah tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh seorang yang bernama Ariz bin Ramli (No KP: 86XXXX-XX-XX75) di bawah nama Caprice. Beliau membuat kandungan yang menuduh saya menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu kepada sebuah syarikat yang dikatakan saya berkepentingan, yang cuba memberi gambaran saya mengambil rasuah.
Fakta-fakta yang saya kongsi setakat ini jelas menunjukkan bahawa saya atau Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa atau terbabit dalam apa-apa urusan komersial syarikat swasta.
Saya akan terus bentangkan fakta-fakta yang lebih mendalam dalam minggu ini, terutamanya di dalam podcast YBM pada hari Jumaat, 20 Februari 2026.
Selepas fakta-fakta ini dibentangkan, saya memberi peluang kepada Caprice untuk menyiarkan fakta-fakta itu kepada pendengarnya dan dalam kandungan-kandungan beliau; seterusnya meminta maaf kepada saya kerana memfitnah.
Sekiranya beliau gagal berbuat demikian setelah diberi peluang, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan saman terhadap beliau.
Serangan-serangan terhadap saya, terutamanya dengan tindakan SPRM yang secara tiba-tiba mahu menyiasat dasar-dasar kerajaan yang tidak ada unsur perolehan atau motif kewangan kepada saya, menunjukkan betapa bahayanya apabila seorang yang dituduh seperti Tan Sri Azam Baki meneruskan tugas dan memegang kuasa semasa beliau sedang disiasat.
Keadaan ini membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan beliau, seperti mana siasatan-siasatan terhadap SC (2021) dan saya (2026) yang kebetulan berlaku apabila integriti beliau dipersoalkan.
Sebab itu, tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Tan Sri Azam Baki serta-merta, seperti yang sepatutnya dibuat oleh Datoโ Seri Anwar Ibrahim dari minggu lepas lagi.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Ahli Parlimen Pandan
Nota:
Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kenyataan media ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://t.co/7razwcSEjN
Saya akan bincang dengan peguam2 saya.
Saya tak pernah saman orang ha3. Ini kali pertama sebab kesalahan fakta yang teramat besar, jelas menunjukkan ada malice.
Unsur-unsur yang dilihat di mahkamah: (1) kesalahan fakta (2) ada niat jahat (malice) atau tidak.
Kita lalui proses dahulu:
- mereka perlu siarkan fakta-fakta ini dan jelaskan di akaun mereka
- mereka perlu minta maaf
Jika gagal, boleh saja disaman.
Caprice pun caprice la. Jangan nanti die suruh korang pergi hisap telur pulak. Btw ade yanie bedak, adam yusuf dengan joker la. Dulu hentam sekarang kawan. Alhamdulilah demi ummah.
10 ๐๐ฆ๐ฃ๐ณ๐ถ๐ข๐ณ๐ช 2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐๐๐ก ๐ง๐จ๐๐๐ฆ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐ก ๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ก๐๐๐๐
Hari ini, media antarabangsa Bloomberg telah menyiarkan satu laporan mengenai pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang secara terang-terangan melanggar peraturan kerajaan berhubung pemilikan saham oleh seorang pegawai tinggi penjawat awam.
Berita tersebut turut dilaporkan oleh media-media lain.
Memandangkan ia berkait rapat dengan kewibawaan SPRM sebagai institusi yang diberi amanah mencegah rasuah, saya percaya kontroversi ini akan mendapat perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Laporan Bloomberg itu mendedahkan satu pelanggaran, iaitu pemilikan 17.7 juta saham di dalam sebuah syarikat senaraian awam Velocity Capital Partners Berhad. Berdasarkan harga hari ini, 17.7 juta saham ini dianggarkan bernilai RM800,000.
Ini telah melanggar peraturan-peraturan yang mengikat penjawat awam, terutamanya yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang secara khusus menyatakan bahawa ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐บ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ธ๐ถ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ถ๐น๐ฎ๐ถ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ-๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ฎ๐.
Malah, kontroversi melibatkan pemilikan saham Velocity Capital Partners Berhad ini bukan melibatkan pelanggaran peraturan penjawat awam semata-mata.
Satu perkara yang mewajarkan satu siasatan menyeluruh diadakan segera ialah urusniaga- urusniaga yang telah beberapa kali mengundang persoalan yang melibatkan beberapa syarikat kerana urusniaga-urusniaga ini dituduh melibatkan bekas Setiausaha Politik kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Wira Farhash Wafa Salvador.
Pada 29 Mac 2025, rekod urusniaga saham menunjukkan Farhash menjadi pemegang saham terbesar sebuah syarikat senaraian awam MMAG Holdings Berhad, dalam satu urusniaga melibatkan pembelian 462 juta saham MMAG yang dilaporkan bernilai RM184.8 juta.
Transaksi ini berlaku sehari selepas NexG Berhad (sebelumnya dikenali sebagai Datasonic Group Berhad) muncul sebagai pemegang saham utama di dalam MMAG Holdings Berhad, di dalam urusniaga membabitkan bayaran RM70 juta untuk memperolehi 173 juta saham atau 7.58% pegangan di dalam MMAG Holdings Berhad.
Ini menjadikan NexG Berhad dan Farhash pemegang-pemegang saham utama di dalam MMAG Berhad, sekali gus mewujudkan pertalian perniagaan tidak langsung di antara NexG Berhad dan Farhash melalui MMAG Berhad.
Di antara Ogos 2025 dan Oktober 2025, NexG Berhad memenangi tender kerajaan berjumlah lebih RM2.5 bilion dalam tempoh dua bulan sahaja, iaitu:
1) Kontrak enam tahun berjumlah RM1.73 bilion dari Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan pasport dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032;
2) Tiga lagi kontrak awam termasuk kontrak membekalkan kad pengenalan berjumlah RM732.72 juta.
Pada 31 Disember 2025, Farhash menjual keseluruhan sahamnya di dalam MMAG Berhad. Laporan media menyatakan bahawa keseluruhan blok 462 juta saham itu sebenarnya dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad.
Saham-saham Farhash di dalam MMAG Berhad itu dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang yang berumur 25 tahun bernama Cheah Min Lly. Selepas saham-saham itu bertukar tangan, ia kekal dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad.
Ini bermakna, Velocity Capital Partner Berhad adalah syarikat peminjam wang yang terbabit dengan urusniaga yang melibatkan Farhash dan berhubung kait dengan NexG Berhad, yang mendapat tender lebih RM2.5 bilion dari kerajaan.
Pendedahan Bloomberg hari ini menunjukkan bahawa Tan Sri Azam Baki adalah seorang pemegang saham utama Velocity Capital Partner Berhad, yang meletakkan beliau di dalam jaringan urusniaga (melalui Velocity Capital Partner Berhad) yang melibatkan Farhash dan NexG Berhad (syarikat yang menerima kontrak berbilion ringgit dari kerajaan).
Maka, beberapa perkara berikut wajar diteliti oleh rakyat:
1) Bagaimana seorang penjawat awam berpangkat kanan mempunyai sedemikian banyak wang untuk menjadi pemegang saham yang signifikan di dalam sebuah syarikat senaraian awam?
2) Bagaimana beliau boleh kekal menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan beliau telah melanggar peraturan penjawat awam bersabit pemilikan saham, yang berhubung dengan soal integriti seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM?
3) Apakah kepentingan beliau di dalam urusniaga yang melibatkan syarikat-syarikat yang telah mengundang spekulasi sebelum ini (MMAG Holdings Berhad dan NexG Berhad) kerana NexG Berhad berjaya mendapat tender sebesar itu dari kerajaan?
Oleh itu, tindakan-tindakan berikut wajar diambil segera oleh Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim, iaitu:
1)menggantung tugas Tan Sri Azam Baki dengan serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku (pemilikan saham melebihi RM100,000);
2)menyemak keseluruhan pemilikan harta beliau untuk memastikan bagaimana beliau boleh mempunyai wang sedemikian rupa;
3)memastikan sama ada beliau terbabit, secara langsung atau tidak langsung, di dalam apa-apa urusniaga melibatkan MMAG Berhad dan NexG Berhad (terutamanya yang melibatkan perolehan awam).
Saya menunggu maklum balas Datoโ Seri Anwar Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan seterusnya.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Ahli Parlimen Pandan
Rafizi Ramli, kalau dia cakap, dia tak cakap kosong. Dia bercakap ada 'isi'. Dia bukan kaki jilat, bodek dan ampu. Tapi kalau teguran ini dilabel sebagai 'merajuk', 'merengek' maka tunggulah dihumban oleh rakyat nanti. Masa tu, boleh tengok yang menjilat, membodek dan mengampu ni pakat2 cari tuan baru.
Sejarah dah membuktikan apa yang dia bawa, bongkar bagai, semuanya benar. 1MDB, Tabung Haji, MARA, LCS, NFC. Semua sangkut. Ada yang dah ke dalam. Rejim Najib sendiri pun jatuh gedebuk!
Dia ni pakar angka, data dan bongkar skandal. Semuanya dia boleh kaitkan dengan sentimen pengundi2 kepada parti. Hari ini, keluar pula berita yang terkait. Dulu lagi dia dah bagitahu. Hari ini dia bagitahu sekali lagi.
Tengok je le nanti. ๐ฟ๐ฟ๐ฟ
Keraguan sudah lama timbul.
Tapi tu lah.
Mungkin selama ini ada pihak yang tutup mata.
Zaman MADANI, puak penunggang ini kepanasan.
Eloklah bersihkan nama baik institusi Islam agar tidak menimbulkan lagi sebarang fitnah.
Bila projek awam lambat siap, rakyat yang tanggung kesannya. Kalau peruntukan dah diluluskan, kenapa masih ada kelewatan dan kerja tak siap ikut jadual? Di mana pemantauan dan tindakan awal supaya kemudahan asas tak terus jadi mangsa?
๐จ BREAKING:
Jews in Israel just ASSAULTED a woman on walk with her dogs. Why? Because sheโs a Christian.
She panics and picks her dogs up as they were being kicked, so they started KICKING HER too.
How can Christians support this barbarism?
Melayu yg paling banyak buat masalah dalam negara, dua orang ni lah.
Dulu yg kiri sokong yg kanan.
Pastu yg kanan gaduh dgn kiri.
Kiri khianat Kanan.
Kanan letak jawatan.
Kanan keluar Bersatu.
Kiri rujuk balik dgn Kanan.
Kanan gabung balik dgn Kiri.
Kanan tuduh Kiri curi.
Kiri tuduh Kanan menipu.
Diorang ni lah sebenar benar perosak penghasut pemusnah pengkhianat bangsa Melayu.
The country would be better off without these two.
Tiga jasa & sumbangan Pakatan Harapan kepada Sabah.
Sekarang kita tunggu parti lain senaraikan 3 jasa besar mereka kepada Sabah.
Agak-agak boleh saingi tak sumbangan PH ni?
Pembangkang guna hujah pembangkang dari Siam untuk kutuk PMX @anwaribrahim
Level yang bercakap tu sama level dengan parti pejuang yang hilang deposit.
Maknanya kat Siam pun ada walaun yang sama level dengan mat jargon yang kena gantung parti ๐คญ