Inilah 2 individu yang ada dalam kereta Myvi biru tu semasa kejadian.. Encik Mega dan Encik Jason..
Mega : ..saya ketepi secara perlahan dengan harapan dia masih bernyawa..
Jason : ..saya kesian kan brader tu.. Saya sedih tak dapat selamatkan dia..
📽️ : TT akubudakklang_
Rupanya senang je nak unsubscribe Gmail kita dari website merapu supaya taklah kerap full je inbox storage. Kan?
Just taip https://t.co/Gys8q7mcjP then tekan je button unsubscribe tu (rujuk gambar)
Atau...
Tapi pergi makan kat Salai Power Jalan Kebun, LOVE YAAAAA! Tak pedas sangat masak lemak dia tapi yang lauk lemak salai kau boleh request nak pedas ke tak.
Love the concept trolley IKEA tu and kopi masak atas arang free flow, sold!!! Sedap pulakkkkkk!
3 orang makan RM176.00 ✨
Slightly out of topic, tapi aku nak share sikit cara Islamik untuk hilangkan stress dengan tawakkal, tips daripada Sheikh Belal Assaad. Ada tiga langkah yang dia ajar. Aku sendiri dah praktik benda ni alhamdulillah so far berhasil. Hati makin tenang.
“Suami dikatakan terjatuh dari jambatan di Pulau Pinang akibat tekanan rumahtangga yang dah dia dah pendam terlalu lama." 😔
Orang luar nampak dia senyum, nampak macam tak ada apa. Tapi dalam rumah, dia hari-hari kena bebel, kena banding, kena rendahkan
Cont.
Fun fact : i learned this from my 7 year old daughter. Hantar dia Islamic integrated school, sekolah tu yg ajar baca masa ajar anak2 solat.
She's 10 now, dh pindah sekolah lain tapi still amalkan.
Aku jawab persoalan ini sebagai seorang Muslim, dengan dua lensa:
Pertama, sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
Kedua, daripada pengalaman peribadi dan pemerhatian yang aku nampak sendiri.
Dan sebelum kita pergi lebih jauh,
Jika yang membaca tweet ini termasuk dalam golongan yang masih yakin bahawa “Perbankan Islam” hari ini benar-benar bebas daripada riba’, atau menganggap ia solusi sempurna yang Allah redha, maka tulisan ini bukan untuk kau.
Kau boleh pergi minum air rendaman kaki panel syariah bank dan teruskan hidup macam biasa. Tulisan ini untuk mereka yang benar-benar mahu mencari jalan keluar. Yang sanggup susah, asalkan tidak menzalimi diri dengan riba’. Yang masih ada sekelumit rasa takut kepada Allah dalam urusan harta dan kehidupan.
Segala perbincangan tentang harta dan riba’ mesti bermula dengan satu kesedaran paling asas: dunia ini hanyalah tempat singgah sementara. Kita diciptakan bukan untuk menetap di sini selama-lamanya, tetapi untuk diuji. Sama ada kita tunduk kepada sistem Allah, atau sistem manusia yang menyimpang dari fitrah.
Apabila hati seorang Muslim benar-benar memahami hakikat ini, dia tidak lagi melihat dunia dengan pandangan orang yang mahu mengakar di dalamnya. Dia akan berfikir seperti seorang pengembara, yang cukup sekadar memiliki apa yang perlu untuk meneruskan perjalanan, bukan membina istana di padang pasir yang sementara.
Rasulullah bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang pengembara, atau seorang yang melintas jalan."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dan seorang pengembara tidak membeli sesuatu dengan hutang yang menjadikannya terikat sepanjang hayat. Dia tahu perjalanan ini pendek, dan kemewahan di tengah jalan bukan tujuan.
Beli kereta. Jawapan paling mudah tetapi paling susah untuk diterima: beli secara tunai.
Ya, sesederhana itu.
Dan ya, sesusah itu.
Realitinya, tak semua orang mampu beli kereta baharu berharga RM70,000 ke atas tanpa pinjaman.
Tetapi siapa kata kita wajib beli kereta baharu?
Kita cuma perlu kenderaan yang berfungsi untuk memenuhi keperluan hidup, bukan simbol status untuk dilihat berjaya.
Pasaran Malaysia penuh dengan kereta berharga bawah RM20,000 dari model lama yang masih kuat, hingga kereta kecil yang boleh dibeli dengan tunai hasil simpanan beberapa bulan.
Nak lebih berhati-hati, upahlah kawan atau pomen yang boleh dipercayai untuk periksa keadaan kereta sebelum beli. Dan kenal pasti bengkel yang jujur untuk urusan penyelenggaraan selepas itu. Mungkin boleh tanya @Pelabur_Bijak
dia ada bengkel.
Ia memang memerlukan sedikit usaha dan kesabaran tapi begitulah sifat jalan halal. Ramai orang enggan melalui jalan ini bukan kerana mereka tak mampu, tetapi kerana mereka malas berfikir dan lebih selesa memilih “jalan mudah” yang sudah biasa.
Mereka kata,
“Kalau beli kereta lama pening kepala kalau rosak.”
Lalu mereka memilih untuk membeli kereta baharu melalui pinjaman bank “Islamik” yang penuh dengan akad batil dan manipulasi istilah semata-mata untuk merasa "tenang."
Padahal ketenangan itu bukan kerana bebas daripada masalah, tapi kerana sudah terbiasa hidup dalam riba’ yang disyariahkan.
Isu rumah lebih besar, kerana nilainya lebih tinggi. Namun prinsipnya sama: jika mahu bebas riba’, beli secara tunai.
Kedengaran mustahil? Mungkin, tapi bukan tidak boleh.
Majoriti orang tidak mampu membeli rumah tunai dalam masa singkat. Maka solusinya bukan dengan berpaling kepada riba’, tetapi dengan kembali kepada gaya hidup yang lebih ringan, menyewa.
Menyewa sering dilihat sebagai kegagalan dalam paradigma moden, tetapi sebenarnya ia lebih dekat kepada hakikat seorang Muslim yang melihat dunia sebagai tempat persinggahan.
Jika terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah lain, anggaplah itu sebagai latihan mujahadah.
Bukan semua ketidakselesaan itu keburukan; kadang-kadang, ia adalah tarbiah Allah untuk mengajar kita jangan terlalu melekat pada dunia.
Dalam masa yang sama, kumpul sedikit demi sedikit. Bina simpanan untuk beli tanah dan rumah kecil di atasnya dengan tunai, walaupun ambil masa bertahun-tahun. Biar lambat, asalkan berkat. Kalau tak tercapai benda ni sebelum mati pun takde hal, bukan kat sini rumah abadi.
Tidak dinafikan, hidup tanpa riba’ memang struggle. Ia menuntut kesabaran, perancangan, dan pengorbanan di saat majoriti manusia mengamalkannya.
Tetapi inilah realiti iman. Orang beriman tidak mencari kemudahan dunia dengan menukar redha Allah kepada kesenangan sementara.
Ramai memilih pinjaman riba’ atas alasan “semua orang pun buat.” Mereka mahu nampak “stabil” ada rumah, ada kereta, ada gaji bulanan tetap.
Namun mereka tidak sedar kestabilan itu dibina atas kebatilan. Sedikit sahaja krisis ekonomi atau kehilangan kerja, semuanya runtuh.
Sedangkan orang yang menolak riba’ mungkin kelihatan susah, tetapi dia hidup dengan dada yang lapang. Tiada hutang tersembunyi. Tiada kontrak syubhah.
Akhirnya, semuanya kembali kepada cara pandang (worldview). Kita boleh melihat dunia ini seperti orang kebanyakan, sebagai tempat untuk “membina kehidupan,” “naik taraf,” dan “mengejar keselesaan.”
Atau kita boleh melihatnya seperti yang Allah dan Rasul ajar tempat singgah untuk diuji sebelum kembali kepada tempat sebenar.
Jika kita melihat dunia sebagaimana pandangan yang Allah dan Rasul dah ajar, maka kita akan mula menilai sesuatu bukan berdasarkan kesenangan semata-mata, tetapi keredhaan.
Dan bila hati mula mencari redha, riba’ bukan lagi pilihan, walau seluruh dunia mengatakan ia normal.
Jalan hidup tanpa riba’ bukan jalan yang senang. Tapi ia jalan yang membawa ketenangan sebenar kerana ia seiring dengan fitrah dan perintah Allah.
Membeli kereta tunai, menyewa rumah, hidup sederhana semua itu mungkin nampak “mundur” di mata dunia moden. Tapi di sisi Allah, mungkin di situlah kemuliaan yang sebenar.
Pada skala yang lebih besar, boleh ke YouTube Ustaz Noor Derus, beliau ada kupas bagaimana sistem wakaf & real business boleh bantu Muslim dalam isu pemilikan rumah.
Katalah anon nak allocate 900 untuk simpan every month.
After 5 years (assuming 5.75% dividend):
ASB biasa : RM59,672
ASBF 200K : RM75,227
Tapi…
ASBF ni boleh buat kita rugi kalau tersilap buat.
So jangan buat 3 benda ni:
Tolonglah kalau driving jauh or masuk tempat hutan dll jangan la baca ruqyah. Patutnya masuk tempat mcm ni baca doa perlindungan dah memadai.
Tapi jeles ya suara nenek si bongkok 3