KEMASKINI
BANDUAN PALESTIN KINI DIBIARKAN MATI
Video dari banduan Palestin di Gaza yang dibebaskan IDF menyatakan bahawa semua banduan Palestin dalam Penjara Israel kini dalam bahaya kerana Warden Penjara Israel tidak lagi beri keselesaan, makanan, air dan tidak lagi menguruskan banduan Palestin. Ada yabg sakit tidak diberi rawatan langsung dan dibiarkan mati . Dia meminta agar semua orang terus bercakap mengenai nasib banduan Palestin dalam Penjara Israel
Pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 ialah sebanyak 5.75 sen seunit mengatasi penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%.
Jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit merupakan jumlah pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB mencecah RM206.7 bilion
Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam, hari yang sama.
Transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan/ejen ASNB.
#ASNB #ASB #ASBDividen