Waalaikumussalam
Benar, ada hadis yang menggalakkan untuk kita meluaskan hidangan (belanja) ketika 10 Muharram.
Perbuatan belanja makan/berbuka kepada ahli keluarga ini juga amalan yang banyak dilalukan oleh para salafussoleh dahulu.
Dah pernah try selama seminggu, slowly Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka. Boleh cuba, dengan niat bhw Allah satu-satunya yang boleh tolong kita.
Best sebenarnya kalau ada wali and brothers, and lelaki yang function. Mana - mana pergi rasa macam princess, dijaga 24/7.
Pergi makan orang belanja i, pergi hiking orang bawakkan beg I. I ada lesen dah berapa tahun, tapi jarang bawak kereta sbb sana sini dorang offer utk drive i.
Yg best nya, lelaki2 baik ni mmg suka provide dekat orang. Dorang tak lokek. Selagi dorang boleh tolong & protect, they will do it tanpa demand apa2. Cukup terima kasih ja.
So appreciate orang macam ni selagi dorang ada. Kalau kita baik dgn dorang, insyaAllah banyak kebaikan kita dapat
Kongsi kuliah maghrib sikit.
Kata ustaz, manusia ni dari dulu ada sikap suka membandingkan-bandingkan harta kekayaan, anak-anak, dan pencapaian hidup.
Kemudian suka menunjuk-nunjuk dan bermegah atas apa yang mereka ada.
Allah larang perbuatan ini dalam Al-Quran.
Zaman sosial media, walaupun hidup dah rasa bahagia dan cukup, tapi bila lihat orang bercuti lagi best, kereta lagi mewah, rumah deco lagi cantik, anak lagi ramai, dia dah mula ada rasa kekurangan dalam hidupnya.
Lagi teruk generasi muda sekarang yang dah mula buat perbandingan sejak usia mereka kecil.
Dahulu sebelum sosial media, kita tak tahu sangat kehidupan orang lain. Kehidupan orang kaya, jiran, kawan sekolah/ofis bagaimana.
Sekarang, boleh nampak sampai bilik tidur, dapur, pakaian, hatta makanan yang mereka makan semua kita nampak sebab ramai yang tunjuk.
Ia jadikan ramai manusia makin kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab merasakan diri sentiasa rasa kekurangan.
WA.
Korang please tengok podcast ni 😭 Banyak ilmu first aid yang kita selalu ambik ringan padahal boleh selamatkan nyawa.
Cara nak bantu orang tercekik pun dia ajar. Selama ni I memang tahu cara gumpal nasi tu je, petua orang lama. Respect betul dengan akak apm ni 🫡
Ditanyakan kepada Rasulullah SAW:
"Apakah ciri wanita (isteri) yang paling baik?"
Baginda SAW menjawab:
"Iaitu yang menyenangkan hatinya (suami) apabila dilihat, yang mentaatinya apabila diperintah, dan tidak menyelisihi suaminya pada dirinya dan juga hartanya dengan apa yang tidak disukai oleh suaminya."
(Hadis Riwayat al-Nasa'i. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Semoga Allah merahmati isteriku yang sentiasa berusaha menjadi seorang isteri yang menyejukkan hati suaminya.