Sekitar sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pagi tadi. Suasana meriah dan penuh mesra mencerminkan kebersamaan rakyat berbilang kaum.
Sambutan seumpama ini menjadi penegasan kepada kelompok yang menghasut perpecahan dan kebencian bahawa rakyat Malaysia memilih keamanan, hidup harmoni, saling menghormati serta menolak politik perpecahan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#CNY2026
Tahun Baharu Cina sentiasa mengingatkan kita tentang kemakmuran, harapan dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Pada tahun Kuda ini, ketekunan, keberanian dan semangat juang diraikan seiring tuntutan untuk bertindak dengan kebijaksanaan serta kesederhanaan.
Confucius mengingatkan kita bahawa keharmonian lahir apabila manusia saling menghormati dan memahami satu sama lain. Inilah asas yang memungkinkan masyarakat berbilang kaum hidup bersama secara aman walaupun berbeza latar budaya dan kepercayaan.
Tatkala wacana awam semakin mudah diganggu emosi dan hasutan, kita tidak boleh membiarkan perbezaan pandangan meretakkan hubungan dan menghakis rasa percaya yang telah terbina antara rakyat Malaysia sejak sekian lama. Sebaliknya, perbezaan ini harus menjadi ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan.
Saya yakin Malaysia akan terus melangkah gagah apabila keharmonian, rasa hormat dan ihsan dijadikan pegangan bersama. Semoga tahun ini, seluruh rakyat Malaysia dilimpahkan dengan kesejahteraan dan kemakmuran.
Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! Ma Nian Xin Da Yun!
=====
在这个农历新年,让我们充满希望、信心与毅力向前迈进。期许马年给予我们冲劲、坚毅与勇气,秉持智慧与中庸之道行事。
孔子曾启示我们,和谐源自于人与人���间的相互尊重与理解。这正是让文化与信仰背景各异的马来西亚人,仍能在多元种族社会和平共处的基石。
当公共舆论易受情绪煽动时,我们绝不能让观点上的不同分裂彼此的关系,或损害大马人民长久以来建立的信任。相反地,这些差异应成为巩固和睦亲善精神的契机,抛开偏见,选择对话、协商与智慧之路。
我坚信,当和谐、尊重与仁爱成为共同的信念时,马来西亚将继续强大。值此马年新春之际,我祝愿全体大马人民幸福安康、繁荣昌盛。
新年快乐,恭喜发财
马年行大运!
🐴🧧🍊
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#CNY2026