🧤Tujuan pemakaian sarung tangan dalam kalangan pengendali makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja.
🥪🥢🌮Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak, pinggan, cawan dan sebagainya semasa memakai sarung tangan.
❗ Malah, terdapat segelintir pengendali makanan yang menyentuh mata, muka dan hidung semasa memakai sarung tangan.
📌Tindakan tersebut menyebabkan bakteria daripada objek dan pengendali tersebut berpindah kepada makanan yang akan menjejaskan kebersihan makanan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pengguna.
✅Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang https://t.co/XoPbLJJ6QO.