Proud of you. Mungkin rezeki you tak sama macam orang lain, but you’ve come so far. Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. You deserve every good thing coming your way. Alhamdulillah.
Ada yang nampak sangat bahagia, tapi rupanya dia tengah sembunyikan rasa sakitnya. Ada yang nampak diam, tapi sebenarnya dia ada sejuta kata yang nak diluahkan. Ada yang selalu nasihat orang untuk terus kuat, tapi sebenarnya dia sendiri lemah.
Masing-masing punya cerita..
Pernah tak alami situasi terselamat dari kemalangan?
Ustaz aku cakap, pertama sebab amalan sedekah kita. Kedua sebab doa dari ibu. Memohon anak-anaknya selamat ketika diluar jagaanya.
Jadi, hargailah ibubapa ketika mereka masih ada. Doa mereka mudah makbul.
Bayangkan ada satu orang kaya ni.
- Wang tunai ada kat rumah RM100 juta.
- Barang kemas (gelang, rantai, cincin) ada 12,000 jenis nilai lebih RM600 juta.
- Beg mewah lebih 500 buah nilai sampai RM50 juta.
- Jam tangan mewah ada 400 utas nilai RM80 juta dll.
Lepas tu ada orang biasa kerja kilang, makan gaji, kerja delivery, pesara kerajaan, bagi derma kat dia RM500-1,000. Duit tu hasil susah penat mereka bekerja dan OT sampai 12 jam. Hidupnya pun sekadar cukup makan.
Derma semata-mata sebab kasihan kat orang kaya tu.
Bayangkan benda ini je dah tak logik. Haisshh.
Lepas 23 Ogos 2028, Najib bebas la kan?
Tidak juga.
Kena sambung pulak hukuman penjara 15 tahun kes 1MDB plus denda RM11.4 bilion.
Yg ni dah jatuh hukum, cuba sedang dirayu oleh Najib ke Mahkamah Rayuan.
Habis kes 1MDB saman sivil dari SRC & Gandingan Mentari pula menyusul.
Habis tu pula ada lagi kes tak bayar cukai LHDN.
Patutlah badan kita ni penat macam angkat dumbell 100 kg setiap hari selepas balik kerja.
Tak pernah terfikir walaupun tahu je manusia jenis serap energy, tapi orang yang kerja kat hospital ni 10x lagi hebat sebab energy negatif orang sakit ni lagi berlipat ganda.
@anwaribrahim Semoga YAB Perdana Menteri diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesihatan yang baik serta berpanjangan. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻🌹
Nak menang pilihan raya Malaysia ni senang je.
Mainkan isu agama.
Mainkan isu kaum.
Mainkan sentimen.
Ulang benda yang sama setiap hari sampai orang lupa nak bincang pasal ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan, pelaburan dan masa depan negara.
Bila emosi dah menguasai, fakta dah tak penting.
Orang dah tak tanya apa dasar yang dibawa, apa yang dah dibuat, atau apa pelan untuk lima atau sepuluh tahun akan datang.
Yang penting, siapa berjaya menguasai naratif dan memainkan emosi pengundi.
Parti yang paling korup pun boleh menang besar jika sentimen mengatasi fakta.
No matter how hard PMX @anwaribrahim tries to fix this country, akan sentiasa ada orang yang takkan nampak apa yang sedang dibuat.
Saya bukan kata kerajaan hari ini sempurna.
Tak ada kerajaan yang sempurna.
Dasar boleh dikritik.
Menteri boleh dikritik.
Keputusan kerajaan juga boleh dipersoalkan.
Itu normal dalam demokrasi.
Tapi kritiklah berdasarkan fakta, data dan polisi.
Bukan dengan memainkan sentimen agama dan kaum sehingga rakyat semakin berpecah.
Politik sepatutnya tentang siapa yang mampu membawa Malaysia menjadi negara yang lebih baik, bukannya siapa yang paling pandai menakutkan rakyat demi meraih undi.
Akhirnya, rakyat sendiri yang akan menentukan masa depan negara melalui peti undi.
Semoga kita mengundi berdasarkan akal, bukan semata-mata emosi.
PMX @anwaribrahim sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki Malaysia. Walaupun tidak semua orang menghargainya, saya percaya satu perkara.
Manusia boleh lupa.
Manusia boleh mengkritik.
Manusia boleh memfitnah.
Tetapi Allah Maha Mengetahui setiap niat dan setiap usaha.
Hanya Allah yang mampu membalas setiap jasa dan pengorbanan.
Jazakallah khair @anwaribrahim atas usaha meletakkan Malaysia di landasan AI dan teknologi demi masa depan negara. 🇲🇾❤️
Be prepared Malaysians. We may end up moving backwards again. After everything Anwar Ibrahim has done to rebuild Malaysia, it still isn’t enough for some people. From 1MDB to Tabung Haji and so many other issues, the lessons about corruption still haven’t sunk in. Some are still more afraid of DAP than of those scandals.
Takat baca suku dari 250 m/s, ini 8 point bahasa mudah memahami RCI Tabung Haji;
1) Dis 2015 - Gabenor BNM TS Zeti utus surat amaran kpd TH mengingatkan prestasi kewangan TH kini dalam masalah apabila asetnya lebih rendah dari tanggungan / liabiliti.
2) Pada hujung 2017 - Aset TH ada RM70.3 bilion, manakala liabiliti RM74.4 bilion.
3) Ikut Akta TH, kalau nak bagi hibah aset kena lagi tinggi dari liabiliti. Sinilah masalah timbul.
4) Tak bagi hibah, orang akan marah, imej gov akan buruk, apatah lagi awal 2018 akan diadakan pilihanraya.
5) Maka hibah telah dibayar menggunakan duit pendeposit orang nak pergi haji bukan guna duit aset. Konsepnya sama macam yg dibuat oleh Pak Man Telo.
6) Perakaunan Kreatif juga digunakan pembayaran hibah dan bonus kpd BOD serta supaya Laporan Kewangan TH yg akan didedahkan kpd umum nampak cantik atas kertas.
7) Suruhanjaya juga menegur kuasa Menteri terlalu luas hingga sewenangnya boleh melantik ahli politik yg masih aktif - Azeez Rahim (MP Baling); TS Badruddin Amiruldin (bekas MP Jerai / Pengerusi Tetap PAU); dll, walhal sepatutnya lantikan perlu ramai di kalangan pakar supaya dapat beri nasihat kpd Menteri dgn penuh kepakaran & syariah.
8) RM22.12 juta dikeluarkan dari Yayasan TH dgn cara yg menyalahi tatakelola Yayasan. Dibuat laporan polis pada 2018.
Jahanam..
Allahu... tersentuh sekali dengan pengingat ini. 🥹
"Jangan langsung menganggap setiap ujian yang kamu hadapi adalah hukuman atas dosa-dosa masa lalumu. Allah tidak seperti manusia yang menyimpan dendam."
Bermula 10 Julai 2026 ini Dannok-Hatyai akan semakin pesat!
PM Anutin & PMX akan sama² merasmikan jajaran baharu - jalan 6 lorong dua hala dari ICQS Bukit Kayu Hitam ke ICQ Sadao yg baru.
ICQ Sadao yg baru ini akan gunakan fasiliti canggih bagi melancarkan aliran trafik yg sering sesak ketika ini di tempat sekarang.
Kemudahan x-ray jenis moden boleh scan kenderaan sepantas 30 saat!
ICQ Sadao yg sekarang ni masih boleh digunakan utk yg mahu ke Dannok.
Hat nak cepat ke Hatyai boleh guna laluan baru.
Padu! 💪🏻
Kalau pergi ke 3 Wilayah Selatan Thai, elakkan follow kereta askar, polis, atau yg ada logo agensi berkaitan gov.
Naik train pun sama, elakkan duduk dekat dgn mereka yg 3 ini.
Proton X50 yg kena tempias bom di Tak Bai siang tadi tak bernasib baik.
Penjenayah target kereta agensi gov, masa bom meledak Proton X50 tu duduk dekat.
Sama-sama kita tutup tahun 1447 Hijrah dan buka tahun 1448 Hijrah dengan doa, moga asbabnya kita peroleh keberkatan sepanjang tahun Insyaallah 🤲🏻✨
Doa akhir tahun boleh dibacakan selepas waktu Asar hingga sebelum waktu Maghrib, manakala doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib.
#TVAlHijrah #SatukanUmmahDenganIlmu #MaalHijrah #DoaAkhirTahun #DoaAwalTahun