Since Monday...tiada service pungutan lori sampah di kediaman saya Tmn Dato Demang, Sri Kembangan. Mohon pihak @SJcitycouncil semak kontrak yg diberikan pd kontraktor yg telah dilantik. Cc: @yeobeeyin
RISALAH TAโALIM RAMADAN: RAMADAN TANPA PEMBAZIRAN
Hari ke-2 Ramadan ini kebiasaannya ramailah dalam kalangan kita yang akan ke Bazaar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Suka saya berpesan agar membeli biarlah mengikut keperluan agar tidak berlakunya pembaziran.
Berdasarkan Data Sisa Pepejal Tahun 2023 yang dikeluarkan oleh KPKT dan SWCorp menunjukkan kita menghasilkan Sisa Makanan sahaja berjumlah 17,379 ton sehari bersamaan 473g untuk setiap individu di Malaysia sehari. Ini merupakan satu jumlah yang tinggi dan amat merugikan.
Bagi tahun 2023, purata bulanan sisa pepejal yang dilupuskan dalam bulan Ramadan berjumlah 243,095 tan dan 86,177 tan daripadanya ada sisa makanan. Seharusnya angka ini menjentik hati kita semua di bulan Ramadan ini untuk berfikir seketika akan betapa besar jumlah pembaziran yang telah dilakukan.
Islam mendidik umatNya untuk tidak membazir dan berlebih-lebihan dalam berbelanja. Ramadan inilah medannya untuk kita mengawal nafsu, bersyukur dengan kecukupan rezeki yang Allah SWT kurniakan dan memupuk nilai kesederhanaan.
Jadikan madrasah Ramadan sebagai tempoh latihan untuk kita mendisiplinkan diri membeli apa yang perlu, berkongsi rasa kesusahan golongan yang memerlukan serta pada masa yang sama semai sikap berjimat cermat.
Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada ayat Al-Quran yang dikongsikan ini agar Ramadan dapat membantu negara mengurangkan sisa makanan mahupun sisa pepejal serta didik diri dan keluarga dengan sikap berhemah. Insya-Allah.
#AZH
#RisalahTaalim003
#RamadanKareem
Serangkaian manfaat penting hasil bicara YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa ucapan beliau dalam Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini.
#KEB2024#MalaysiaMadani
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุข ุฅููููููู ุฑููฐุฌูุนูููู
Dengan penuh rasa dukacita saya merakamkan ucapan takziah ke atas ahli keluarga dan para sahabat Almarhumah Azliza Binti Ahmad, Ketua Wanita UMNO Seputeh yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Satu kehilangan besar buat warga UMNO Bahagian Seputeh khususnya institusi wanitanya kerana beliau memainkan peranan yang cukup penting bukan sekadar terhadap organisasi tetapi juga istiqomah menyantuni masyarakat.
Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Almarhumah di dalam kalangan insan solehah serta beroleh jannahNya...
Al Fatihah...
ุฃูููููฐููู ูู ุงุบูููุฑูููุง ููุงุฑูุญูู ููุง ููุนูุงูููุง ููุงุนููู ุนูููููุง ููุงุฌูุนููู ุงููุฌููููุฉู ู ูุซูููุงููุง
Setiausaha Politik saya, Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin telah dapat bersama hadir bagi memberikan penghormatan terakhir serta menyampaikan salam takziah kepada balu serta anak-anak mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz, Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), juga mantan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang telah meninggal dunia minggu lalu.
With heartfelt condolences.
TERKINI
YAMAN JOIN THE WAR
YAMAN MENYERANG ISRAEL DALAM 3 OPERASI DIMAKLUMKAN OLEH JURUCAKAP ANGKATAN TENTERA YAMAN BRIGADIER JENERAL YAHYA SAR'EE
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN TENTERA YAMAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Selama 25 Hari. Dunia telah menyaksikan apa yang terjadi kepada Palestin yang dijajah dan Semenanjung Gaza yang terkena keganasan US dan Israel dalam bentuk Pembunuhan beramai-ramai, pembunuhan kolektif, pemusnahan besar besaran dan kepungan yang melemaskan
Semua ini berlaku di depan mata dunia dan telinga dengan sokongan tidak berbelah bahagi US dan Barat ke atas entiti jenayah ini(Israel). Kemudian, apa yang dihadapi di Semenanjung Gaza ketika ini adalah bukti kelemahan sistem Arab dan kerjasama beberapa pihak mereka dengan Israel
Dalam keadaan ini. Sepatutnya Orang Arab dan Islam menyatakan pendirian dan menyokong Gaza, Kanak kanak mereka dan wanita mereka. Berdasarkan pegangan agama kita, moral, tanggungjawab kebangsaan dan kemanusiaan dan dalam memberi respon kepada rakyat Yaman dan negara yang merdeka. Dan demi menyokong saudara kita yang ditindas di Gaza. Sangat perlu untuk Angkatan Tentera Yaman melaksanakan tugas mereka dengan berserah kepada Allah dan menyokong rakyat Palestin yang sudah ditindas lama dalam sejarah
Maka dengan itu, Dengan Pertolongan Allah. Angkatan Tentera Yaman telah melancarkan misil balistik dan berpandu dalam jumlah yang besar dan banyak dron ke atas musuh Israel di tanah yang mereka jajah .
Angkatan Tentera Yaman mengesahkan operasi ini merupakan operasi kali ketiga untuk menyokong saudara kita yang tertindas di Palestin dan akan meneruskan serangan yang lebih berkualiti sehingga keganasan Israel berhenti. Kami kekal teguh dengan pendirian rakyat Yaman kepada Palestin serta tegas dan berperinsip mengenainya.
Rakyat Palestin ada hak untuk mempertahankan diri mereka dan menerima hak mereka yang sah. Apa yang menghalang kestabilan rantau ini dan mengembangkan pergelutan ini ialah jenayah dan pembunuhan beramai ramai oleh Zionis terus menerus dilakukan ke atas rakyat di Semenanjung Gaza dan seluruh Palestin yang dijajah
DAN KEMENANGAN ITU HANYA DARI ALLAH
ITU BUKTI KEBENARAN KEKUASAAN ALLAH
ANGKATAN TENTERA YAMAN
SELASA 16 RABI AL THANI 1445 HIJRAH.
31 OKTOBER 2023
1. Isu Palestin nampaknya tak dapat menyatukan kita. Ini terbukti bahawa orang Islam memang suka berpecah belah.
2. Yang peliknya perpecahan ni berlaku sebab ada kumpulan yang nak jadi โ terpalingโ Palestin.
3. Bila berkumpul di stadium dia cakap tak cukup Palestin, nak kena berarak di luar.
4. Sebenarnya samaada dalam stadium ke, luar stadium ke, bukan masalah apa pun. Yang penting kita tunjuk yang kita dah menunjukkan sokongan kita kepada Palestin.
5. Tu yang sampai ada orang yang datang McD dan Starbucks maki pekerja mereka. Sebab mereka rasa kalau tak maki tak cukup โterpalingโ Palestin.
6. Setakat boikot sahaja tak cukup Palestin katanya.
7. Nama pun โ solidaritiโ tapi nampaknya yang ada perpecahan fahaman politik yang masih menebal.
8. Ada seorang ni siap tanya saya โparti saya, sipolan sipolan ada derma sekian-sekian banyak kepada mangsa Palestinโ. Parti itu ini mana diorang ada derma tak?
9. Maka siapa yang derma paling banyak diakah yang terpaling โPalestinโ.
10. Apakah kegilaan dan kerakusan politik ini?
Memandangkan tugas dan peranan yang dimainkan oleh Batin dan Penghulu Orang Asli pada masa kini kian mencabar, Kerajaan menghargai sumbangan dan jasa mereka dalam membantu, menjaga dan mengawal komuniti masyarakat Orang Asli dalam pelbagai aspek.
Menerima perkhabaran Tan Sri @abdulhadiawang masih lagi menjalani rawatan di hospital.
Saya berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan kepada beliau, dihilangkan kesakitan dan dikurniakan kesihatan yang baik.
ูุณุฃู ุงููู ุงูุนุธูู ุฑุจ ุงูุนุฑุด ุงูุนุธูู ุฃู ูุดููู.
Amin.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.