Hidup di media sosial ni keras dik. Kalau kau tak tahan kecaman, kau jangan hantar/post apa-apa.
Kalau kau cepat koyak, kau bukan untuk dunia ini.
Ya, itu page kau, suka hati kau nak post apa, tapi kau tayang kepada dunia untuk baca, jadi hadaplah. ๐
@facktura Tunggu dulu. eMas ni kalau accident, sparepart dia belum tentu ada. Jadi aku predict utk X50 ni lebih kurang sama je kes dia. Member aku dah berbulan eMas tersadai sebab parts takde.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ต ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ญ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐๐ง:
๐๐๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ช๐๐ง ๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐๐๐ฆ๐
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025 yang baru berlaku mengundang pelbagai pandangan dan reaksi dari banyak pihak, termasuklah dari kalangan anggota dan bukan anggota. Perkara ini sudah dijangka, memandangkan KEADILAN adalah parti utama di dalam Kerajaan Persekutuan.
Jika pun perbezaan pendapat mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025 dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, ia adalah satu cabaran yang wajar ditangani dengan berhemah. Sebarang bentuk tekanan atau intimidasi akan menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa pentadbiran sekarang cepat menggunakan kuasa dan tidak mempertahankan hak rakyat untuk berbeza pandangan.
Sejak seminggu lepas, saya telah menerima aduan-aduan dari orang biasa yang telah diambil tindakan yang berbeza-beza. Tindakan-tindakan ini termasuklah:
i.Aduan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada platform X bahawa kandungan telah melanggar undang-undang Malaysia;
ii.Pegawai SKMM dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjungi Orang Kena Adu (OKA) dengan alasan ingin berjumpa, tanpa sebarang dokumen rasmi;
iii.Pegawai SKMM mengeluarkan notis kepada OKA untuk siasatan; dan/atau
iv.Telefon pintar dan kad SIM OKA dirampas untuk siasatan.
Kandungan di platform X yang disiasat selalunya adalah pandangan peribadi seorang rakyat biasa mengenai perjalanan atau keputusan pemilihan KEADILAN 2025 yang tidak melanggar apa-apa undang-undang.
Sebab itu, setelah saya meneliti aduan-aduan ini, saya berpendapat kaedah ini hanyalah satu bentuk intimidasi untuk menekan orang awam dari tidak lagi buat kandungan mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025.
Seorang dari mereka yang telah dipanggil SKMM dikenali di platform X dengan akaun ๐๐บ๐ฒ๐ฟ ๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ต @๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ณ๐ฎ๐ญ๐ญ
Saya kemukakan dokumen laporan polis oleh isteri beliau setelah diganggu pegawai SKMM dan polis, serta notis siasatan SKMM dan senarai rampasan oleh pihak polis berhubung satu kandungan (rujuk lampiran):
i.Lampiran A โ kandungan yang diadu. Kandungan hanyalah pandangan peribadi beliau mengenai pemilihan KEADILAN 2025
ii.Lampiran B โ laporan polis oleh isteri mengenai intimidasi
iii.Lampiran C โ notis siasatan oleh SKMM
iv.Lampiran D โ senarai rampasan oleh PDRM
Perkara ini turut berlaku kepada orang awam lain yang banyak mengulas mengenai pemilihan KEADILAN 2025. Saya dimaklumkan bahawa antara akaun-akaun di platform X yang diadu termasuklah ๐ฝ๐ฎ๐ต๐ฏ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต๐ฐ๏ฟฝ๏ฟฝ, ๐บ๐๐ถ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ณ๐ณ๐ฎ๐ถ๐ฟ๐, ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ผ๐๐ธ๐๐ท๐๐ถ๐ฐ๐ฒ, ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต๐ง๐ถ๐บ๐๐ฟ, ๐ฃ๐ฒ๐ท๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฃ๐, ๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ผ_๐ธ๐ผ๐๐ต๐ธ๐ฎ๐ฏ๐ฏ๐ฌ, ๐ณ๐ฒ๐บ๐๐ผ๐ฑ๐ฑ๐ฑ, ๐๐พ๐ถ๐บ๐ก๐ถ๐๐ฎ๐ฟ, ๐ฟ๐ผ๐๐ฎ๐ป๐ฟ๐ผ๐บ๐ฎ๐ป๐ผ, ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ๐ญ๐ฎ๐ธ, ๐๏ฟฝ๏ฟฝ๐ฟ๐ฎ๐น๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, ๐บ๐๐ฑ๐ต๐ต๐ป๐ถ, ๐ ๐ฎ๐_๐๐ฎ๐ธ๐ฒ๐, ๐๐ถ๐ฟ๐๐ฎ๐๐น๐, ๐๐ฒ๐ต๐บ๐ฎ๐ป๐๐๐๐ฒ๐ฟ๐ฒ, ๐ฏ๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ๐น๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด, ๐๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ธ๐๐๐ถ๐น๐น๐๐ญ, ๐๐ฟ๐๐น๐ถ๐ฎ๐บ dan ๐ฝ๐ฒ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฑ๐_๐บ๐.
Saya percaya YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan YB Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi tidak memberikan arahan agar orang awam seperti ini dikenakan tindakan.
Kemungkinannya, ada watak-watak tertentu yang berselindung di belakang nama-nama menteri mereka, yang memberi arahan kepada SKMM atau PDRM untuk menekan orang awam, hanya kerana pandangan mereka mengenai pemilihan KEADILAN 2025 tidak sealiran dengan pandangan watak-watak ini.
Oleh itu, saya menasihatkan supaya perkara ini dihentikan serta-merta.
Saya telah pun berbincang dengan peguam-peguam sukarela yang akan mewakili orang awam yang dikenakan intimidasi seperti ini. Jika ada pelanggaran peraturan atau undang-undang, orang awam yang menjadi mangsa intimidasi seperti ini akan dinasihati untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
(1/3)
๐๐ฆ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
Gelak kah kah @adizulkarnain bila ko kata lawyer criminal buat duit 50-100k satu kes selamba je.
Ko ingat tertuduh jenayah semua kaya boleh bayar 50k ke? Hahaha
@partneriqbal Lawyer criminal mana takde nama utk kes besar2 pun? Mmg aku gelak je ni. Aku dalam inner circle pun tahu hal dalam kelambu, aku senyap je. Pekung itu dibuka secara sendirinya.