Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd tidak mengaku salah atas pertuduhan pecah amanah.
Sekitar RM37.3 juta diamanahkan bertujuan melabur dalam pembangunan penjanakuasaan elektrik solar photovoltaic berskala besar di Gambang, Pahang.
#JRN500#VitaJourn
MAHKAMAH | Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM37.3 juta, sembilan tahun lalu.
#BuletinTV3#CEO#UiTMHoldings#PecahAmanah
Pekerja bergaji rendah wajar terima kadar caruman KWSP lebih tinggi
#BHbisnes Majikan boleh mencarum sekitar 15 hingga 16 peratus bagi pekerja berpendapatan kurang RM5,000, manakala pekerja berpendapatan lebih RM10,000 diturunkan kepada sekitar 4 peratus.
https://t.co/OHFu7g6CTN
Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, memutuskan kerajaan bertanggungjawab terhadap banjir besar yang berlaku di Taman Sri Muda pada Disember 2021 hingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada penduduk.
Berita penuh: https://t.co/nDJWCpgMrd
California recognizes Eid al-Fitr and Eid al-Adha as public holidays.
Assembly Bill 2017, signed by Governor Gavin Newsom, allows public schools and community colleges, and eligible public employees to receive a holidays for these events.
#JRN500#VitaJourn#PublicHolidays
Negeri California di Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Aidilfitri dan Aidiladha secara rasmi sebagai cuti umum di bawah undang-undang baharu yang ditandatangani oleh Gabenor Gavin Newsom, lapor Anadolu Ajansi.
Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 (Assembly Bill 2017) yang diluluskan menjadi undang-undang pada Ahad dan memasukkan kedua-dua perayaan utama umat Islam itu ke dalam kalendar cuti umum rasmi wilayah berkenaan.
Aidilfitri menandakan berakhirnya Ramadan, iaitu bulan berpuasa bagi umat Islam, manakala Aidiladha disambut semasa musim kemuncak ibadah haji tahunan.
Menerusi undang-undang itu, sekolah awam dan kolej komuniti diberi kebenaran untuk bercuti pada kedua-dua perayaan berkenaan menerusi tatacara tempatan sedia ada, manakala kakitangan awam yang layak juga boleh menerima kemudahan cuti.
"Pengiktirafan Aidilfitri dan Aidiladha sebagai cuti umum wilayah adalah penetapan kalendar sivil yang memperakui kepentingan kebudayaan perayaan berkenaan kepada komuniti di California," menurut undang-undang itu.
#BernamaNews
#Aidiladha
#Aidilfitri
#CutiUmumCalifornia

Selama berpuluh tahun, isu kehadiran pelarian asing di Malaysia, khususnya dari Myanmar, telah berlarutan tanpa penyelesaian yang tuntas. Kepincangan masa lalu ini telah menjadi beban kewangan yang besar kepada negara, mencetuskan krisis sosial yang serius serta mewujudkan ancaman keselamatan yang nyata kepada rakyat Malaysia.
Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi ini terus berlarutan. Kita mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat, berlandaskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Sebanyak 5,000 warga Myanmar telah dimuktamadkan untuk menjalani program penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat ke negara asal, berasaskan persetujuan Kerajaan Myanmar untuk menerima mereka serta persetujuan individu berkenaan untuk pulang secara sukarela. Hari ini, 1,476 individu memulakan Fasa Pertama penghantaran pulang, berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh Kerajaan Myanmar melalui Nota Diplomatik rasmi. Pelaksanaan ini diselaraskan oleh KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia serta agensi berkaitan.
Penyelesaian ini turut dicapai melalui pendekatan diplomatik dan rundingan secara langsung dengan Kerajaan Myanmar. Bagi isu yang melibatkan dua negara, penguatkuasaan sahaja tidak memadai. Kerjasama negara asal diperlukan bagi membolehkan proses penerimaan, dokumentasi dan penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur dan berperingkat.
Inilah pendekatan yang kita ambil — undang-undang ditegakkan, penguatkuasaan dilaksanakan dan saluran diplomatik dimanfaatkan untuk menghasilkan penyelesaian.
Walaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, kita memilih pendekatan yang tegas tetapi berperadaban — berteraskan nilai Ihsan dan semangat kekeluargaan ASEAN, dengan setiap tindakan dilaksanakan secara teratur dan bertanggungjawab tanpa berkompromi terhadap keselamatan serta kedaulatan negara.
Fasa Pertama ini adalah permulaan. Fasa-fasa seterusnya akan diteruskan setelah proses pengenalpastian, dokumentasi dan verifikasi serta kesiapsiagaan operasi disempurnakan.
Masalah legasi yang telah berlarutan sekian lama kita mula selesaikan berlandaskan undang-undang. Kedaulatan negara kita pelihara. Keselamatan, kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan.
Insya-Allah, amanah ini akan terus kita laksanakan dengan tegas, tersusun dan bertanggungjawab.
#YakinMADANI
#KementerianDalamNegeri
#SaifNasution
Alhamdulillah, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan meningkat daripada 4.75 sen seunit pada 2025.
Bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar ini bersamaan anggaran 4.87 peratus selepas zakat.
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengurus amanah pelaburan dengan baik dalam mendepani persekitaran pasaran global yang penuh cabaran.
Tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat.
Moga pengagihan ini dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
PETRONAS dan rakan usahanya berjaya membuka ruang baharu dalam pelaburan sektor swasta bagi projek LNG Canada Fasa 2 LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia.
#JRN500#DigitalJournalism#VitaJourn#MC241S3C#PETRONAS
Alhamdulillah, saya menerima khabar gembira dari Kanada apabila PETRONAS bersama rakan usaha samanya berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia.
Keputusan ini membuka jalan kepada pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion. Pembesaran ini bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.
Tahniah kepada seluruh warga PETRONAS atas kejayaan ini. Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia.
Penghargaan saya kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas sokongan beliau kepada PETRONAS. Saya mengalu-alukan pertemuan bersama PM Carney dan delegasi Kanada pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama Malaysia-Kanada.
=====
I congratulate the entire PETRONAS team on reaching a final investment decision on Phase 2 of the LNG Canada project in Kitimat, British Columbia.
I thank Canadian Prime Minister Mark Carney for his support for PETRONAS. I welcome the prospect of meeting him and the Canadian delegation to deepen our friendship and expand cooperation between Malaysia and Canada.
🇲🇾🤝🇨🇦

Pagi ini, mari kita renungkan kisah telur.
Apabila direbus, ia tetap kelihatan sama di luar tapi dalamnya berubah… dari rapuh menjadi kuat.
Begitu juga kita.
Kalau hari ini kamu rasa hidup sedang ‘mendidih’, ingat… mungkin kamu sedang dibentuk, bukan dihancurkan.
- Masa kecik kena compare result
- Masa remaja kena compare belajar kat U mana
- Dah besar kena compare kerja kat company apa
Realitinya, kita takkan pernah boleh puaskan hati semua orang.
Yang penting, kita buat yang terbaik ikut kemampuan sendiri. Rezeki semua orang tak sama.