Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah.
2 ERA, 2 LAYANAN
2016
- Undang Johol dipecat mengikut adat dalam luak
- Menteri Besar Tok Mat umumkan
- Pengerusi DKU YamTuan Besar maklum & terima
- Undang diminta kosongkan rumah
Tiada stunt minta YamTuan turun takhta.
Tiada bunyi kata Tok Mat campur tangan.
******************
2026
- Undang Sungai Ujong dipecat mengikut adat dalam luak
- Pengerusi DKU YamTuan Besar maklum & terima
- Menteri Besar Tok Min umumkan
- Undang diminta kosongkan rumah
Undang yang dipecat, 2 hari lepas tu, isytihar YamTuan perlu turun takhta. Nak digantikan dengan Yamtuan Baru.
Geng UMNO N9 side Undang pulak. Salahkan Tok Min lindungi YamTuan dari diguling dan sailang dia dari jadi MB.
2 era 2 layanan berbeza. Biar fakta berbicara.
Rakyat N9 boleh menilai sendiri apa sebabnya.
~LM~
Semalam saya dan PM Lawrence Wong menyambung semula lembaran sejarah di Seri Negara, sebuah rumah agam berusia lebih seabad yang pernah menyaksikan detik-detik penting perjalanan negara.
Pertemuan empat mata sewaktu berbuka puasa dan makan malam menjadi ruang mencanai pandangan serta menilai langkah ke hadapan untuk memperkukuh hubungan Malaysia–Singapura dan merungkai isu-isu tertunggak.
Semoga pertemuan ini memupuk kepercayaan, mengukuhkan kerjasama dan membawa kebaikan yang berkekalan kepada rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🫶🇸🇬
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
[1MDB]: MELAWAN PROPAGANDA
SIRI 4: Ketiadaan Jho Low
Siri 3 semalam mencecah 800 shares walaupun kita perlukan 500 sahaja. Terima atas sokongan semua 🇲🇾😊🙏 Kita proceed Siri 4 & 5 ya.
Satu lagi naratif paling kuat dimainkan dalam keputusan 1MDB ialah ketiadaan Jho Low sebagai saksi dan kenapa DS Najib yang kena, bukan dia?
Itu sebab undang-undang tidak boleh dicampur dengan politik. Bilamana politik mainkan emosi dan sentimen, undang-undang perlu berdasarkan akal dan jiwa yang sihat untuk menilai.
Aristotle mengingatkan, “Law is reason, free from passion.”
James Madison pula menegaskan bahawa tugas pemimpin ialah melindungi akal manusia, bukan membakar emosinya.
***********
Mari kita nilai propaganda ini dengan akal. Tolak tepi emosi.
Apa kesalahan DS Najib yang disabitkan kesalahan untuk kes 1MDB?
1. SALAH GUNA KUASA (4 sabitan)
2. PENGGUBAHAN WANG HARAM (21 sabitan)
Dalam kesalahan Salah Guna Kuasa, beliau disabitkan kerana kuasa yang beliau ada sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Penasihat 1MDB.
Beliau menyebabkan 1MDB, atas arahan beliau secara langsung atau tidak langsung melalui Jho Low, mengeluarkan dana berbilion ringgit untuk diserahkan ke syarikat Tanore milik Jho Low.
Dan aliran wang seterusnya dibuktikan masuk ke akaun peribadi PM6.
Mahkamah ringkas merumuskan: bila seorang yang ada kuasa benarkan duit berbilion masuk akaun peribadi tanpa sebab dan alasan yang sah, maka jadilah kesalahan salah guna kuasa.
***********
Di sinilah hikmah akal yang perlu kita pegang.
Isunya, yang memegang kuasa bukan Jho Low. Yang pegang kuasa ialah Perdana Menteri.
Makanya bila dana 1MDB terbukti masuk ke dalam akaun peribadi PM6 dan dibelanjakan sendiri, ada lagi 21 kali buat money laundering. Ini bukan semua Jho Low lakukan. Beliau lakukan sendiri.
Saksi dan bukti salah guna kuasa dan pemberian wang haram kepada badan politik dan syarikat media untuk propaganda dilakukan beliau sendiri. Bukan Jho Low ya.
Tiada Jho Low pun ia boleh berdiri.
Konklusinya, kenapa ketiadaan Jho Low tidak membawa impak kepada sabitan kes? Kerana nature atau intipati kes adalah atas tindakan DS Najib sendiri. Dia yang salah guna kuasa. Dan wang haram itu dia yang belanja.
Jho Low banyak kesalahan lain ya. Ini dialah culprit dan alter ego Najib juga. Dia benefit sama. Kita harap next dia pula yang kena. Kerajaan jangan tutup mata.
***********
Pada saya, kesilapan terbesar PM6 ialah melindungi Jho Low dari mula. Kenyataan beliau berubah-ubah banyak kali.
Dari berkata Jho Low tiada peranan langsung dalam 1MDB, hinggalah pada akhirnya dia kata Jho Low tipu dia. Itulah alasan yang diguna dalam bicara.
Beliau juga katakan Jho Low sepakat dengan majoriti pegawai 1MDB, dan ramai penjawat awam nak menipu dan mengena dia ini. Termasuk dari PMO (SUSK dia sendiri), pegawai MOF, Bank Negara, AGC dan kehakiman.
Dia apa pun tak tahu jua. Mereka semua ini yang jahat ya. Walaupun duit 1MDB itu dia yang belanja.
***********
Isunya, bila dia tahu dia ditipu, Mahkamah tanya kenapa tiada laporan polis dan tindakan? Tiada apa yang dibuat. Sampai PRU14 dia masih lindungi Jho Low. Cuma last minute defence baru dia ngaku “Tipah Tertipu”.
Ini orang nombor satu berkuasa dalam negara. Mengaku ditipu orang muda. Menyebabkan negara rugi berbilion pula. Bagaimana kita nak letak muka sebagai sebuah negara bila dipandang negara luar sana? Kes ini kes kleptokrasi terteruk yang pernah ada.
***********
Pada saya, pasukan pembelaan dia salah strategi. Patut disalahkan Jho Low dari awal lagi. Ini masuk last minute selepas kenyataan berpusing-pusing.
Mula cakap ditipu dalam media. Lepas itu cakap salah quote pula. Akhirnya, itulah juga yang diguna oleh Lawyer Shafee di Mahkamah.
Pembelaan DS Najib sangat lemah. Ramai tanya takkanlah peguam dia lekeh sangat.
Tapi sebenarnya orang dah boleh baca. Mahkamah ini bukan yang mereka sasar untuk lepaskan DSNR. Yang mereka hendak ialah court of public opinion, bukan Mahkamah sebenar.
THE SAGA
Kes 1MDB ialah kes rasuah paling besar yang pernah ada. Malah, DOJ Amerika nyatakan ia kes Kleptokrasi terburuk yang mereka pernah saksikan.
Dari mula, bagi ramai pengamal undang2 tahu kesnya kuat. Bila kes AMLA, yakni kesalahan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram ini didakwa. Aliran wang/ money trail jadi kekuatan utama.
Jika aliran wang itu tidak boleh disangkal. Dan tiada alasan konkrit untuk jelaskan. 80% kes itu akan melekat.
***************
Ini yang terjadi dalam kes 1MDB. Aliran tunai RM2.3b ke akaun bank peribadi Perdana Menteri tidak disangkal langsung. Ia mengaku duit masuk ke dalam akaunnya dan dibelanjakan.
Dibelanjakan bukan untuk pembangunan negara ya. Rekod aliran tunai menunjukkan untuk perbelanjaan peribadi dan keluarga. Termasuk bercuti di luar negara. Banyak dibelanjakan untuk isterinya juga.
Sebahagiannya lagi untuk pemusatan kuasa.
Duit dana awam berbilion ini dicampak2 untuk ahli parti dan penyokong tegar. Diagih2 untuk kepentingan politik. Termasuk membayar propagandis dan pasukan media. Itu semua jelas dalam bukti dan fakta kes yang ada.
Money trail dan bukti PM berbelanja duit rakyat ini langsung tak disangkal dan dipatahkan.
Maknanya, dana masuk dan keluar akaun peribadi Perdana Manteri, Lawyer Shafee tak sentuh malah mengakui.
Tu dah tanda nak masuk penjara sebelah kaki.
***************
Next, apa alasan yang diberi?
Ironically, dalam kes 1MDB. Tiada lagi naratif direct Najib claim dia ditipu Jho Low. Lain bunyi dari kes SRC.
Dalam kes 1MDB, pembelaaan bertukar taktik. Mereka salahkan pula semua Pegawai dan Penasihat Najib. Katanya, mereka semua subahat nak kenakan dia. Pegawai 1MDB, MOF dan Bank Negara. Termasuk SUSK nya sekali. Yang telah meninggal dunia dan orang kenal dia sebagai cukup setia.
Kita tahu mengaku ditipu Jho Low itu kesilapan terbesar dalam kes SRC. Mereka belajar.
Kalau mereka kata Jho Low menipu Najib, Makanya kisah derma Arab pun tak boleh diguna. Itu dah jadi fakta bercanggah.
Kalau betul Najib ditipu, maknanya dia akui Jho Low buat scam tipu 1MDB. Duit masuk betullah duit 1MDB. Nak kata derma Arab macam mana lagi?
************
Itu bukan saja kesilapan yang ada.
Kesilapan sebenar team Najib ialah pembelaan dibuat bukan untuk Mahkamah sebenar. Tapi mahkamah pandangan awam. Court of public opinion.
Nampak gah lah di luar, tapi di dalam Mahkamah nilai buktinya rendah.
Contohnya, alasan derma Raja Arab dicanang di luar Mahkamah dengan ada video dari Menteri Arab. Ada bukti SPRM jumpa wakil Istana.
Tapi dalam Mahkamah, video tidak dijadikan bukti, tiada surat rasmi dari Menteri. Tiada langsung usaha nak dapat bukti dari saluran rasmi.
Malah kenyataan SPRM juga di spin. Pegawai SPRM dalam Mahkamah katakan yang beliau sendiri tak puas hati dengan pertemuan dengan “wakil Raja Arab”. Tiada profiling diberi. Dan yang jumpa dia bukan Putera Arab pun. Setakat pembantu Jho Low dan Peguam.
Itu tiada pula mereka war2kan. Yang team socmeds Najib dok ulang SPRM dah jumpa dah 🤦🏻♀️
********
Pembelaan Najib Razak shallow sekali.
“Saya tidak tahu”
“Saya tidak semak”
“Saya ikut je nasihat Pegawai, mereka yang salah”.
Isunya yang berbelanja mewah Dana 1MDB ini bukan Pegawai 1MDB, Pegawai MOF atau Bank Negara ya. Dana bukan masuk ke akaun mereka, masuk ke akaun Perdana Menteri dan dia mengaku dia belanja.
Hakim sangat betul bila mengatakan tidak masuk akal seorang Pemimpin yang punya latar belakang akademik yang baik dan berpengalaman dalam politik, ditipu sebegitu sekali.
Pada saya, itu tunjukkan, dia tak layak pun jadi Perdana Menteri. Dan tobat lahum jangan lah dia diangkat lagi.
Lagi satu, kelemahan nyata Lawyer Shafee. Pembelaan derma Raja Arab diulang tayang walau dalam kes SRC telah ditolak oleh Mahkamah lagi tinggi. 🤦🏻♀️ lagi sekali. Ini buat Peguam lain tepuk dahi dan di-sound oleh Hakim.
Tunjukkan buat kerja tak clean dalam Mahkamah tapi untuk luar mahkamah, Court of Public Opinion cukup licik.
************
“Masa PMX dulu pun salah prosedur”
“Tiada meeting langsung, PM sign sahaja. Agong pun takde”.
“PM atau wakil Kabinet (Menteri Wilayah) pun tiada”
“AGC takde juga”
Kata propagandist half truth yang suka pandirkan umat.
Biar gambar berbicara…. Kita sendiri pikir jua.
~LM~
Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.
Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan.
#DemiPertiwi
Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.
Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat.
#APEC2025#KpopForever
Malaysia took its ASEAN chairmanship to another level. It can be a muted affair the one year rotation. But PMX used it to build international standing, and got a global stage to converge. For those who know how this diplomacy world works, it’s a huge win. Credit where its due to the government.
Nampaknya kali ni pun hujah Hamzah Zainuddin dibidas oleh @farhanzulkefly
Rasanya Hamzah mungkin boleh pertimbang untuk tukar pegawai dia kot. Sebab setiap kali bentang, ada je yang merapu.
Update dari GSF command centre, setakat 7:50 pagi tadi 12 wakil Malaysia telah ditahan dan 5 lagi ‘lost contact’. Teruskan sebar awareness dan sama-sama kita doa semua pejuang GSF dalam keadaan selamat. They need our voices and prayers
Israel has KIDNAPPED 497 PEOPLE from 46 COUNTRIES from the Global Sumud Flotilla
This is a HUMANITARIAN MISSION, now it has become a global kidnapping by Israel
Remember these names. They are Malaysians who have given their all for the Global Sumud Flotilla mission. Pray that they reach their destination safely for Gaza, for HUMANITY.
EMERGENCY: ISRAEL ATTACKS GSF Israel has attacked the Global Sumud Flotilla in international waters. People of conscience have been abducted. The flotilla broke no laws. What is illegal is Israel’s genocide, Israel’s illegal blockade of Gaza, and the Israel’s use of starvation as a weapon. ACT NOW Share this and tag your officials and embassies Tag media outlets in the comments Join the RiseFor campaign. Link in bio Demand your government cut ties with Israel ALL EYES ON GAZA
Semoga dipermudahkan perjuangan Global Sumud Flotilla yang baru sahaja masuk ke red zone jam 8:58 malam waktu Malaysia. Harap semua dapat tembusi Gaza dan mendarat dengan selamat. Saudara kita kat sana sangat perlukan supply bantuan ni
I live in a developing nation called Malaysia. Some of you might not know where exactly it is. We’re a small country of 34 million, formed in 1963, not even 100 years old.
Maybe you’ve heard of the Petronas Twin Towers. If not, chances are you’ve probably never heard much about us at all.
We’re kind of the underdog of countries. Multilingual. Multi-cultural. Still figuring things out.
But today feels like a win for Malaysians.
While fuel prices are high around the world, here our price is RM1.99 per litre (about US$0.42). It even dropped by RM0.06 beginning today for eligible Malaysians.
For some, that may not sound like much but for millions of Malaysians, every cent matters. And it’s possible because the government subsidises fuel and because we produce oil ourselves.
This is managed under a program called BUDI95 as you can see from the screenshot. It’s a targeted subsidy scheme where eligible Malaysians receive a 300-litre quota of petrol per month at the subsidised price.
To access it, we use our national ID card (with a built-in electronic chip), which verifies our identity at the pump. The system is also integrated with cashless apps, making the whole process seamless.
(Our ID card can also be used to pay for parking, highway tolls, metro, trains etc).
So today, I can pull up to a station, use my ID card and refuel with a benefit that helps millions of Malaysians keep daily costs manageable.
I share this because:
(a) My audience comes from all around the world and no international media outlet will ever report this. 😂
(b) My point isn’t to brag, but to show how even small, developing nations can innovate and progress.
To my fellow Malaysians: congratulations on this historic day.
Sometimes, being the underdog means we quietly make things work. And that’s something worth celebrating.
And by the way, next year is Visit Malaysia Year 2026. If you’re curious to know more about us, just head over to YouTube.
You’ll find countless travellers who’ve discovered how special this country really is.