PARLIMEN l Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meminta semua pihak terlibat dengan bantuan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah supaya melibatkan wakil rakyat kawasan masing-masing.
Berita penuh: https://t.co/rt1IJE0YgY
Tak faham kenapa ramai bash. Korang reti baca ke tak ni? Proses mahkamah ada dua tahap. Prima facie dan bela diri.
Pertuduhan terhadap Daim adalah dia gagal mengisytiharkan harta. So, Daim kena bela diri dengan beri alasan kenapa dia gagal. Daim dah takde. Siapa nak bela diri?
Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke?
YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan.
Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik untuk membuat kandungan TikTok.
Pertamanya, saya ajak kita semua menghadam dahulu apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri:
1. Tidak ada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85% terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi. Nak mudah cakap, 85% daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diwar-warkan
2. Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran
Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ni macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan.
B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data.
Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi.
Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya.
Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.
Proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi sesebuah keluarga yang lebih adil ini sedang berlaku.
Eyh kenapa umum tak bincang dulu?
Pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibincangkan sebelum ini. Di Parlimen pun saya telah nyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan.
Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.
Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat.
Still tak puas hati, kenapa umum masa Belanjawan sedangkan perincian belum dimuktamadkan?
Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan.
Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan, yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya.
Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen.
Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.
Berguna jugak chatgpt ni utk jobseeker.
Boleh guna untuk buat resume, Linkedin headline, cv & boleh practice mock interview sama2.
Jangan cakap aku gatekeep pulak. Save cepat! 💌
Dekat bawah aku share banyak lagi tools untuk jobseeker & jawatan kosong area KL & Selangor ~
Benda bodoh pon dia boleh pusing jadi lagi bodoh
Dah terang2 kat screenshot tu ckp penyokong PN tak faham isu.
Dia punya pusing sampai penyokong PH perlukan penyokong PN.
Serius tak faham level bodoh penyokong PN ni boleh pegi sejauh mana sebenarnya?
Tak dinafikan pembangkang kena mainkan peranan.
Cuma aku tertarik nak tanya, baru penyokong PH sedar ke PH munafik ? Hahaha
Tapi personally aku sokong statement ni supaya jadi wake up call utk PN.
Penyokong PH mengharapkan PN selamatkan rakyat sekarang.
Sungguh bodoh puak-puak cytro Madani. Yakin sungguh kamu kononnya kami yang terhegeh menipu. Kamu gigih nak nafikan yang kami dapat undangan langsung daripada PM NZ dengan dalil “thank you for coming by”??? Sah kamu 🤡 patutlah StratComm Madani hancur sebab digajinya badut. Bazir duit rakyat! Kamu tunggu bukti kami zahirkan 😁