I pernah jumpa org gini. Nak tahu tak how to fix orang macamni? Yg selalu tanya benda2 kecik. Senang je, u kena stop micromanage /complain/ pertikai apa dia buat.
Mungkin punca dia jadi macam ni sbb u pernah complain kat dia “kenapa ambik bawang besar?” “Kenapa ambik yg tak elok” “U ni tak pandai pilih bawang la, tak elok” etc.
So dia akan rasa apa yg dia buat semua salah dimata u, and in the future ended up jadi apa? Jadi mcm dlm gambar kat bawah ni la. Dia akan suruh you yg buat keputusan sebab nanti you confirm takkan complain dah.
Samala macam memasak, or tolong arrangekan perabot, or bila orang tolong belikan u makanan. Kalau u banyak complain itu ini salah, ended up orang tu akan tak berminat untuk tolong u dah. Kalau tolong pun, dia akan bagi u yg buat decision, sebab dia malas nk kena judge
Kalau org tu buat silap sikit, or benda yg dia buat tu tk kena tekak you. U tutup mata and redakan je. Just nasihat softly and move on. Tak perlu ungkit, tak perlu pertikai lebih2 or pergi malukan dia dekat socmed or kawan2.
Lama2 orang tu akan adjust and learn sendiri.
U nak dorang fikir sendiri, tapi bila dorang fikir sendiri, u tak suka. Nk ikut telunjuk u jugak, lepastu penat sebab asyik jadi “decision maker”. Faham tak maksud i😅
“Bila lelaki buat benda basic macam tolong jaga anak, terus dipuji ‘best husband’. Hello, that’s bare minimum as a father.”
Tbh saya risau dengan benda ini. Adakah "bare minimum" tak layak dapat ucapan terima kasih atau pujian?
Biasakan puji/terima kasih for small things.
"Terima kasih abang belanja makan"
"Terima kasih abang beli barang rumah"
"Terima kasih sayang jagakan anak"
"Terima kasih sayang buatkan air teh"
"Terima kasih kejut saya"
Nanti dengan anak pun terbiasa.
"Terima kasih Asma' kemas mainan"
"Bagusnya Asma' main dengan adik"
Puji efforts/good behavior can increase the likelihood to the behavior reoccur again. Plus, org yg diucap terima kasih rasa dihargai. Orang yang cakap terima kasih mencambah rasa syukur dalam diri.
"A person who is appreciated will do more than expected"
Kadang orang terlepas pandang. Small things MATTER
"Dia dah dapat kerja, aku belum"
"Dia dah naik pangkat, aku belum"
"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"
"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"
Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini?
Diesel Thailand dah naik 6 Baht harini daripada 32.94 (RM3.99) Baht jadi 38.94 Baht (RM4.72).
Semalam Kerajaan Thailand buat keputusan takde harga siling dan subsidi pukal untuk Diesel dah sebab tu naik macam kita naik 80 sen.
Minggu depan naik lagi la Diesel Thailand tu silap silap lagi mahal.
RON95 dekat Thailand 41.05 Baht (RM4.97), RON97 57.54 Baht (RM6.97) lagi tinggi daripada Malaysia takde pulak kau sembang.
Beratus-ratus kapal nelayan Thai tersadai sebab Diesel mahal takde subsidi, nelayan dekat Malaysia sampai sekarang dapat subsidi harga Diesel RM1.65 seliter engkau buat-buat tak nampak.
Thailand tu sampai orang berkhemah dekat stesen minyak tunggu stesen minyak bukak.
Memang patut bersyukur Malaysia tak sampai tahap macam tu lagi.
Satu dunia kritikal, nak sembang politik tiga suku lagi.
menikahlah dengan seseorang yang memahami sikap sakinah, mawaddah, warahmah.
— sakinah : ketika tau kekurangan pasangan tapi tidak mencela.
— mawaddah : ketika melihat kekurangan pasangan tapi memilih fokus pada kelebihannya.
— warahmah : kekurangan pasangan dijadikan sebagai ladang amal pahala.
@aiamDeen Umur 6 di PASTI:
"Anak ana dh hapal Al-Mulk, boleh lead solat, tahu baca doa"
Umur 6 di BB, Keedsflix, Little Caliph, etc
" Anak I laju mengeja, cakap omputeh pun dah boleh, baca buku, dh independent"
Umur 6 thn masuk SK
" Gila kerajaan, budak 6 tahun mana ready lagi"
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah menyampaikan hala tuju dan inisiatif yang akan menggerakkan pentadbiran Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Usaha reformasi kekal menjadi tunjang untuk membina semula institusi negara dan memastikan pimpinan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada rakyat.
Antara reformasi utama yang akan dilaksanakan ialah pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan institusi Ombudsman serta penggubalan Akta Kebebasan Maklumat. Langkah-langkah ini penting bagi mengukuhkan asas negara hukum yang lebih telus dan berintegriti.
Kerajaan MADANI juga akan meneruskan usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran dengan memperkemas birokrasi, mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan awam, dan menyegerakan projek-projek rakyat seperti membaiki sekolah dan klinik daif, menutup jalan berlubang serta menambah lampu jalan.
Dalam masa yang sama, kebajikan rakyat kekal sebagai teras pentadbiran MADANI. Bantuan bersasar, sokongan kos sara hidup, peningkatan gaji penjawat awam serta inisiatif pendidikan dan kesihatan dilaksanakan bagi memastikan hasil pertumbuhan ekonomi kembali kepada rakyat.
Kesemua langkah ini saling melengkapi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, memperkukuh keyakinan pelabur, dan memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara lebih adil oleh seluruh rakyat.
Semoga usaha reformasi dan inisiatif untuk rakyat ini mengukuhkan usaha kita untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#JenteraMADANI
CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN 2025.
Dah tiba akhir tahun ni, dah sampai masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Aku kongsi cara kiraan zakat yang ada.
Ada 3 kaedah kiraan:
1. Guna Jadual Potongan Gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.
+++++++++++++++++
1. Guna Jadual Potongan Gaji.
Kaedah paling ringkas. Tengok berapa gaji kasar korang kat jadual bawah ini dulu.
• Bujang gaji kasar income lebih RM4,600 baru wajib bayar zakat RM74 sebulan.
• Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM5,900, zakatnya RM76 sebulan dan seterusnya.
• Warna Biru = Belum wajib keluarkan zakat. Tapi digalakkan untuk buat kiraan zakat dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.
• Bagi yang pendapatan tak tetap, buat anggaran dan lebihkan sedikit supaya lebih yakin.
Full Jadual ini:
https://t.co/lAIerKpVgj
+++++++++++++++++
2. Kiraan Zakat dengan tolakan Kifayah.
Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya Pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.
Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan seperti jadual dibawah ini. Termasuk tolakan untuk KWSP dan TH jika ada. Bakinya baru dikenakan zakat.
Ini Tolakan Asas Had Kifayah:
Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:
https://t.co/05if6rxVqh
+++++++++++++++++
3. Kiraan Tanpa Tolakan.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi.
Upper M40 atau T20.
Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka.
Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.
Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT
Contoh: Gaji Kasar Tahunan : RM150,000
RM150,000 x 2.5% = RM3,750
+++++++++++++++++
Bayar Zakat Online.
Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini :
https://t.co/4M0gvboiAA
+++++++++++++++++
Rebet Cukai.
Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%.
Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia yang seharusnya digunakan semua muslim. Takde negara lain yang buat begini.
Contoh kiraan selepas keluar zakat:
Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai LHDN dibayar kepada kerajaan : RM3,000
+++++++++++++++++
Semoga semua yang bayar zakat, rezekinya bertambah luas dan berkat, kehidupannya bertambah lapang dan tenang, keluarganya bahagia dan hartanya dibersihkan berkat bayaran zakat tersebut. Ameen!
Mohon panjangkan kepada sahabat lain untuk pahala berpanjangan dengan ingatkan mereka tentang zakat.
Wallahua'lam.
Perbelanjaan paling toksik dalam belanjawan bukan projek baharu, tapi bayaran faedah yang makin membesar. Tahun depan, jumlah faedah naik lagi dan bahagiannya dalam belanja mengurus menelan ruang untuk bantu rakyat.
Ringkasnya: bila belanja naik, lebih banyak mengalir kepada bank, kurang yang sampai ke poket rakyat.
Lebih mengejutkan, faedah hutang kini mengatasi bantuan & subsidi.
Dan kita pula berada terlalu hampir dengan had hutang negara. Soalannya mudah: sampai bila penjimatan lain hendak ditelan "interest"?
Tonton ucapan perbahasan penuh saya di sini — https://t.co/iDhwsR2GCd
I want my kids macamni but on the other side, i takut nanti dia tak reti nak survive without my money and their survival skills is none. Cemana ek nak jadi parents yang provide all but at the same time anak tak jadi spoil brat & know how to be independent? 😂
sebab tanker carrying petrol ada sensor dekat mata driver untuk detect kalau nampak mengantuk. takboleh pandang tempat lain lebih 3 saat nanti sensor detect (so kena always pandang depan) and max 80km je even tekan minyak pun dah takkan boleh lebih (unless jalan menurun)
Yang paling kita kena takut :
1. Bila Allah tarik nikmatnya beribadah
2. Rasa malas nak solat
3. Nak pegang al quran jauh sekali
4. Jarang pergi ke masjid
5. Jarang berzikir
6. Allah uji kita dengan tangungjawab dunia
7. Tidak ada rasa malu membuat kesilapan
Semoga dijauhkan 🤲
Saya sokong semua klinik swasta pamerkan harga ubat. Pesakit boleh pilih mahu pergi klinik yang mana berdasarkan bajet yang ada.
Ada doktor di sini yang boleh beri justifikasi kenapa harga ubat tak boleh dipamerkan?