Kenyataan Media
Kes Zara Qairina: Nyawa Anak Kita Bukan Statistik, Ia Amanah
Saya merakamkan takziah sedalam-dalamnya kepada keluargaAllahyarhamah Zara Qairina, rakan-rakan sekolah, guru-guru dan seluruh komuniti di Papar dan Sabah. Tiada kata yang mampumengubat luka kehilangan ini. Seorang anak yang penuh harapan telahpergi dan kita semua telah gagal melindunginya.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan keadilan tertegak buat mangsa, keluargadan semua pihak.
Kes ini bukan sekadar berita. Ia adalah tamparan kepada kita sebagaimasyarakat bahawa seorang murid boleh hilang nyawa di tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat untuknya: sekolah.
Sebagai bapa, pendidik dan mantan Menteri Pendidikan, saya tidakboleh diam. Kes Zara mesti menjadi titik perubahan. Kita tidak bolehbiarkan nyawa anak-anak kita menjadi angka di dalam laporan polis atau statistik kementerian.
Saya mendesak lima langkah segera:
1. Sistem sokongan psikososial di semua sekolah – Tambahbilangan kaunselor sepenuh masa, warden asrama sepenuh masa dan saluran aduan yang mudah diakses.
2. Platform aduan digital berasaskan AI - Murid boleh membuataduan secara selamat melalui DELIMA atau aplikasi khusus, dipantauguru kelas dan guru kaunseling. AI boleh memberi amaran awaltentang kebarangkalian berlaku insiden buli dan caramengelakkannya.
3. Latihan wajib untuk guru & staf sekolah – Kenal pasti tandaawal buli, penderaan dan tekanan emosi. Konsep “jika nampak ataudengar buli, laporkan segera” mesti menjadi budaya.
4. KPI Sifar Buli – KPM, KPT dan semua institusi berasrama mestijadikan penghapusan budaya buli sebagai penilaian prestasi tertinggipentadbir.
5. Tindakan pantas & telus terhadap aduan – Tiada aduan terlalukecil. Buli adalah jenayah, di mana-mana ia berlaku dan siapa pun pelakunya.
Ini bukan soal politik. Ini soal nyawa anak-anak kita. Saya menyeruKementerian Pendidikan, pendidik, ibu bapa, NGO, media dan seluruhmasyarakat untuk bersatu memastikan tragedi ini tidak berulang.
Kita sudah terlalu lama menormalisasikan penderitaan murid di asrama. Budaya “diam demi nama baik sekolah” mesti dihentikansekarang.
Zara tidak akan kembali. Tetapi kita boleh pastikan tiada anaklain yang menjadi Zara berikutnya.
#JusticeForZara
Dr Maszlee Malik
Mantan Menteri Pendidikan Malaysia,
10 Ogos 2025
Benda ini yang kamu perlu bawa di Tahun 2024 nanti.
Ini adalah bebenang.
1. Rutin pagi yang sihat.
- Bangun tahajud.
- Solat Subuh di Masjid.
- Bersenam 30 minit.
- Sediakan sarapan sebelum 7 pagi.
Masa interview, HR akan sedaya upaya untuk bukak pekung korang dengan soalan soalan pelik. Kalau terjerat, nahas la korang.
Apa apa jadi sekali pun, JANGAN DEDAH 7 PERKARA NI MASA INTERVIEW.
Ada wanita kahwin dengan lelaki kuat merokok yakin bahawa cintanya akan menyebabkan suaminya berhenti merokok.
Pada akhirnya, dia yang berhenti berharap.
The truth is a woman can't change a man because she loves him. The man needs to change himself if he really loves her.
Thank you for this thread Mieja! Nasib baik anak I punya berdaftar, fuh lega.
Sini I ringkaskan lagi, utk check:
Pre-school/tadika: https://t.co/M8SmNnypO9
(register>login>Carian Institusi)
Daycare/taska: https://t.co/7RqN6sh8yD
Saya mengucapkan terima kasih kpd semua pengundi Simpang Renggam yang telah mengundi saya. Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya telah berikan yg terbaik utk anda & memohon maaf atas salah silap sepanjang saya menjalankan tugas.Terima kasih Simpang Renggam 🙂
Punyalah ramai bersedih Nurul Izzah, Maszlee Malik, KJ kalah.
Tak nampak pula yang bersedih sebab kluster mahkamah menang: Guan Eng, Syed Saddiq, Zahid Hamidi, Bung Moktar.
Jangan terkejut kalau first day kerja boss dah suruh buat kerja kat Excel ni hah jangan masa tu terkapai-kapai nak siapkan kerja pulak. So save notes ni siap-siap! 😉
Kredit Maukerja Malaysia
Kejadian di Kg Mansiang Baru, Sabah.
Sungai deras macam tu, kalau pandai berenang pun bahaya.
Gaji Ketua Menteri Sabah baru naik dari RM23,585 kepada RM33,033 sebulan.
Tapi anak-anak Sabah kena panjat paip lintas sungai. Apa nak jadi ni?
Untuk yang baru bekerja, make sure kena check balik betul tak company ada bayar EPF even ada tunjuk dekat slip gaji.
Ramai yang silap bab ni, know know rupanya tak bayar pun.
CARA REGISTER i-AKAUN KWSP ONLINE 👇