Ramadan mengubah rutin harian umat Islam termasuk waktu makan dan tidur, dengan ramai berdepan dilema selepas bersahur sama ada teruskan dengan rutin harian ataupun sambung tidur kerana masih berasa mengantuk.
Menurut pakar kesihatan, rasa mengantuk selepas sahur bukan sesuatu yang luar biasa kerana keadaan itu berkait rapat dengan perubahan jam biologi seseorang akibat perlu bangun awal untuk bersahur, terutama pada awal Ramadan, sebelum tubuh menyesuaikan semula diri dengan rutin baharu tersebut selepas beberapa hari.
#BernamaNews
#InfografikBernama
#Ramadan
#TidurSelepasSahur
Berita penuh: https://t.co/LbfccSHbAk
Rezeki Yang Dipermudahkan
==============
1. Jaga hubungan dengan Allah, mudah-mudahan Allah memelihara urusan kita termasuk urusan rezeki. Perhatikan kisah Saidatina Maryam seperti yang diungkapkan dalam al-Quran.
Hadis ini menunjukkan betapa besar ganjaran solat Isyak dan Subuh apabila dilakukan secara berjemaah.
Bukan kerana ia panjang atau susah, tetapi barangkali kerana ia dilakukan pada waktu yang mencabar, ketika kebanyakan orang sedang berehat dan tidur.
Jangan biarkan kesibukan dunia membuat kita terlepas solat Asar. Nabi SAW mengingatkan bahawa meninggalkannya boleh menghapuskan amalan.
Peliharalah solat, kerana ia menjaga hubungan kita dengan Allah dan menyelamatkan amalan kita dari hilang sia-sia.
Memelihara keharmonian masyarakat bermula dengan akhlak asas iaitu tidak mengganggu orang lain seperti menjaga tutur kata, tidak membuat bising, dan menghormati hak jiran.
Inilah sifat yang dianjurkan Rasulullah SAW sebagai satu bentuk sedekah diri. Sama-sama kita amalkan.