Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakukan sujud syukur sejurus Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan pembebasan beliau daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
🎥 Natasha Ismail
#digitalbernamatv #syedsaddiq #bebas #armada
#ShahAlam Selepas lebih sedekad mencetuskan cadangan pembinaan pengangkutan rel baharu di Shah Alam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menaiki sendiri Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam, yang kini menjadi antara nadi baharu pengangkutan awam di Selangor.
Segalanya bermula apabila baginda menerima pelbagai surat dan keluhan daripada rakyat mengenai kesesakan lalu lintas, khususnya di laluan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur, sehingga mencetuskan idea pembinaan laluan baharu itu.
Justeru, keberangkatan Sultan Sharafuddin merasai sendiri perjalanan menaiki LRT3 hari ini menjadi detik bermakna apabila buah fikiran baginda yang tercetus daripada suara rakyat akhirnya direalisasikan dan membawa manfaat kepada ribuan pengguna setiap hari.
Dalam lawatan itu, baginda yang tiba pada 10.30 pagi diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menaiki gerabak khas dari Stesen Bandar Utama ke Stesen Johan Setia dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam dan melalui 20 stesen.
📸fotoBERNAMA
#BernamaNews
Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan keputusan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Suasana penuh emosi apabila ahli keluarga dan penyokong mengalirkan air mata kegembiraan, manakala Syed Saddiq menyifatkan keputusan itu sebagai bukti institusi kehakiman negara terus menegakkan keadilan.
📷: Astro AWANI / Shahir Omar
Kenderaan jenis Audi bernombor pendaftaran JRA 1 yang membawa Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi beredar keluar dari Saujana Kediaman Menteri Besar Johor pada 3.35 petang tadi.
📹 Shaheera Bahtiar | BERNAMA
#digitalbernamatv#prnjohor
ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur serta menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas limpah perkenan melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor.
https://t.co/1dEf1jnFXg
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 12 Julai 2026 mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
📸 Johor Royal Press Office
#BernamaNews#InfografikBernama#AngkatSumpah#MBJohor@onnhafiz
#JohorBahru Kenderaan yang membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Johor menuju ke Istana Bukit Serene di Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru hari ini.
MB JOHOR | Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninggalkan perkarangan Istana Bukit Serene selepas selesai menghadiri Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor.
#BuletinTV3#BeritaTerkini#MenteriBesarJohor#OnnHafizGhazi
Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor
Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengisytiharan itu dibuat atas limpah perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
"Suka saya kongsikan, atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor.
"Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Onn merafakkan sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor, selain merakamkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Ismail atas kepercayaan yang diberikan untuk terus memikul amanah tersebut.
Menurutnya, beliau akan melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh taat setia demi kemajuan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor.
Beliau turut memohon doa seluruh rakyat Johor agar diberi kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk daripada Allah SWT untuk memimpin negeri dengan adil, amanah dan penuh integriti.
"Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan setiap keputusan yang dibuat sentiasa mendapat petunjuk serta keredaan Allah SWT," katanya. - MYNEWSHUB
Tumpuan Buletin Utama | 12 Julai 2026
1) Datuk Onn Hafiz Ghazi angkat sumpah Menteri Besar Johor buat penggal kedua
2) Remaja 16 tahun dakwa terlelap, kereta dipandu terjunam ke dalam sungai
3) Kumpulan Timbul Bot, wira nelayan ditimpa musibah
Perinciannya dan banyak lagi dalam Buletin Utama jam 8 malam ini di TV3.
3pm: Sebuah Bentley Bentayga dilihat keluar dari Istana Bukit Serene, sekali gus mencuri perhatian petugas media yang masih berkampung di pekarangan istana bagi menantikan perkembangan lanjut Pelantikan Menteri Besar Johor
📹 Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman
#digitalbernamatv #prnjohor #istanabukitserene
Semoga pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand ini membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🤝🇹🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Tun Dr Hasmah Mohamad Ali. Semoga Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan jiwa dan terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Keperibadian Tun yang penuh kelembutan dan kebijaksanaan akan sentiasa dikenang dan dihargai. Semoga ALLAH SWT melimpahkan rahmat serta keberkatan yang berpanjangan buat Tun dan keluarga.
#SinarHarian #SinarTerkini #TunDrHasmah
PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
Gagal memperoleh undi sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semalam.
ARTIKEL: https://t.co/yzzH9FM5E3
#SinarHarian#politik#PRNJohor#wangdeposit #calon
Selepas menerima mandat besar untuk kembali menerajui pentadbiran Johor, fokus kini tertumpu kepada pelantikan Menteri Besar dan pembentukan EXCO negeri yang baharu.
Berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan oleh pihak istana, Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor itu dijadualkan berlangsung jam tiga petang ini di Istana Bukit Serene. https://t.co/1HEQYrfBLu
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PENGERUSI BARISAN NASIONAL
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN), di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (12 Julai).
Turut hadir dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi BN Johor.
BN telah meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri yang diadakan semalam, dengan merangkul 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.
#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
PRN JOHOR 2026 | Dr. Maszlee Malik (PH) berjaya memenangi kerusi DUN N.41 Puteri Wangsa selepas menewaskan empat pencabar lain dengan majoriti 5,744 undi.
#PRNJohor2026#MandatJohor2026#KeputusanPRNJohor2026