๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐ฌ๐๐ #๐ฑ๐ฑ - ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ, ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐๐ฃ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก?
Setelah tidak bersiaran selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada kempen PRN Johor, saya memohon maaf kepada ibu ibu kakak kakak kerana podcast YBM Episod 55 akan kembali Jumaat ini, 17 Julai jam 9 malam, seperti biasa di saluran YouTube dan Tiktok saya.
Saya harap ibu ibu kakak kakak bersabar dan nasihatkan suami supaya jangan pasang podcast kuat-kuat.
Episod kali ini akan bedah siasat PRN Johor baru-baru ini.
Selain saya dan Haziq, podcast YBM kali ini akan turut disertai mereka yang berada di lapangan sepanjang kempen, iaitu:
Dr Harith - calon BERSAMA di Tiram
Saudara Tang Hong Yau atau Ubat, yang berkempen dengan pengundi Cina
Datoโ Syed Azwan atau DSA, yang tidur atas bumbung pick-up truck untuk berkempen membantu BERSAMA
Datoโ Dr Samsu Adabi Mamat, bekas ahli akademik dan ahli BERSAMA yang mengikuti kempen di lapangan
Saya juga akan menjawab persoalan-persoalan mengenai keputusan BERSAMA menumpukan kepada PRN Melaka dan tidak menyertai PRN Negeri Sembilan.
Jangan lupa malam ini, Jumaat 17 Julai 9 malam - podcast YBM kembali lagi dengan Episod 55.
KEMPEN BERSAMA DI PRN JOHOR SAMPAI KE PENGHUJUNG
FINALE DI PARAGON MARKETPLACE, JB
Pengundi Johor akan mengundi hari Sabtu ini.
Selama 14 hari, saya dan sukarelawan BERSAMA yang membentuk satu pasukan yang kami panggil Central Kitchen, duduk di satu rumah.
Saya dapat bilik hujung di dapur sebelah tandas. Yang lain-lain kongsi tidur kat atas.
Sebahagian besar dari mereka yang membentuk Central Kitchen ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Mereka naik bas berulang alik dari KL antara ambik exam, pergi kuliah dan datang membantu di sini.
Kami melatih mereka sebagai perancang kempen, atau campaign planners. Mereka bertanggungjawab menyusun jadual kempen, menguruskan calon, menguruskan bahan kempen digital dan bercetak, mengendalikan logistik dan segala benda lain yang perlu dibuat.
Kami mempunyai seorang penasihat, iaitu sukarelawan nombor 1 bernama Chopper. Dia datang masa hari pertama dan lepas tu tak nak balik dah. Kami akan bawa dia balik ke KL untuk terus jadi penasihat kami.
Selain dari jadi perancang kempen, malam-malam pukul 2 pagi selepas ceramah trak, mereka akan bantu jentera yang lain pasang bendera, banner dan lain-lain.
Sekarang tinggal satu hari lebih lagi sebelum hari mengundi, jadi mereka tumpu kepada pengurusan ejen kira undi atau PACA.
Selama ini kempen saya yang diikuti melalui IRL Apehal Follow Aku di YouTube banyak tertumpu kepada calon-calon. Hanya kali ini saya tunjukkan bagaimana BERSAMA mengendalikan keseluruhan kempen di 15 kerusi dari sebuah rumah.
Setiap yang bermula pasti berakhir.ย
Kempen BERSAMA di PRN Johor akan berakhir tepat jam 12 tengah malam esok, hari Jumaat 10 Julai.
Kami putuskan untuk mengakhiri kempen Kancil di tempat yang sama ia bermula semasa calon-calon diumumkan, iaitu di ruang parkir Paragon Marketplace, Jalan Tampoi, JB.
Trak Kancil akan singgah buat kali terakhir di Paragon Marketplace esok, Jumaat 10 Julai. Ceramah akan bermula jam 8 malam.
Saya jemput semua penduduk di seluruh Johor yang berkelapangan untuk hadir.
Begitu juga sukarelawan dan ahli BERSAMA yang berada di Johor, termasuk yang datang untuk bertugas sebagai PACA pada hari pengundian, untuk hadir ke ceramah finale Trak Kancil ini.
Sebarkan kepada semua dan sebaiknya, daftar kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX di pautan ini:
https://t.co/1RZHNOXipD
Insya-Allah, dalam ucapan terakhir saya di PRN Johor ini saya akan gulung, lipat, tembak dan canai semua isu yang telah dibawa dalam PRN Johor ini.
Jumpa di Paragon Marketplace, JB hari Jumaat, 10 Julai bermula jam 8 malam.
๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฎ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐๐๐
Kempen BERSAMA di PRN Johor berjalan baik, walaupun dalam serba kekurangan.
Bila kita tiada sumber yang melimpah ruah, kita belajar menggunakan apa yang ada di sekeliling kita.
Kita bergantung kepada sukarelawan, kita bergantung kepada calon-calon kita yang bersusah payah cuba bertemu pengundi seberapa ramai yang mungkin tanpa perlu diangkat sebagai orang istimewa dalam majlis-majlis besar.
Tapi kita masih memerlukan tenaga yang minima supaya kempen tidak tergendala, terutamanya pada hari mengundi.
Kita memerlukan ejen-ejen kira undi atau PACA.
Terima kasih yang telah mendaftar sebagai PACA setakat ini. Proses untuk mengesahkan jadual bertugas dan tempat bertugas sedang berjalan. Insya Allah anda akan mendapat pengesahan selewat-lewatnya pagi Selasa, 7 Julai 2026.
Tapi kita masih memerlukan lebih kurang 2,000 PACA lagi.
Berikut ialah tindakan kita untuk cuba menyediakan 2,000 PACA ini dalam masa 48 jam ini.
Pertama - pasukan HQ akan menghubungi 2,570 ahli BERSAMA di Johor untuk mengenal pasti mereka yang berkelapangan untuk menjadi PACA.
Kedua - pasukan HQ juga akan menghubungi ahli-ahli BERSAMA di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA.
Ketiga - bagi ahli-ahli dari negeri-negeri lain, anda akan menerima emel peringatan untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA. Sila ikut panduan dalam emel untuk mendaftar menjadi PACA.
Keempat - bagi semua yang berkelapangan untuk membantu menjadi PACA, sama ada ahli BERSAMA atau pun tidak, anda boleh mendaftar melalui dua cara:
Sama ada mendaftar melalui sistem Kancil di https://t.co/fCMc3GZOrD dan ikuti panduan di situ, atau
Dengan menghantar mesej ke Whatsapp bernombor 011 3977 6635 atau hubungi Haziq di nombor itu.
Kita ada masa yang sangat terhad untuk mencukupkan PACA di tempat-tempat mengundi supaya kita berlaku adil kepada penat lelah calon-calon dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus sejak 10 hari lepas.
Sampaikan maklumat ini kepada yang lain-lain - forward di Whatsapp, share kandungan ini di media sosial anda.
PRN Johor.
BN bertanding di 56/56 kerusi. PH juga bertanding di 56/56 kerusi.
BN mahu menewaskan PH. PH pula mahu menumbangkan BN.
BN menyerang PH, PH membalas serangan BN.
Dalam isu Zon Ekonomi Khas JohorโSingapura (JS-SEZ), MB kata pelan induk tidak wajar terus ditangguhkan kerana penting untuk memberi kepastian kepada pelabur. PM cakap MB tak cerdik dan lainยฒ.
Namun apabila kedua-duanya berada dalam Kerajaan Perpaduan (Madani) di peringkat Persekutuan, hakikatnya mudah:
Pangkah BN, dapat PH.
Pangkah PH, dapat BN.
Yang beria berbalah, melalak, 'gaduh-gaduh' dipentas kempen Johor; yang PH beria lawan semua kerusi yang ditandingi BN ni kerana contesting for the sake of contesting ke or sandiwara ke, ape?
Jika PH menjadi pembangkang DUN Johor, mampukah ia benar-benar berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan?
Mampukah PH memainkan peranan semak dan imbang (check and balance) yang efektif sedangkan keduanya bersama dalam Kerajaan Madani?
Given such circumstances, mampukah suara ADUN-ADUN PH benar-benar bergema di DUN Johor sebagai suara rakyat?
Untuk makluman anda, anggaran perbelanjaan kerajaan (melalui SPR) bagi menganjurkan PRN Johor tahun 2022 ialah RM95,975,100, atau kira-kira RM96 juta.
Bagi PRN Johor kali ini (2026) pula, berapakah anggaran dana rakyat yang bakal dibelanjakan?
Benar, kita semua maklum bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan tuntutan Perlembagaan Persekutuan, bukan sekadar amalan politik. Tuntutan untuk mengadakan PRU tidak boleh diubah kerana ia ditetapkan oleh Perlembagaan. Namun begitu, cara dan budaya kita berpolitik boleh diubah.
@partibersamamy offers fresh ideas and presents Malaysians with a new political choice.
The Johor, Negeri Sembilan and Melaka state elections, together with the road to GE16, mark the beginning of the party's journey.
Barely two months old, Bersama is stepping forward to offer voters an alternative and broaden the choices available to Malaysians at the ballot box.
Ayuh Johoreans dan Malaysians, mendaftarlah menjadi ahli #Bersama di https://t.co/yHM6bf0UsN
PRN JOHOR: BERITA BAIK UNTUK ISTERI-ISTERI DAN PENGUNDI SEKITAR JB & PASIR GUDANG
Saya dapat beberapa aduan dari isteri-isteri penonton yang selalu mengikuti podcast YBM.
Mereka tarik nafas panjang sebab kempen PRN Johor dah nak mula.
Sebelum ini, mereka terpaksa bertahan sebab suami dengar podcast YBM sebelum tidur sampai ganggu mereka nak tidur.
Untuk berlaku adil kepada isteri-isteri yang terkesan, saya nak maklumkan podcast YBM tidak ke udara selama 2 minggu sepanjang kempen PRN Johor ini.
Sebabnya, selain dari nak bertimbang rasa dengan pasangan masing-masing, kami akan bersiaran tiap-tiap malam.
Ceramah Trak Kancil akan bermula malam ini di Jalan Sri Pelangi 2, Taman Pelangi, JB di sebelah Shell Taman Pelangi.
Kami mula jam 8 malam sebab selalunya uncle auntie Cina tidur awal, pukul 11 tu kira dah lambat sangat untuk diorang.
Selain saya dan Nik, malam ini kita akan dengar buat pertama kali calon-calon BERSAMA berceramah:
Fifi untuk DUN Kempas
Dr Zamil untuk DUN Permas
Wei Han untuk DUN Perling
Stanley untuk DUN Stulang
Kak Norsina untuk DUN Larkin
Bagi mereka yang berkesempatan, jemput singgah di ceramah trak kami.
Bagi yang menonton, ha3 kalau boleh check dengan keluarga dulu jangan sampai isteri atai suami tarik nafas panjang.
Kalau pakai ear phone atau ear bud, check setting jugak sebab kadang-kadang setting dengar sebelah saja.
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ: ๐ญ๐ฑ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐
Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi kesemua 15 calon BERSAMA telah selesai pagi ini.
Semua pencalonan diterima dan urusan di semua pusat penamaan calon berjalan lancar.
Saya berada di DUN Johor Jaya untuk mengiringi Sdr. Lau Yi Leong, manakala Sdr. Nik Nazmi dan rakan-rakan lain mengiringi calon-calon BERSAMA di pusat penamaan calon yang lain.
Malam tadi, kami telah memperkenalkan kesemua 15 calon BERSAMA secara rasmi semasa Majlis Pengumuman Calon BERSAMA dan pelancaran Trak Kancil.
Bagi pihak BERSAMA, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua calon yang sanggup menawarkan diri untuk bertanding di bawah panji BERSAMA.
Parti ini masih baru, tetapi mereka sanggup mengambil tanggungjawab dan risiko untuk membawa politik yang lebih bersih dan lebih telus.
Kesemua calon telah melalui proses tapisan yang ditetapkan oleh parti.
Maklumat mengenai latar belakang, pendidikan, kerjaya, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon boleh disemak di https://t.co/gSEmkaewD8.
Selaras dengan komitmen BERSAMA terhadap ketelusan, setiap calon juga telah mengisytiharkan harta melalui Akuan Bersumpah yang turut dipaparkan untuk semakan orang ramai.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli dan sukarelawan BERSAMA yang hadir mengiringi calon-calon kita di 15 pusat penamaan calon di seluruh Johor.
Inilah semangat yang mahu kita bina.
Kempen ini digerakkan oleh rakyat yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membawa perubahan.
Malam ini saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk majlis makan malam mengumpul dana dan pelancaran kempen #WeFund BERSAMA.
Alhamdulillah, semua meja telah habis terjual dan pasukan kini sedang membuat persiapan terakhir.
Insya-Allah, kita akan bertemu lagi di seluruh Johor sepanjang tempoh berkempen.
Berikut 15 calon BERSAMA @partibersamamy untuk PRN Johor 2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
25 ๐๐ถ๐ฏ 2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฆ๐ฌ๐ง๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ก ๐๐๐จ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
15 calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ yang akan bertanding di PRN Johor 2026 akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah.
Selain dari pengisytiharan harta, pendapatan dan perbelanjaan, calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan turut menandatangani 4 akujanji secara Akuan Bersumpah dan 1 surat peletakan jawatan secara bersyarat, seperti berikut:
1.Akujanji untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila dipecat dan berhenti sebagai ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐;
2.Surat peletakan jawatan yang siap ditandatangani dan dipegang oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ selaras dengan perkara-perkara di dalam akujanji (1);
3.Akujanji untuk memulangkan wang deposit yang dibayar kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐;
4.Akuan calon yang beliau berkelayakan untuk menjadi calon di sisi undang-undang dan telah memberi maklumat yang tepat untuk menjadi calon;
5.Akuan bersumpah mengisytiharkan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; dan
6.Akuan bersumpah bersetuju dengan akujanji untuk tidak lompat parti, tidak mengosongkan kerusi, hadir ke mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan prestasi-prestasi lain, serta bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar akujanji.
Draf enam akuan bersumpah dan pengisytiharan harta ini disertakan bersama kenyataan media ini untuk rujukan orang ramai.
Pautan deraf boleh diakses di sini:
https://t.co/SSOFrWqSNu
Semua 15 calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ telah bersetuju menandatangani set akuan bersumpah ini. Akuan-akuan bersumpah dari setiap calon dijangka dikemukakan sepenuhnya kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ sebelum jam 12 tengah hari, 26 Jun 2026 iaitu 6 jam sebelum calon-calon diumumkan.
Pengisytiharan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman https://t.co/6vXmDO7QDX dan akses kepada orang ramai akan dibuka pada jam 10 malam, Jumaat 26 Jun 2026.
Orang ramai dijemput untuk meneliti sendiri latar belakang kerjaya, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon BERSAMA bermula 10 malam esok di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Calon-calon BERSAMA akan diumumkan malam esok (Jumaat, 26 Jun 2026) bermula 8 malam di ruang parkir, Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kampung Baru Majidee bersempena dengan pelancaran Trak Kancil yang akan digunakan sepanjang kempen PRN Johor 2026.
Orang ramai dijemput hadir dan boleh mendaftar kehadiran di laman https://t.co/6vXmDO7QDX, klik โAcaraโ. Majlis ini akan diturut disiarkan di platform-platform media sosial.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berharap calon-calon dari parti-parti lain yang bertanding juga akan mengisytiharkan harta untuk mengukuhkan amalan berintegriti dalam politik.
Selain pengisytiharan harta calon-calon, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah kempen berakhir dalam 2 minggu lagi.
25 ๐๐ถ๐ฏ 2026
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
๐ช๐๐ฌ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐? ๐๐๐๐๐จ๐ฆ๐ ๐ฌ๐ข๐จ ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐
BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini.
Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan.
Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke?
Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN.
BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami.
Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan.
Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa.
Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE.
Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu.
Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik.
Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza.
Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih.
Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia.
Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya.
Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga.
Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri.
Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat.
Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing.
Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari.
Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini.
Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit.
Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil.
Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut:
Tarikh:
Jumaat, 26 Jun 2026
Masa:
Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam
Tempat:
Ruang Parkir Paragon Market Place
135, Jalan Tampoi
Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru
Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini.
Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara, pilih โPengumuman Calon PRN Johorโ atau imbas kod QR.
Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu.
Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di https://t.co/6vXmDO7QDX jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan.
Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat.
Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐
Jalan paling mudah dalam politik ialah berada dalam gabungan yang sedia ada.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐ญ๐ฑ ๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Hari ini, saya dan Nik Nazmi mengumumkan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026.
Ada macam-macam pandangan.
Ada kata jumlah kerusi itu terlalu banyak. Ada kata terlalu sedikit, minta bertanding sampai boleh bentuk kerajaan negeri.
Sementara semua pandangan ini ada merit masing-masing, kami sedar bahawa Kancil baru berusia sebulan. Maka keputusan berapa kerusi bertanding dan dimana mestilah mengambil kira pelbagai sudut pandang.
Kerusi-kerusi 15 yang ditandingi ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut:
1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas;
2) Sambutan terhadap ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit;
3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut;
4) Kemampuan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut.
Maka, berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di PRN Johor 2026:
1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO)
2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO)
3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO)
4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA)
5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP)
6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO)
7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO)
8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP)
9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP)
10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO)
11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP)
12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO)
13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO)
14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR)
15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP)
Calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak.
Saya, Nik dan Syukri Razab, presiden BERSAMA telah selesai menemu duga kesemua 15 calon yang akan bertanding.
Proses tapisan ini berlaku sebanyak tiga lapis - dari permohonan, kepada saringan awal, kemudian semakan digital untuk mengesahkan latar belakang.
Selepas itu, senarai pendek calon-calon dibawa ke satu mesyuarat Jawatankuasa Calon yang dianggotai perintis BERSAMA dari Johor untuk mendapat maklum balas setempat dan tokoh-tokoh yang menggerakkan BERSAMA di peringkat nasional.
Peringkat akhir tapisan ialah temu duga terakhir di antara setiap calon dengan saya, Nik dan Syukri Razab untuk mengenali peribadi dan motivasi setiap calon dengan dekat.
Insya Allah, calon-calon yang dikemukakan BERSAMA adalah gabungan tua muda, wanita dan lelaki, Melayu, Cina, India, latar belakang professional, korporat dan penggerak masyarakat.
Tugas kita, ahli-ahli BERSAMA dan orang ramai yang mahu melihat budaya politik baru yang lebih segar, ialah untuk membantu calon-calon ini meyakinkan pengundi.
Oleh itu, saya menyeru dan menjemput seberapa ramai ahli BERSAMA dan orang ramai dari seluruh negara untuk tampil menjadi jentera BERSAMA di PRN Johor ini.
Ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di https://t.co/6vXmDO7QDX
Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran.
Ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati https://t.co/6vXmDO7QDX dan klik โ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ปโ.
Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan.
Sistem kempen bersepadu ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di 15 kerusi ini secara sukarela.
Bagi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.
Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat.
Kita berkampung di 15 kerusi-kerusi DUN Johor ini bermula hari Jumaat ini.
Jumpa saya, Nik, Syukri dan kancil-kancil dari seluruh negara yang akan masuk kampung dan bandar di Johor.
๐ฉ๐ฒ๐ป๐๐ฒ #๐ช๐ฒ๐๐๐ป๐ฑ ๐๐ฒ๐ฟ๐๏ฟฝ๏ฟฝ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐๐๐ ๐ช๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ท๐ ๐ธ๐ฒ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ต๐๐ป๐ด ๐๐๐ผ, ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ป๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฃ๐
Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun ini.
Setakat hari ini, seminggu selepas tiket mula dijual, 464 tiket telah dijual, iaitu 46% dari keseluruhan tiket.
Tiket-tiket mahal telah hampir habis dijual:
Platinum RM2,000 seorang telah habis dijual.
Gold RM1,000 seorang tinggal 4 tiket lagi.
Silver RM500 seorang tinggal 1 tiket lagi.
Yang tinggal ialah tiket standard RM150 seorang, ada sekitar 500 tiket lagi dengan masa berbaki 9 hari.
Cuma saya nak kena buat satu pengumuman mengenai perubahan tempat.
Tempahan dewan asal di SJKC Wangsa Maju terpaksa dibatalkan kerana sekolah mendapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), walaupun asalnya Lembaga Pengelola dan pihak sekolah menerima tempahan BERSAMA.
Oleh itu, majlis dana #WeFund BERSAMA akan diadakan di SJKC Chung Kwo di Jalan Loke Yew, Pudu.
Ada nilai sentimental juga bila #WeFund BERSAMA diadakan di SJKC Chung Kwo kerana di sinilah saya pernah menganjurkan pelbagai majlis kutipan dana dari 2016 lagi (semasa INVOKE) dan 2022 (semasa Ayuh Malaysia).
Kami akan menghantar makluman pertukaran tempat kepada semua yang telah membeli tiket melalui email dan Whatsapp, dan akan menelefon semua pembeli juga.
Bagi mereka yang ingin menyumbang, ada 9 hari lagi dan tiket-tiket boleh dibeli secara online di https://t.co/6vXmDO7iOp
Klik โAcaraโ dan pilih โWeFund BERSAMAโ.
BERSAMA kami di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu pada hari Sabtu, 27 Jun ini jam 8 malam.
@unifi nak tanya la kenapa bil bulan ni lebih mahal dr kebiasaan. selalunya 145 je tp bulan ni 173. Boleh beri penjelasan atas kenaikan tak munasabah ni??!!
cc: @MCMC_RASMI@fahmi_fadzil
๐ง๐ข๐ฃ ๐ฑ๐ฌ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Minggu ini, genap sebulan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dilancarkan semula untuk menjadi pilihan kepada pengundi-pengundi.
Permohonan keahlian adalah memberangsangkan. Sambutan menggalakkan. Saya bersyukur dengan sokongan rakyat biasa dari seluruh Malaysia.
Berikut adalah top 50 kerusi-kerusi parlimen yang mempunyai ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ paling ramai:
1. Shah Alam
2. Bangi
3. Petaling Jaya
4. Subang
5. Hulu Langat
6. Sepang
7. Puchong
8. Seremban
9. Gombak
10. Pandan
11. Kota Raja
12. Sungai Buloh
13. Klang
14. Setiawangsa
15. Selayang
16. Ampang
17. Damansara
18. Wangsa Maju
19. Johor Baharu
20. Segambut
21. Kuala Langat
22. Iskandar Puteri
23. Bandar Tun Razak
24. Hulu Selangor
25. Tambun
26. Kuala Selangor
27. Batu
28. Hang Tuah Jaya
29. Lembah Pantai
30. Tebrau
31. Sungai Petani
32. Pasir Gudang
33. Seputeh
34. Putrajaya
35. Rasah
36. Tangga Batu
37. Kota Melaka
38. Kapar
39. Bayan Baru
40. Rembau
41. Pulai
42. Cheras
43. Indera Mahkota
44. Kuantan
45. Sungai Siput
46. Lumut
47. Sepanggar
48. Ipoh Barat
49. Port Dickson
50. Bukit Mertajam
Semakin hampir PRN Johor dan Negeri Sembilan, semakin ramai 'walanon', 'ceplos', 'damai', 'waladap', 'walaun', 'walanah', yang memperlekeh, mencemuh bukan sahaja DS @rafiziramli (RR), malah @partibersamamy itu sendiri seolah-olah, ia menjadi satu ancaman kepada mereka.
Sebagai contoh, ada yang masuk ke thread aku dan komen, "cakap berdegar-degar dalam podcast tapi kenapa tak tanding semua kerusi?" (ditujukan kpd RR), seolah-olah bertanding disetiap kerusi merupakan satu kemestian dan ukuran kejayaan sesebuah parti.
Jawapan aku mudah.
Jumlah kerusi yang ditandingi oleh Bersama adalah keputusan strategik parti. Lagipun, bertanding disemua kerusi sekalipun, tidak menjamin kemenangan kesemuanya.
Kalau orang itu 'walanon', tak malukah dia melontarkan komen begitu, sedangkan di DUN Johor, PKR (@KEADILAN) hanya ada 1/56 kerusi shj selepas Pru15?, kalau dia 'waladap', @dapmalaysia hanya ada 10/56 kerusi, kalau dia 'walaun', @PASPusat hanya ada 1/56 kerusi, dan kalau dia 'walanah', @PartiAmanah hanya ada 1/56 kerusi saja?.
So, apa yang dia beria-ia nak persoalkan kenapa Bersama tak tanding semua kerusi? Itulah kalau wala' tak bertempat.
Cakap berdegar-degar (dalam podcast)?
Ada beza antara cakap berdegar-degar (lantang) RR dalam podcast #YBM yang ada substance, berilmiah dan berfakta dengan cakap berdegar-degar pemimpin sebelah sana yang sekadar meroyan retorik dan tak lebih tentang nak dapat kuasa.
Serangan dijangka dilipatgandakan sehingga PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Apapun serangan yang datang, insha-Allah kita tangkis dengan fakta. Itu yang membezakan kita, #sukarelawan probono Bersama (tidak berbayar) dengan mereka yang dengarnya dapat habuan lumayan dari parti tertentu.
Kalau mereka bangga dengan laungan yang sering diungkapkan oleh Presiden PKR DS @anwaribrahim : "Membujur lalu, melintang patah" โbagi kami, kami lebih selesa berpegang kepada prinsip "ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi."
Dulu, sewaktu aku belajar seni silat, guru aku selalu berpesan, kawal emosi.
Diri yang dikuasai emosi akan mudah hilang pertimbangan dan akhirnya mudah dikalahkan lawan.
Begitu jugalah kita dalam menghadapi propaganda dan auta lawan. Kita harus tenang dan "buah" (istilah dalam seni persilatan) kita adalah fakta. Fakta vs Auta.
๐Insha-Allah, I will be at Dewan Perdana KRS, Seremban tonight (Saturday, 13 June) at 8.00 PM to lend my moral support to the local members and supporters.
I do not intend to enter the hall, as I would rather leave the seats for local attendees and give them the opportunity to fill the space. I will be more than happy to remain outside and show my support from there.
The journey from Shah Alam to Seremban is not too far, so I see no reason not to be there.
Let us continue to support #Bersama
If you have yet to register as a member, do visit https://t.co/yHM6bf0UsN and sign up.
Every member and every supporter counts as we work towards building a better alternative for the future.
See you there!.
Setelah 18 tahun menyertai PKR & 8 tahun menyandang jawatan di peringkat pusat parti,hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Namun saya kekal sebagai anggota parti,terus jalan tugas sebagai Ahli Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.
๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐?
๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ฅ
Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA.
Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim.
Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang.
Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya.
Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar.
Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar.
Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan.
Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA.
Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA.
Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000.
Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain.
Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA.
Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran.
Funder BERSAMA adalah anda semua.
Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana.
Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai.
Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
Sabtu, 27 Jun 2026
Masa:
Bermula jam 8 malam
Tempat:
SJKC Wangsa Maju
10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur.
Harga tiket-tiket:
Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja
Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja
Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja
Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja
Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu:
1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16
2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA
3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster
Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada.
Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik.
Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti.
Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu.
Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat.
Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.
๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐ฆ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ ๐ฅ๐ ๐ฒ๐ณ ๐๐จ๐ง๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67 juta kepada sebuah syarikat barang kemas mewah dari Lubnan bernama Global Royalty Trading (GRTS).
GRTS dikenali sebagai pembekal barang kemas mewah kepada selebriti ternama dunia dari kalangan keluarga diraja, ahli politik, hartawan dan artis terkenal, termasuk Angelina Jolie, Naomi Campbell, Oprah Winfrey dan ramai lagi.
Sejumlah 43 barang kemas mewah bernilai RM67 juta dihantar GRTS dari Beirut kepada Datin Seri Rosmah dalam tahun 2018 dahulu.
Ia amalan biasa di kalangan orang ternama. Syarikat seperti GRTS menghantar barang kemas mewah untuk di semak dan seterusnya dibeli. Mana-mana yang tidak dibeli akan dipulangkan kembali.
Kesemua 43 barang kemas itu tidak dipulangkan, lalu GRTS mengambil tindakan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Semasa perbicaraan, ada pelbagai hujah dikemukakan.
Satu hujah ialah barang kemas itu telah dirampas oleh pihak polis dari condominium unit 45, Pavilion Residences - tempat wang tunai dan barang kemas milik Datoโ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah disimpan.
Satu hujah lagi ialah ramai orang keluar masuk dan mengendalikan proses mengalih barang kemas itu ke Pavilion, jadi tidak dapat ditentukan apa yang terjadi kepada barang kemas itu.
Walau bagaimana pun, pihak mahkamah memutuskan bahawa tanggungjawab itu tetap tanggungjawab Datin Seri Rosmah dan beliau perlu membayar kembali nilai kesemua 43 barang kemas itu yang berjumlah RM67 juta.
Saya sering dituduh oleh penyokong-penyokong Umno kononnya memfitnah Datin Seri Rosmah mengenai pembelian cincin dan barang kemas mewah.
Saya telah pun menunjukkan bukti barang-barang kemas mewah yang dibeli menggunakan wang SRC dan 1MDB - semua bukti, termasuk transaksi kad kredit, ada di blog saya https://t.co/1GYkMQW77C
Pilih kategori 1MDB dan ada beratus bukti dan dokumen.
Tapi masih ramai yang akan terus menuduh saya memfitnah mengenai pembelian cincin dan barang kemas mewah.
Pada satu ketika, saya tidak membantah pun fitnah-fitnah kononnya saya memfitnah Datoโ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah mengenai 1MDB, cincin, barang kemas mewah dan sebagainya.
Biarlah fakta seperti keputusan-keputusan mahkamah berbicara.
Kita hanya mampu berdoa Allah buka hati mereka menerima kebenaran.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐จ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐
Terima kasih kepada orang ramai yang hadir ke permulaan Jelajah Kancil di Johor dan bersambung di Melaka.
Kedua-dua jelajah dihadiri dengan baik.
Pengesahan kehadiran melebihi kapasiti dewan bagi kedua-dua jelajah.
Lebih baik lagi, mereka yang mengesahkan kehadiran di https://t.co/4xO9KSPe24 hadir sepenuhnya sehingga menyebabkan dewan tidak cukup kerusi kerana ramai juga yang hadir tanpa mengesahkan kehadiran.
Terima kasih juga kepada semua yang menonton dari seluruh negara.
Tontonan untuk Johor adalah sekitar 15,000 orang di akaun saya sahaja, tidak termasuk akaun-akaun lain yang turut membuat live.
Tontonan di Melaka adalah sekitar 20,000 kerana mutu siaran lebih baik. Kami akur dengan kehendak penonton dan mula menggunakan Starlink untuk mendapatkan internet yang lebih stabil.
Jelajah Kancil yang seterusnya adalah di Negeri Sembilan hari Sabtu ini, 13 Jun bermula jam 8 malam di Dewan Perdana KRS, Seremban.
Hari Ahad 14 Jun, Jelajah Kancil akan berada di Perak di Miker Avenue, Medan Gopeng, Ipoh.
Seperti biasa, saya mohon kerjasama mereka yang ingin hadir untuk mengesahkan kehadiran di https://t.co/tMeVu1H8Da atau scan kod QR ini.
Jumpa di Seremban hari Sabtu ini dan di Ipoh, Ahad ini.
Kita teruskan momentum ini.
Seperti kancil, biar kita kecil tetapi lebih lincah dan pantas dari gajah-gajah yang ada.