Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Sepanjang 8 tahun buat video masak, tahun ni yang buat aku menitik air mata. Video masak menyatukan semua orang, yang tua, yang muda, tak kira umur atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak.
Dengan lebih daripada separuh billion views across all platforms, tahun ni officially menjadi tahun terbesar content puasa KA dalam sejarah. Terima kasih beri KA peluang untuk meriahkan bulan puasa korang. Saya undur diri dahulu untuk berehat. Selamat hari raya guyss, maaf zahir dan batin 🫶🏻🥹
Amalkan pakai coconut oil kalau you ada heavy dandruff & kepala makin botak. Meh i ajar tips mcm mana nak buat hair oiling — tak renyah, tapi hasil padu!
Buat 2-3 kali seminggu confirm kepala tak gatal-gatal dah nanti. Rambut makin lebat pulak tu 😮💨
Wahhhh Pelakon Khir Rahman yang Buat lagu Raya Siti Nurhaliza rupanya....
Meriah..!!!
Sesuwaiii dengan Tajuk "Meriah Suasana Hari Raya".....
Hebat Bukann???🥰🥰❤️❤️🤞
Kenapa seperti tiada sambutan Thaipusam di Terengganu?
Dengar penjelasan saudara kita yang beragama Hindu ini.
Menarik pula dengar loghat Terengganu beliau😂