Malaysia is truly the land of fugly elevated highways that keep destroying our cities. Look how Jalan Jelatek was so much more charming 10 years ago. We must put a stop to this nonsense. 🤮
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Ok dah bukak dah hari ini
Kapsul Masa Menara KL oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Dalam itu ada IC, Not Kertas RM 2, poster Menara KL, Keratan akhbar lama, gambar pemimpin dan cakera padat
@wn_iiwan@ZacZakirin13@DrZalihaMustafa Sebab dia tak buta dik..dia nampak apa yang tengah terjadi..orang melayu skang smua ttup mata..bila cakap tak cerdik marah..tapi tula hakikatnya
Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada constant progress dan improvements dlm setiap aspek. Semalam kita boleh lihat playing structure solid, intensity 90minutes was high. 7 lagi Malaysian players abroad akan add more quality dan membantu pasukan. Yang penting pasukan negara playing in top International competition dan disegani. Our pride and image. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu, dan bersabar. “The priority is not the speed, but the direction we heading.”
@_musangPutih@anina_faris Dia jln cerita tu kdg dah bagus ada pengajaran tapi yg org kecam kalau ada adengan rogol perlu ke nak tunjuk dan pelakon pun nak kena buat part rogol tu para pelakon pun Muslim pula lagi tyg untuk tontonan umum pada bulan such ramadan pula tu 😤