Sampai sekarang aku tak faham benda ni, kalau kau puasa dan nampak orang lain makan, kenapa yang puasa ni kena melenting. Yang tak boleh makan kau yang puasa tu. Yang tak puasa tu suka hati dia lah nak makan ke apa.
Kes di Family Mart Angsana Mall, Johor Bahru:
Saya hanya makan secara biasa dan pak cik tu tanya saya orang Cina ke tak. Saya jawab ya sebab itu soalan biasa. Lepas tu dia nak saya tunjukkan IC saya walaupun kita tak boleh tunjuk IC kepada orang yang tidak dikenali.
(Bebenang)
Isu semasa negara diterangkan secara terus kpd masyarakat melalui wakil rakyat mereka sendiri.
@AdamAdli MP Hang Tuah Jaya malam tadi hadir di Bukit Baru utk terangkan sendiri isu bekalan minyak yg sedang kita hadapi dan langkah kerajaan tackle isu ini dari awal.
Sumud Flotilla akan mula 10 April ini dari jalan darat start dari Mauritania.
12 April utk jalan laut start dari Pelabuhan Barcelona.
Malaysia hantar 374 tan bantuan kpd Gaza.
Wakil Malaysia antaranya Hj ZRA.
PMX call Presiden Mesir mohon supaya jadi pemudahcara.
InsyaAllah, selamat pergi selamat pulang utk semua yg terlibat.
Alhamdulillah, Ramadan telah kita lalui dengan penuh makna. Kini Syawal membawa kita kembali kepada fitrah dengan hati yang lebih tenang.
Anak merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan jati,
Syawal tiba membawa restu,
Salah dan khilaf mohon diampuni.
Semoga Syawal kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. Raikan sederhana, hargai yang ada.
Adam Adli Abd Halim
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
Kelmarin, saya sempat berhubung dengan adik Nur Fatini Husna yang kini sedang menjalani rawatan Kanser Leukemia AML di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Adik ini semangatnya luar biasa. Biar berbulan di katil hospital, Husna tidak pernah tinggalkan pelajarannya. Biar berat diuji malah sampai pernah diambil kesempatan, tetap tak putus asa.
Di wad, dia berbicara dengan tenang. Sentiasa diulang impiannya yang cukup sederhana tapi besar maknanya untuk kembali sihat biar boleh ke sekolah dan belajar seperti biasa.
Pegawai Khas, Saudara Mohd Afiq telah diwakilkan untuk menyantuni keluarga serta meneliti bentuk bantuan yang boleh diusahakan, agar mereka tidak berdepan ujian ini sendirian. Selain saguhati tunai, kami turut usahakan keperluan peranti yang lebih sesuai untuk bantu pembelajarannya.
Mohon kita semua terus menitipkan doa buat adik Husna dan sahabat-sahabatnya yang sedang menerima rawatan.
Buat keluarga En. Amer, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan.
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
IKHTIAR DAMAI CERMINAN KEMATANGAN RAKYAT, PERTEGUH PERPADUAN
Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili badan Islam dan Hindu yang menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.
Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum. Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara.
Salut saya kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha ini. Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional.
ANWAR IBRAHIM
19 Mac 2026
Manusia yang tinggal troli dekat parking supermarket ni sama pesen manusia yang jenis berak tak flush dekat tandas RnR. Entitled bastard. Dah sedap guna, reti lah kemas balik. Manusia jenis macam ni tak reti bermasyarakat, layak jadi bahan bakar api neraka je.
Adam Adli terima memorandum tuntut mansuh AUKU
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, bertemu dengan kumpulan pelajar yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) pada Isnin.
Beliau turut menerima memorandum yang diserahkan oleh kumpulan terbabit di hadapan bangunan Parlimen.
Demonstrasi yang dijadualkan bermula pada 9.30 pagi itu melibatkan lebih 30 kumpulan pelajar, termasuk Persatuan Anak Muda Universiti Malaya (UMANY), Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia, dan Liga Mahasiswa Universiti Malaya (LMUM).
#SinarHarian #60Saat #PengajianTinggi #AdamAdli #Memorandum #AUKU