Polis siasat kemalangan motosikal PDRM tular
SUBANG JAYA – Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah motosikal lain di Subang Kelana Jaya Link di sini, yang tular menerusi video di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada 10 Julai lalu kira-kira jam 6.50 petang.
Beliau berkata, video kejadian berdurasi 17 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan itu telah dimuat naik ke satu laman Facebook.
"Hasil siasatan awal mendapati motosikal BMW berlogo polis yang ditunggang anggota PDRM sedang berada di lorong kanan sebelum mengubah haluan ke lorong kiri dan bergesel dengan motosikal Honda ADV yang berada di lorong tengah.
"Akibat pergeseran itu, penunggang Honda ADV iaitu seorang lelaki berusia 20 tahun telah terjatuh ke kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, pihak polis turut mengambil maklum berhubung dakwaan dalam video tular tersebut yang menunjukkan motosikal BMW terbabit tidak berhenti di lokasi kejadian.
"Namun, hasil semakan terhadap rakaman penuh insiden itu menunjukkan anggota PDRM berkenaan yang sedang menjalankan tugas rasmi telah memberhentikan motosikal kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Anggota polis itu bersama orang awam juga membantu mangsa sehingga dia mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam," katanya.
Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk usaha mendapatkan saksi bebas bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621," katanya.
Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan kemalangan melibatkan motosikal PDRM dengan sebuah motosikal lain.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
11 Jul 2025 3:08 pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
@adatu76@mkini_bm Kerajaan BUKAN Badan Kehakiman.Apb ada titah, kjaan hendaklah laksanakan. Sama ada ia boleh dicabar atau tidak kemudian di mahkmah, itu hakim yg memutuskan. Jangan sanggah titah diraja. Dlm negara ada tiga struktur, Agong,Kehakiman & Kerajaan. Kjaan PMX jgn melampaui batas!
https://t.co/asrz0nSphB
Lapangan terbang adalah salah satu aset penting negara yg melibatkan keselamatan negara. Tidak wajar diberikan kepada syt asing hny krn syt tsb sudah lama bertapak dlm negara. Kerajaan harus sangat berhati-hati dalam perkara melibatkan keselamatan negara!
1. German Malaysian Institute, Bangi Malaysia
2. Genting Highlands, Port Dickson, Gunung Ledang, Melaka, Colmar Tropicale
3. Dont use your PTPN/Mara for travel! Do small business, rolling back and travel.. Think wisely like me n my bff do 👍🏻
@KKMPutrajaya Cdgn, wajibkan setiap restoran buat teguran menerusi sistem pembesar suara jika ada pelanggan yg mula nak merokok. Wajibkan. Jadi, jika ada yg merokok tapi tiada teguran drp phk restoran, org ramai boleh rakam dan serah bukti utk kkm ambil tindakan ke atas pengusaha restoran.
Mereka ckp bgtu kat anak mrk shj. Bukan kt anak kau atau kat anak org lain.Mrk latih anak biasakan ckp english. Malah bila bercakap dgn kau, mrk guna bahasa melayu.Cakap dgn org lain pun, guna bhs melayu juga. Jadi jgnlah risau. Layankan sahaja. Doakan anak mrk fasih BI petah BM