@lady_bugg11 Dia tak tahu cara cari duit. Beli kat pasar raya, boleh bantu kedai runcit dan krj balik sebab kedai kena bayar cukai. Harap dia bayar cukai, berapa saja tu. Itu pun kalau dia ada bayar cukai oooii...
NO MATTER WHAT, YOU GUYS DAH MENANG DI HATI KAMI, MALAYSIA! ๐ฒ๐พ
TERIMA KASIH KERANA BERJUANG DI HARI MERDEKA NI! This is truly one of the BEST GIFTS we couldโve received on Merdeka Day. ๐ช๐ฒ๐พ
MALAYSIA, LET'S GIVE A HUGE ROUND OF APPLAUSE!๐๐
THANK YOU BOTH! WE LOVE YOU, CHEN TANG JIE & TOH EE WEI, WE LOVE YOU PEARLY & THINAAH! โคโคโค
#SportsAtTGV #CutiCutiTGV #BWFWorldChampionships2025
Sapa yg belum tengok.. WAJIB tengokโผ๏ธ
Daripada ikut perangai walaun kambing yg kurang ajar dan biadab, adalah lebih baik kita ikut semangat adik ni yg sangat patriotik.
Ini baru betul semangat Merdeka๐ฒ๐พ๐ฅ๐ฒ๐พ
Lu memang steady dik โค๏ธโค๏ธ
๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ฅ ๐ฅ๐๐๐๐ญ๐?
Apa niat sebenar Rafizi mahu hancurkan parti?
Pulak dah. Dalam tempoh 3 bulan ada beberapa kerat dalam PKR yang dah bagi macam-macam label kepada saya.
Mula, ditolak akar umbi sebab tak pandai jaga akar umbi.
Kemudian, saya tak ada lagi bagus kerana jadi beban dah kepada parti dan kerajaan.
Kemudian, memujuk saya supaya jangan letak jawatan. Kemudian lepas itu, tuduh merajuk bila saya letak jawatan.
Sekarang yang terbaru tuduhan mahu hancurkan parti.
Eh, kalau dah ditolak akar umbi dan tidak ada pengaruh, baguslah campak jauh-jauh, bukan ada kesan pun.
Kalau tidak ada pengaruh, macam mana boleh hancurkan parti pula?
Tuduhan terbaru ini datang dari seorang yang bernama Datuk Azman Abidin. Siapa Azman Bidin ni?
Dia orang hebat dalam PKR, walaupun rakyat mungkin kurang kenal sebab itu hari ini, saya nak kenalkan Datuk Azman Abidin.
Kehebatan beliau walau apa pun terjadi dalam politik dalaman PKR, dia mesti dapat tempat bergaji besar dalam kerajaan. Masa arwah Tan Sri Khalid jadi MB, dia orang kuat Tan Sri Khalid dan dilantik jadi pegawai MB mati-matian tolak Azmin.
Bila Azmin jadi MB pula, tiba-tiba dia pusing sokong Azmin, jadi pegawai kepada Azmin pula.
Bila Datoโ Seri Anwar jadi PM, walaupun kelibat dia kita tak nampak sangat semasa kempen nasional PRU-15, tiba-tiba dia jadi Setiausaha Politik PM.
Dia adalah salah seorang dari setiausaha politik PM, 3 serangkai selain dari Shamsul Iskandar dan Chan Ming Kai yang ligat habiskan masa berkempen di bawah untuk buang pimpinan PKR yang mereka kata tidak sehaluan dengan mereka.
Orang sibuk mentadbir negara, mereka sibuk atur di belakang dengan kemuncaknya menyusun Nurul Izzah bertanding sebagai Timbalan Presiden. Kalau ada yang rasa macam pernah baca mengenai Azman Bidin, dia pernah menghiasi berita di media mengenai satu dakwaan salah laku kes juta-juta di DBKL.
Kita bersangka baiklah bila dia kata namanya disalahgunakan orang.
Jadi yang muda-muda dalam PKR boleh buat pilihan - model politik yang serasi dengan kita. Jenis pandai swing asalkan laba dapat dekat kita atau jenis yang berpegang kepada idealisme reformasi yang ambil jalan susah walaupun tidak ada laba.
Saya tak sabar nak tengok Datuk Azman Bidin berkempen seluruh negara untuk dapatkan 80 kerusi Parlimen dalam PRU-16 nanti dengan panduan dari Ramanan, insya-Allah Azman Bidin akan bawa era baru PKR.
GO DATUK AZMAN BIDIN. Kami support ramai-ramai.
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐ก๐๐๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ก๐, ๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐
Dalam masa seminggu, PAS ada tiga pendirian berbeza mengenai kemelut badan kehakiman yang menjadi tumpuan masyarakat.
Mula-mula, Tuan Ibrahim Tuan Man menetapkan syarat saya kena turun himpunan mereka sebelum Ahli Parlimen PN menyokong syor saya agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan mengenai campur tangan dalam badan kehakiman.
Selepas kena kecam dengan rakyat, Fadhli Shaari pula sebut itu bukan pendirian PAS. PAS sebenarnya menyokong cadangan saya.
Sehari selepas itu, Takiyuddin Hassan pusing lagi kata pembangkang menolak cadangan itu.
Dalam seminggu, PAS berubah pendirian 3 kali. Ini mirip kepada kebolehan PAS menjatuhkan hukuman yang berbeza-beza mengikut keadaan, asalkan boleh tunggang.
Isu kebebasan badan kehakiman ini sepatutnya diberi perhatian oleh semua pihak tanpa mengira laba politik. Akhirnya, yang lebih lantang bersuara adalah backbencher kerajaan sebab pembangkang hanya berminat untuk tebuk atap supaya mereka boleh jadi menteri balik.
Memang susah untuk tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang. Tapi hati-hati, kalau PAS salah tunggang, nanti nampak bangang.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐ฌ๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐ข๐ฆ๐๐๐ (๐ฆ๐ข๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐)
Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini. Lain orang, lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik.
Saya tidak bermula sebagai seorang politik. Saya bermula sebagai seorang aktivis yang ada kesedaran politik, bahawa Malaysia perlu berubah kepada sistem yang lebih telus, membudayakan keamanahan (๐ข๐ค๐ค๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ต๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ), merancakkan persaingan dan mengangkat merit dalam masyarakat.
Oleh itu, matlamat saya adalah untuk melihat perkara-perkara ini dalam masyarakat dan negara.
Sebahagiannya perlu dibawa melalui platform politik. Sebahagian lagi perlu digerakkan dari akar umbi supaya budaya ini menjadi amalan dalam masyarakat, apatah lagi kerana kita tahu bukan semua ahli politik mengalu-alukan perubahan.
Sebab itu, saya berlapang dada, malah bersyukur dengan beberapa percaturan politik yang berlaku di dalam KEADILAN sehingga membawa kepada peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.
Sejak kempen pemilihan KEADILAN 2025 bermula (sebelum pun pengundian berlaku), saya sudah memutuskan bahawa tumpuan saya yang seterusnya ialah untuk membina jaringan rakyat di peringkat akar umbi melalui ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น (๐๐ผ๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฟ๐ถ๐๐ฒ).
Sebuah perusahaan sosial adalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti yang membantu masyarakat, selalunya berasaskan kegiatan ekonomi tertentu. Berbeza dengan perniagaan biasa, perusahaan sosial tidak bermotifkan keuntungan. Motifnya ialah khidmat dan kebaikan kepada masyarakat.
Oleh itu, keuntungan dari perusahaan sosial kebiasaannya dikembalikan kepada pekerja dan masyarakat (berbanding perniagaan yang untungnya disimpan oleh pemilik atau pemodal). Maka, perusahaan sosial berupaya menawarkan perkhidmatan atau barang pada harga yang lebih baik berbanding dengan sebuah perniagaan biasa.
Model perusahaan sosial masih asing di Malaysia.
Lazimnya, kegiatan ekonomi diusahakan sebagai sebuah entiti bermotif keuntungan. Kegiatan berasaskan masyarakat pula diusahakan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan untuk membiayai kegiatan dan bergantung kepada sumbangan orang ramai atau geran kerajaan).
Saya terpanggil untuk menggembleng usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan ๐๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ, iaitu sektor perusahaan sosial yang terdiri dari perusahaan bermatlamatkan masyarakat, tetapi dibiayai oleh operasi perniagaan yang diuruskan dengan cekap dan membina kekuatan kewangan sendiri.
Oleh itu, fokus utama saya dalam masyarakat selepas ini ialah menggerakkan sektor ketiga menggunakan platform ๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ.
๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ akan menjadi platform sehenti yang berfungsi:
1. Mewujudkan seberapa banyak perusahaan sosial dalam pelbagai bidang yang digerakkan oleh orang ramai
2. Menyediakan kepakaran dan bantuan melalui jaringan perusahaan sosial dan rakyat
3. Menyusun sumber kewangan tambahan dan penyeliaan kewangan untuk memastikan perusahaan sosial ini berdaya saing dan diuruskan dengan jujur
4. Menghubungkan perusahaan sosial dengan kumpulan penerima sasar yang akan mendapat manfaat
Pelancaran ๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ sebagai platform sehenti jaringan perusahaan sosial akan diadakan pada 27 Julai 2025. Rancangan terperinci kini sedang dibangunkan dan akan dibentangkan semasa pelancaran pada 27 Julai ini.
Saya mengajak aktivis dan rakyat biasa untuk bersama-sama menyumbang membina jaringan perusahaan sosial ini di masa hadapan.
Kehadiran jaringan perusahaan sosial yang kukuh di dalam masyarakat dapat menjamin kelangsungan kebajikan ekonomi dan sosial rakyat dalam keadaan pertembungan politik akan terus berlaku di dalam masyarakat.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
8 Julai 2025
๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฎ.๐ข, ๐ฎ๐ต ๐ ๐๐ - ๐ญ ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan dan rakan-rakan NGO sedang menganjurkan Karnival Belia Madani 2.0. Karnival ini telah bermula semalam dan akan berlangsung sehingga Ahad, 1 Jun 2025.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pesta makanan, saringan kesihatan percuma, Jualan Ehsan Rahmah, gerai jualan dan banyak lagi.
Saya ingin menjemput warga Parlimen Pandan dan penduduk berdekatan untuk hadir beramai-ramai ke Karnival Belia Madani 2.0 yang kini sedang berlangsung daripada 29 Mei - 1 Jun 2025 bertempat di Tapak Letak Kenderaan berhadapan Hospital Ampang.
Saya akan bersama-sama menyempurnakan perasmian karnival ini pada hari Ahad, 1 Jun 2025, jam 2 petang. Harap dapat berjumpa seramai mungkin di sana.