Kiraan yang tak logik dalam Islam.
30 + 6 = 360
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun."
(HR Muslim, No. 1984).
Rugi kalau kita tinggalkan.
Lately, ramai mengadu kadar jammed di Lembah Klang makin teruk. Jarak 10km, drive sejam dah biasa dengar.
Tapi kita lupa nak kaitkan dengan tambahan kenderaan >800,000 unit tahun lepas. Lebih kurang 2,000 kereta baru sehari masuk atas jalan raya kita.
Bila tengok data, jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia:
2015 = 13 juta
2020 = 17.7 juta
2025 = 38.7 juta
Maksudnya peningkatan fasiliti jalan raya tak mampu dah nak tampung jumlah kenderaan baru yang terjual.
Ini bukan isu jalan raya sempit, kurang polis jaga jalan waktu pagi dan kena buat flyover sana sini.
Tapi ia isu matematik mudah je. Iaitu jumlah kenderaan bertambah 800k setiap tahun dengan saiz jalan raya sama je.
Tapi apa solusi yang kita ada? Industri ini memang penting untuk negara kita. But at what cost?
Ramai antara kita beranggapan berjalan kaki hanya sekadar aktiviti membakar kalori. Namun, analisis daripada pakar kardiologi mendedahkan sesuatu yang jauh lebih mendalam tentang fisiologi tubuh kita.
Bayangkan jantung anda sebagai pam dan arteri sebagai sistem lebuhraya. Apabila kita kurang bergerak, 'lebuhraya' ini boleh menjadi kaku. Berjalan kaki bukan sekadar pergerakan; ia adalah mekanisme semula jadi untuk melancarkan kembali aliran di lebuhraya tersebut.
Berikut adalah beberapa fakta menarik berdasarkan sains kardiologi:
1οΈβ£ Mitos 10,000 Langkah: Anda tidak perlu mencapai 10,000 langkah untuk mula melihat manfaat. Kajian menunjukkan kesihatan jantung mula meningkat seawal 2,700 langkah sehari. Titik optimum (sweet spot) adalah sekitar 7,100 langkah.
2οΈβ£ Kesan Serta-merta: Seawal 0-2 minit pertama anda berjalan, saluran darah mula merembeskan nitric oxide. Ini membantu arteri menjadi lebih relaks dan terbuka, sekaligus menurunkan tekanan pada jantung.
3οΈβ£ Waktu Emas: Berjalan kaki sejurus selepas makan adalah sangat efektif untuk mengawal lonjakan gula dalam darah dan membantu sistem metabolisme tubuh.
Tubuh kita sangat adaptif. Ia menyesuaikan diri dengan apa yang kita lakukan secara konsisten. Mulakan langkah kecil hari ini demi kesihatan jangka panjang.
Kredit analisis: Science Behind Your Body (YouTube)
Kita lahir dulu tanpa membawa apa-apa, kita pergi nanti pun tidak membawa apa-apa.
Alangkah indahnya kalau dengan dosa pun begitu juga.
Malangnya, keadaan tidak begitu. Kita akan pulang dengan membawa banyak dosa. KECUALI dosa-dosa itu diampunkan.
Ya, kita harap begitulah.
Ya Allah, kembalikan nikmat ibadah kami yang dulu.
Berikan kami kekuatan untuk taubat dan pulih dari semua maksiat yang kami lakukan sekarang.
Berilah kemudahan untuk kami dekat dengan perkara kebaikan, dan jauhkanlah kami dari semua yang menyebabkan kaki semakin jauh dari-Mu.
Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bulan Ramadan dan kami semua dapat beribadah di dalamnya. Jadikan Ramadan kali ini jadikan kami muslim yang lebih baik dari sebelumnya.
Ameen!
Gaji bos: RM20K
Gaji pekerja: RM3.5K
Bos email: "Fix this ASAP"
Pekerja buat report, kerja sampai lewat malam and even kerja masa weekend.
Bos cakap "Awak kena lebih produktif"
Akhir tahun bos dapat 25% increment dan bonus 5 bulan.
Pekerja dapat "Employee of the Month"
Apapun ujian yang sedang anda hadapi sekarang, percayalah ia hanya sementara sahaja.
Ada kehidupan selama-lamanya yang menanti kita.
Namun, apa yang kita dapat di akhirat kelak semuanya adalah hasil daripada βusahaβ yang kita lakukan sekarang.
Update jumlah Asnaf Fakir Miskin di Selangor tahun 2024. Hampir 80,000 keluarga (Fakir, Miskin Muallaf).
Ramai ingat daerah luar bandar seperti Hulu Selangor , Sepang atau Sabak Bernam yang ramai orang miskin.
Hakikatnya majoriti yang miskin sekarang adalah Kemiskinan Bandar.
Top 3 Fakir Miskin tertinggi.
1. Petaling (15,271 keluarga)
2. Klang (13,003 keluarga)
3. Hulu Langat (11,746 keluarga)
Miskin di luar bandar, ramai masih ada tanah boleh berkebun tanam ubi, sayur, buah-buahan, bela ayam itik dll. Mereka jarang kelaparan.
Majoriti miskin di kampung ada tempat berlindung. Cuma rumahnya nampak usang dan buruk berbanding jiran lain.
Kalau miskin dibandar, mereka boleh kelaparan sebab takde apa boleh dimakan. Rumah akan bergelap bila api kena potong, bekalan air diputuskan dsb.
Dari luar, rumah sama saiznya (apartment). Tapi di dalamnya berbeza-beza pendapatan dan status sosial.
Sebenarnya tiada perkataan 'kebetulan' dalam hidup kita semua.
Kerana perkataan itu tidak sesuai dengan kehebatan ilmu pengetahuan Allah.
Allah dah atur perjalanan alam dan hidup kita jauh sebelum kita lahir. Rezeki, jodoh, kematian semua rahsia dan kehendak Allah.
Kita ingat yang sakit akan pergi dulu, rupanya yang sihat pergi dulu.
Kita ingat yang tua pergi dulu, rupanya yang muda pergi dulu.
Syarat mati bukan tua dan sakit.
Sebab tu kena bersedia sepanjang masa. Wajib jangan tinggal. Jangan buat maksiat dan dosa. Taubat setiap hari.
Kongsi kuliah sebelum Jumaat tadi.
Kata ustaz, ramai orang lupa berdoa agar dikekalkan nikmat dan rezeki yang kita ada sekarang.
Kita hanya fokus minta doa apa yang kita hajati dan belum direzekikan je.
Seolah-olah apa yang kita ada ini akan kekal. Ia boleh hilang bila2 masa.
Bila usia semakin meningkat, kita tak lagi kejar benda-benda besar, nak ubah dunia dll.
Kita akan mula hargai perkara kecil yang bagi ketenangan.
Masa bersendirian, tidur cukup, makann sedap, beberapa orang kawan baik, masa berkualiti bersama insan tersayang. Kaya yang sebenar.
Memandangkan sekarang musim orang beli emas, jadi nak bagi info ringkas CARA KIRA ZAKAT EMAS.
- Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).
- Bagi emas dipakai, >uruf baru kena zakat.
- URUF : Kadar kebiasaan orang pakai emas.
Thread.
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri. Antaranya:
1. Menzahirkan Kegembiraan.
2. Makan Sebelum Solat Raya.
3. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat.
4. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza.
Semoga Allah membimbing kita.
Bertaubatlah sebelum menemui kematian, kerana penyesalan tidak akan memberi manfaat lagi setelah kita meninggal dunia. Gunakanlah waktu yang ada untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah, agar kita tidak menyesal di akhirat kelak. #artortoisemy