Hampir lima tahun mengurus kekuasaan, kita semakin sedar bahawa cabaran sebenar politik bukan ketika disorak, tetapi ketika kita diuji dengan tekanan, fitnah dan keletihan menjalankan amanah. Ketika kita diuji dengan kuasa dan tawaran-tawaran mewah di depan mata.
Namun dalam segala keributan, satu perkara mesti terus dipertahankan; kesetiaan kepada tujuan asal perjuangan.
Perjuangan kita tidak dibina oleh orang-orang kaya. Ia hidup kerana mak cik yang memasak di bilik gerakan, pak cik mengenderai motor usang, dan anak muda yang lelah bekerja namun masih memilih berbakti ketika lapang. Perjuangan ini tidak akan kukuh jika bukan kerana harapan rakyat kebanyakan.
Kerana rakyat hari ini tidak lagi mahu melihat politik yang hanya tahu bertelingkah mulu, tetapi melihat siapa yang benar-benar bekerja kuat memikul tanggungjawab.
โPerjuangan ini wujud bukan untuk jawatan. Bukan untuk kemewahan. Tetapi untuk manusia-manusia kecil yang terlalu lama tidak dipedulikan.โ
Kerana sedari asal, perjuangan ini tentang maruah dan harapan orang kebanyakan.
@MariaAlkaff_@regar_op0sisi@alfatih212426 Kami orang malaysia tak makan beras 1KG , paling minimun pon 15KG so kalau setiap 1KG 10K rupiah kali 15 , 1 kg yang makan cuma orang yang betul2 miskin