Rumah Ahmad Sahroni Dikepung
Oleh Mynewshub
Rumah Ahli Politik, Ahmad Sahroni dikepung dan diserbu rakyat Indonesia yang marah dengan ucapannya semalam.
Sahroni sebelum ini menggelar pihak yang menyeru pembubaran DPR (Parlimen Indonesia) sebagai โorang tolol seduniaโ.
Kenyataan itu mencetuskan kemarahan rakyat di sana.
Ucapan Sharoni tersebut telah membakar lagi semangat marah demonstrasi besar-besaran di Jakarta dan beberapa bandar lain.
Media sosial dipenuhi dengan tanda pagar #SahroniOut dan #BubarkanDPR.
Siapa Ahmad Sahroni?
Ahmad Sahroni, atau lebih dikenali sebagai โCrazy Rich Tanjung Priokโ, ialah seorang ahli politik dan usahawan Indonesia daripada Partai NasDem.
Dilahirkan pada 8 Ogos 1977 di Tanjung Priok, Jakarta Utara, beliau membesar dalam keluarga susah sebelum berjaya dalam bidang perkapalan, minyak dan gas.
Sejak 2014, Sahroni menjadi Anggota DPR RI mewakili DKI Jakarta III, malah pernah memegang jawatan sebagai Wakil Ketua Komisi III DPR RI.
Selain politik, beliau aktif dalam komuniti automotif seperti Ferrari Owners Club Indonesia dan Harley Davidson Club Indonesia (HDCI).
**Tidak diketahui mana satu rumahnya yang sebenarnya. Sudah beberapa rumah diserbu di beberapa bandat didakwa miliknya tetapi kemudian disahkan bukan, sebaliknya merupakan pejabat partinya. - MYNEWSHUB
Fuhhh rumah kene bakar and dapat ugutan tapi rupanya tersalah rumah kene bakar dengan along kesian betul brader ni.
Bahaya betul along pun bebal tak reti tengok nombor rumah ke macam mana ?