Saya bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada MACC. Peguam-peguam saya akan berhubung dengan pihak MACC untuk menetapkan masa untuk sesi tersebut.
๐๐จ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ฅ๐, ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐
Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian.
Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu.
Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa.
Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti.
Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar.
Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Datoโ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara.
Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan.
Kedua-dua tuduhan ini tidak benar.
Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya.
Ia tidak ada kena mengena dengan Datoโ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain.
Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian.
Saya telah berhubung dengan Datoโ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.
๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐
Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.
Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.
Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ญ๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐๐ญ๐ฏ, ๐ ๐๐ก๐๐ก๐ฌ๐?
Ada beberapa pengumuman besar dalam RMK13 yang akan mengubah lanskap pendidikan negara dalam tahun-tahun akan datang.
(1) Pendidikan pra-sekolah bermula 5 tahun akan diwajibkan dan disediakan untuk semua di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara.
(2) Pendidikan sekolah rendah akan bermula pada umur 6 tahun, dan pelajar akan habis sekolah menengah pada umur 16 tahun.
(3) Pelaburan untuk meningkatkan kompetensi guru supaya kerjaya perguruan melalui proses penilaian dan latihan berterusan seperti profesional lain.
Perkara-perkara ini jadi perdebatan besar dalam kerajaan sebelum ini.
Diagnosisnya begini:
(1) Peruntukan untuk pendidikan, sebagai peratusan dari saiz ekonomi negara, sebenarnya tinggi relatif kepada negara-negara yang sama kategori dengan kita.
(2) Tetapi banyak peruntukan ini lebih cenderung kepada pembinaan fizikal yang kosnya semakin tinggi setiap tahun.
(3) Akibatnya, pelaburan untuk meningkatkan kompetensi guru tidak mencukupi. Kalau tukar silibus pun, kalau guru tidak dilatih dengan baik, ia tidak akan mencapai matlamat menaiktaraf silibus.
(4) Dari perspektif pembangunan kanak-kanak, umur yang paling kritikal ialah di antara 4 hingga 7 tahun. Lebih awal kanak-kanak melalui pembangunan fizikal dan mental yang baik, potensi pembelajaran ditingkatkan di tahun-tahun persekolahan seterusnya.
(5) Ibubapa pula terbeban dengan kos membayar yuran pra-sekolah kerana ia tidak ditawarkan secara universal dan hak rakyat. Kos pra-sekolah menjadi beban kos sara hidup bagi keluarga muda.
(6) Dari perspektif ekonomi, Malaysia melalui negara menua. Jumlah tenaga kerja akan mengecil, jadi sebaiknya generasi akan datang menyertai tenaga kerja lebih awal, selepas pendidikan menengah wajib yang berakhir pada umur 16 tahun.
Beberapa perubahan khusus yang perlu berlaku hasil reformasi pendidikan RMK13 ini:
(a) Kemudahan pra-sekolah di dalam sekolah-sekolah akan ditambah dan dibina baru di seluruh Malaysia bermula 2026
(b) Masa persekolahan dan silibus akan disesuaikan agar darjah satu bermula pada umur 6 tahun dan habis umur 16 tahun
(c) Sebahagian Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dijadikan pusat latihan kompetensi guru yang khusus untuk melatih guru-guru dalam perkhidmatan secara berterusan, bukan lagi untuk melatih pelajar lepasan sekolah untuk menjadi guru
Keluarga yang ada anak umur tiga tahun ke bawah, dah boleh bayangkan anak masuk pra-sekolah wajib berumur 5 tahun lepas ini.
Follow this podcast.
Ha3 banyak cerita yang orang tak pernah tahu dalam podcast dgn @niknazmi
Antaranya:
Saya dan Nik tak bertegur sapa 2 tahun in between 2006 to 2008 sebab saya tak setuju dia resign dari PNB untuk jadi Pegawai Khas @anwaribrahim full time.
Sebabnya: I felt kalau jadi apa2 Nik will have to fend off for himself ๐คฃ
I had seen many good people thrown under the bus in the early years of reformasi. I worried for Nik then ๐คฃ
DOSM @StatsMalaysia has just released their latest population forecast, going all the way up to 2060!!
So it's time to update this analysis.
Here's the ethnic composition of Peninsular Malaysia from 1901 up to 2020 (actual data) and then 2060 (DOSM forecast).
This is one of the few times I could feel my hands shaking while coding, cuz the conclusion is clear and shocking.
Demographic trends are hard to change, but can change every single thing about how a society works.
As the inescapable trend shown in the chart unfolds, Malaysia is going to shift in more ways than any of us currently realise.
Kenyataan tak bertanggungjawab.
Seolah-olah badan-badan kerajaan boleh diperalatkan untuk mendiamkan orang yang sekadar ingin bersuara dan menzahirkan pendapat.
Sdr Rafizi bercakap atas kapasiti backbencher, memastikan proses check and balance supaya hasrat reform yang ingin dibuat kerajaan bukan sekadar kata-kata di bibir.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengingatkan bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli bahawa kritikannya terhadap kerajaan boleh menyebabkan dia menghadapi pertuduhan mahkamah.
Dalam kenyataan di Facebook, Puad bertanyakan apakah kesudahan Rafizi dalam politik.
"Takut berakhir dalam penjara. Bakar menteri sudah, berhenti menteri pun sudah. Jangan bakar lebih-lebih. Kes boleh dicari," katanya.
Berita penuh: https://t.co/dezWhekg8W
Ikuti perjalanan Rafizi Ramli, dari jurutera muda yang terinspirasi oleh Reformasi 1999, ke pentas pendedahan skandal besar negara, dan akhirnya ke jawatan Menteri Ekonomi.
Termasuk insiden 'merajuk' dengan Anwar Ibrahim pada 2019 yang hampir mengubah hala tuju politiknya. Kini, selepas meletak jawatan, apakah sejarah seterusnya dalam perjuangannya?
Ikuti laporan khas bersama wartawan Mastura Malak.
Sumber video: https://t.co/oedL9fnnel
#malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #RafiziRamli #jurutera #Reformasi #pentas #pendedahan #skandalbesar #MenteriEkonomi #merajuk #AnwarIbrahim #mengubah #halatuju #politik #meletakjawatan #sejarah #perjuangan
๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐ฌ๐๐ (๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐)
Kuat merajuk!
Tak makan dipujuk!
Jadi menteri tak de hasil!
Nak buat parti baru le tu!
Formula dah tah ke mana!
Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan. Jadi saya bebas bersuara.
Podcast YBM akan kembali bersiaran setiap minggu pada hari Jumaat jam 9 malam.
Insya-Allah, saya akan imbangkan ulasan YBM - bakar pun ada, beri pencerahan pun ada. Yang penting, mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman yang adil kepada semua.
Jumpa hari Jumaat ini, jam 9 malam.
๐๐ก๐ ๐๐ง๐ ๐จ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฉ๐ญ๐๐ซ
Leadership isnโt measured by how long one stays in office, but by the substance of what gets done. As this chapter closes, itโs worth taking stock of the work led by @rafiziramli as Malaysiaโs Minister of Economy.
Itโs not just another portfolio. It is one that sits at the core of how a country grows, redistributes, and plans for the future. And in a space often dominated by short-term fixes and political noise, Rafizi took a different path: one that prioritised structure over slogans, systems over sentiment.
From the Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) to Gaji Progresif, his focus was on lifting incomes and rebuilding the economic ladder โ not with quick handouts, but by designing mechanisms for long-term change. The introduction of the Civil Economy narrative was a clear shift: reframing the economy as a tool to balance prosperity and justice.
Much of the work involved modernising how government plans and delivers โ through platforms like PADU, GovTech, and granular wage reporting โ recognising that reform isnโt just about what policies are introduced, but how well theyโre implemented.
Strategic initiatives like the mid term review of the 12th Malaysian Plan and the KL20 Action Plan aimed to reorient the country toward higher-value sectors โ including renewables, digital & semiconductors.
These werenโt just about future-proofing, but ensuring Malaysia remains relevant in a changing global economy.
At the same time, initiatives like Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR), Academy in Industry, and EDL reflected an understanding that policy needs to meet people where they are. At the community level, in schools, and at work.
In total, more than two dozen major efforts were launched. Efforts covering everything from wage data to investment strategy, delivery reform to Bumiputera economic participation. Not all of it will make headlines, but much of it lays the groundwork for what comes next.
Rafiziโs time in office was marked by a reform mindset. Sometimes technical, often methodical, and always guided by the idea that Malaysia can and should do better. That kind of work doesnโt always attract applause. But it matters.
As this chapter ends, the task now is to ensure the momentum isnโt lost and that the ideas, systems, and reforms set in motion are carried forward, refined, and made real.
Chapters close.
The real test is what survives them.
Unfair headline.
Memang menjadi cabaran utama bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini untuk memastikan anak muda โ khususnya mereka yang lahir pasca era Reformasi 1998 โ benar-benar memahami idealisme perjuangan yang menjadi asas penubuhan KEADILAN.
Sebab itu, Ayuh Malaysia mengambil pendekatan yang lebih segar dan inklusif untuk menarik perhatian pengundi muda dan atas pagar. Pendekatan ini tidak pernah lari daripada semangat reformasi, malah dilaksanakan dengan matlamat untuk memperluaskan lagi capaian perjuangan ini kepada generasi baharu yang hidup dalam realiti politik yang berbeza.
Perubahan pendekatan bukan bermaksud kita meninggalkan prinsip. Ia adalah usaha menyampaikan nilai perjuangan dengan cara yang lebih relevan dan berkesan kepada khalayak hari ini.
" Yang Menang Mesra Akar Umbi, Yang Kalah Tak Mesra Akar Umbi Adalah Hujahan Yang MALAS "
~ Shahril Hamdan
Again, sya tertarik dgn hujahan Realistic daripada Shahril yg betulยฒ faham dgn situasi yg sedang berlaku dalam PKR.
Tbh, We need this kind of person in the political field. Sebab tak semua org mampu membuat Observation and Conclusion( more to postmortem) dgn betul bila hadapi sesuatu conflict.
Kepada Pengampuยฒ dan Penjilatยฒ meh dengar hujahan Shahril ni๐.
Kot boleh ada akal mana tau kan.