Seorang wanita berkongsi pengalaman sampai awal di ofis...belum sempat keluar..dah ada seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba berdiri kat sebelah kereta dia....
Nasib...walaupun terkejut...tapi dia masih dapat berfikir dengan baik....
Ingat
Pastikan pintu kereta sentiasa berkunci...
Lihat sekeliling dan keluar bila benar-benar selamat....
Kalau boleh..beli kunci kereta macam baseball bat....ada kegunaannya bila perlu...
Hon sekuat hati bila berlaku seperti ini...
Sila kongsi tips lain yang anda fikirkan sesuai....
Video: Threads Asyikinahmad
ALHAMDULILLAH
Sebuah kapal Petronas membawa 1 Juta Tong minyak dari Pelabuhan Basrah Iraq sudah melepasi Selat Hormuz dan akan tiba di Pengerang, Johor pada 17 April 2026
Kapal ini membawa bekalan minyak cukup untuk keperluan rakyat Malaysia selama 2-3 hari
Keberkatan Dalam Memudahkan Urusan Jodoh.
Baru ni hantar anak saudara lelaki untuk bertunang. Pihak kami tanya berapa hantaran.
Pihak perempuan jawab,
"Dekat sini mas kawin tulah hantarannya. Tak ada asing mas kawin lain, hantaran lain..
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level โterbakarโ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. ๐น
Kena Langgar Dari Belakang? Ikut 14 Langkah Ini!
Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang terutama pada musim-musim perayaan ni atau bila-bila masa sahaja.
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
THREAD
Macam mana kita nak tahu pasangan tu ada EQ yang tinggi ketika taaruf?
EQ tinggi = pendengar yang baik.
Dia lebih banyak mendengar sebelum menjawab. Banyak fikir sebelum nak cakap apa-apa.
Boleh perhatikan cara dia apabila berbeza pendapat. Bagaimana dia respon ketika tak bersetuju dengan sesuatu perkara.
Lihat juga cara dia menerima teguran. Adakah dia defensive atau boleh terima dengan hati terbuka.
Selain tu, cara dia bercakap tentang orang lain. Lebih lagi orang yang pernah buat silap dengan dia atau orang yang dia tak berapa suka.
Ada pendidikan yang tinggi tidak menjamin EQ tinggi. Sekufu bukan hanya pada pendidikan, tetapi lebih utama pada cara berfikir.
to all men here, semoga you dpt isteri yg selalu memahami dan supportive along your journeyโฆ
to all women here, semoga you dpt suami yg sentiasa menyangi sepenuh hati walau di mana dia berada sehingga ke akhirnya ๐
Materialism ni antara racun dalam dunia konsumerisme skrg.
My husband said, masa dia pilih saya, antara sebab dia pilih adalah gaya hidup yg biasa-2. Not a fan of bags/heels/etc. Buku je la pun hoarder ๐คฃ
Allah rezekikan suami pemurah. Sponsored pergi umrah alhamdulillah.
Byk kawan saya macamni juga. Jenis yg lifestyle biasa-2, rezeki suami beli rumah cash. Suami siap bagi duit bulanan utk parents dia etc.
Ini rezeki masing-masing. Cumanya what my husband pernah cakap, isteri yg jenis low maintenance ni memudahkan. Tak serabut nak penuhi kehendak entah apa. Jadi lebih mudah suami nak sentiasa memberi. Sebab isteri pandai hargai.
Lepastu kalau kita minta, dia senang nak bagi sbb tahu kita minta mmg nak guna bkn saja-saja
Kalau dapat isteri banyak kemahuan, high maintenance, bagi emas setiap bulan, rumah sebiji, kereta sebuah pun belum tentu bersyukur. Penat emosi.
People who are appreciated will do more than expected.
Relationship ni lumrahnya reciprocal. Unless you are in an abusive relationship, it's another story. Cuma, yang normal lumrahnya sorang buat baik, sorang lagi mesti nak balas baik.