Dessert macam pudding ni memang laku bula puasa. Hari ni kita nak buat fruit custard pudding. Nanti berbuka makan sejuk-sejuk memang best. Selamat mencuba!
KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion dan 6.15% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM12.5 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.
Dengan pengumuman terbaru ASNB ini, sekarang kaedah kiraan zakat untuk ASB ada 3 jenis di Malaysia.
Kaedah kiraan tersebut ringkasnya:
1. Simpanan.
Pandangan ni anggap ASB (dan dividen) sebagai Simpanan. Sebab nilai saham RM1 tu tak berubah turun naik. Jadi sama jelah konsep seperti Simpanan lain di bank. Cuma dapat Dividen lebih tinggi.
2. Urudh Tijarah (Pelaburan).
Pandangan ni anggap ASB (dan dividen) sebagai barang yang diniagakan/pelaburan. Kita letakkan di situ atas niat melabur untuk dapat keuntungan iaitu dari Dividen.
Sama macam kita melabur saham, bitcoin, unit trust, unit amanah lain dll. Dalam Fatwa Selangor 2021, memilih pendapat ini.
3. Al-Mustaghallat.
Ini pandangan baru seperti diguna oleh PNB ini.
Apa itu Al-Mustaghallat?
Ringkasnya Al-Mustaghallat ni pada asalnya adalah harta yang tak dikenakan zakat. Contoh rumah, kenderaan, bela kambing/lembu/ayam belakang rumah.
Tapi ia dikenakan zakat bila ada hasil. Contoh, rumah tu disewakan (hasil sewa dikenakan zakat). Kenderaan tu kita register SOCAR (hasil income tu dikenakan zakat). Lembu kambing kita keluar susu dan kita jual susu (hasil jualan susu kena zakat). Ayam kita keluar kan telur (hasil jual telur tu kena zakat). Inilah Al-Mustaghallat.
Bagi PNB, dividen ASB ini dikira Al-Mustaghallat sebab ia dividen dari aset (unit tetap/aset asal).
--
Inilah perbezaan ijtihad yang ada sekarang.
Masing-masing ada asas syariah dan justifikasi yang digunakan. Bagi yang berkemampuan dan ada ilmu, boleh baca, kaji, dan bandingkan pandangan mana yang paling kuat hujahnya sebelum memilih cara pengiraan zakat bagi harta mereka.
Bagi orang awam yang tidak terlibat dengan perbincangan pengiraan zakat ini, kita boleh mengikut mana-mana kaedah pengiraan yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa negeri dan Majlis Syariah berautoriti.
Kenapa kita perlu ambil tahu?
Sebab pelaburan/simpanan di ASB ni patuh Syariah sepenuhnya. Bila patuh Syariah, kita dah wajib bayar zakat jika cukup syarat-syaratnya.
Boleh juga tunggu kenyataan rasmi daripada institusi zakat negeri masing-masing untuk makluman lanjut.
Begitulah.
Usai Solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, saya umumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri membabitkan:
1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Insya-Allah ia akan disalurkan pada 24 Mac ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja