Boleh jadi keterlambatanmu dari suatu perjalanan adalah keselamatanmu. Boleh jadi tertundanya keinginanmu adalah suatu keberkahan. Boleh jadi berpindahnya rezekimu pada orang lain kerana ada rezeki yang lebih besar kelak untukmu.
– Prof. Dr. M. Quraish Shihab
Senyum sedang hati menangis?
Itulah realiti hari ni, nak. Ramai yang begitu.
Tetapi sebaiknya, tangisilah di atas tikar sejadah. Hanya Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Kesat air matamu ya, nak.
Nak, suatu saat nanti kamu nak patah balik masa, bukan untuk ubah apa-apa, tetapi untuk lebih menghargai dengan sesungguhnya.
Maka, apa juga momen saat ini, jangan dikeluh, hargai ia.
Senyumlah dengan penuh bahagia.
Senyum juga walau mengalir air mata.