Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang diketengahkan mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat/peranti yang digelar “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen serta dakwaan berkaitan.
KKM ingin menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan agar:
1. Tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.
2. Menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
3. Berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan.
World is healing. Scam-scam barang perubatan is back. Benda ceni korang bagitahu lah parents korang ni confirm scam.
Target market dorang memang orang-orang dah berumur pun. 😅
Jika ingin tahu lebih lanjut tentang penggunaan pelekat pada epal, berikut menunjukkan petunjuk kaedah penanaman (untuk kod tertentu):
• 4 digit (contoh: 4016) – Ditanam secara konvensional.
• 5 digit bermula dengan 9 (contoh: 94016) – Ditanam secara organik.
• Kod 5 digit bermula dengan 8 pernah dicadangkan untuk hasil tanaman Organisma Diubah Suai Genetik (GMO), tetapi sistem ini tidak digunakan secara meluas dan hampir tidak ditemui di pasaran hari ini.
Jadi selepas ini jika mahu membeli epal, anda sudah tahu fungsinya!
#TahuTak #BuletinTV3 #Epal #Sticker #Organik